April 20, 2023

Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan - part 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء


Sambungan dari part-1

Dengan kelebihan yang dia ada inilah yang membuatkan perjalanan hidup dia semakin kacau, malah dia sendiri tahu keadaan ini sebab itulah dia selalu memakai penutup wajah yang seakan purdah hanya mata dua tapak tangan sahaja yang kelihatan.

Pemakaian sebegini sesuai sebagai saorang cleaner sebab cleaner kerja pembersihan jadi memang nampak normal saja.

Mulanya dia selalu ikut bekerja dikampung bersama suaminya, namun pekerjaan kampung tidak menentu pendapatanya dan dia mula menyuarakan hasratnya untuk bekerja diresort. Peluang itu atas perkhabaran dari rakan kampung yang resort tersebut masih ada kekosongan dijawatan sebagai cleaner.

Suatu malam yang hening dia memberanikan diri memberitahu suaminya bahawa ada kekosongan kerja dan ingin bekerja disitu,

Hasrat dia ditentang olih suaminya kerana risau akan keselamatan isteri tersayang, katanya biarlah hidup mereka susah kais pagi makan pagi kais petang makan petang, asal isterinya ada disampingnya serta keselamatan terjaga.

Namun sang isteri tetap mahu bekerja kerana ingin membantu suaminya kebetulan peluang kerja memang sudah ada, sekurang-kurangnya dia dapat menyelesaikan pebelanjaan sekolah anak-anak mereka seramai empat orang itu.

Selalu sahaja ada keuwagan yang tertangguh apabila diminta pehak sekolah bagi tujuan pembelajaran anak-anak mereka, ini kerana kerja menggambil upah kammpung dengan bayaran tidak menentu.

Setelah berbagai alasan yang munasabah diberikan si isteri, akhirnya si suami terpaksa bersetuju juga dan berharap isterinya pandai menjaga keselamatan diri sendiri.

Hati sang isteri berdebar gembira kerana dia akan mula bekerja dan akan mendapat upah bulanan yang tetap, walhal tanpa dia ketahui sesuatu yang buruk akan berlaku!

Baik, cukup dulu sampai disini cerita "Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan" part 2, nanti 'part 3' sambung besok ..🥰

Baca lagi seterusnya dibawah-







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444-Hijrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam bahagia semoga anda sihat sejahtera semuanya, esok lusa dah nak raya, saya harap kita semua sihat-sihat sebab nak layan tetamu besok.

Hari Raya mungkin jatuh pada 21 April 2023 Hai Jumaat. Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1444H - 2023M akan dibuat olih Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam ini.

Tengah sibuk nak raya dah ada pulak bunga-bunga kata ada penyakit covid-19 melanda.

Dan berita menyatakan kes covid-19 dah semakin meningkat dari hari kehari, risau lah kalau macam ni.. besok dihari raya semua berkumpul jauh dan dekat hai.. harap-harap tidak ada apa yang tidak baik berlaku.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.

Semoga Gembira Bersama Selalu.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 19, 2023

Warga Emas Yang Rajin Bertani Untuk Kesihatan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Mengambil keputusan untuk tidak

membuang masa yang ada, dengan membiar berlalu begitu saja saorang warga emas bertikad untuk mengusahakan tanaman betik. Bidang prtanian ini walaupun bersekala sederhana tapi memerlukan tumpuan sepenuhnya agar apa yang diusahakan meberi pulangan yang berbaloi.

Warga emas ini adalah perasara

dari sebuah syarikat swasta yang besar. Setelah bersara banyak masa terluang terbiar begitu shaja. Namun baru-baru ini dia membuat rundingan dengan sabuah syarikat agar dia bolih menggunakan tanah kosong mereka untuk pertanian.

Akhirnya beliau dibenarkan

menggunakan tanah tersebut untuk pertanian dengan beberapa syarat, untuk permulaan beliau telah menanam ratusan pokok betik baka komesial iaitu yang menhasikan buah yang diterima pasaran.

Katanya selain

berkemungkinan besar mendatangkan hasil, beliau berkata dengan bertani juga beliau bolih menyihatkan dirinya kerana bila berkebun badannya selalu berpeluh dan beliau merasa segar.

Dapatkah anda kenali siapa

anak muda yang berbaju kotak ini? beliau bukan pekerja kepada warga emas beliau hanya kenalan lama kepada warga emas tersebut. Beliau datang menolong menghidupkan pam air yang mogok, beliu sendiri ada beberapa ekar tanah yang disewa dan ditanam dengan sayur-sayuran.

Saudara kita ini

sudah bertahun-tahun menetap disini, setelah berbagai usaha dijalankan akhir beliau sendiri mengusahakan pertanian dengan menyewa tanah dari orang kita, sebenarnya peluang pertanian ini sangat mengutungkan jika diusahakan dengan betul dan rajin.

Baik, kita buang semua

perasangka tidak baik, cuma ambil contoh yang baik dari apa yang mereka usahakan, tidak ada apa yang tidak bolih! jika kita mahu!







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan - part 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Kesah ini bermula lama dahulu,

kesah yang menyayat hati dan penuh penyesalan. Kesah saorang janda beranak empat memang satu kesah yang dukalara! Nasib yang baik tidak menyebelahi dia, sering saja dirundung malang!

Darimana harus dimulakan cerita ini?

aku bukanya penulis terkenal yang bijak memulakan sebuah cerita. Aku hanya menceritakan kembali seperti mana yang aku dengar dari kawan-kawan yang kerja dengan aku satu ketika dahulu.

Makcik janda ini berumur

dalam empat puluhan, dia bekerja sebagai cleaner disebuah resort berdekatan kampungnya, walaupun bekerja sebagai cleaner, dia tetap sabar bekerja demi membantu suami, dia sentiasa terdedah dengan semua staff dan orang ramai yang ada di resort itu.

Untuk bekerja disitu tidak masaalah,

tapi makcik ini awet muda, dengan betuk badan dan rupa paras menarik, yang bolih digolongkan dikalangan orang yang mampu menarik perhatian lelaki. Disini lah bermula semuanya.!

Baik, cukup dulu sampai disini cerita "Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan" part 1, nanti 'part 2' sambung besok ..🥰

Bertemu besok, selamat berpuasa..!

Baca lagi seterusnya dibawah-







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Kenapa Kes Bunuh Isteri Terjadi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Kalau tidak silap berturut-turut kes bunuh isteri berlaku,

hebat orang kita sekarang buat kerja tidak mahu guna otak, kalau pun tidak bolih berfikir, .. guna logik otak pun dah kira okay, sebab kalau bunuh orang masuk penjara!

Nampaknya orang kita ini sudah ramai yang stress,

kecil besar tua muda semua stress.. mereka ini stress mesti ada sebab tertentu, yang paling risaunya stress disebabkan ekonomi, duit tidak ada, sebab duit ada ini, macam-macam bolih berlaku!

Jangan ketawa kalau

kita dengar suami isteri bertenggkar sebab duit tidak ada, saya sangat pasti bahawa orang kat luar sana, ramai yang bekerja siang malam tapi duitnya masih tidak kecukupan!

Yang lebih koyol lagi,

orang stress sebab cinta, sebab isteri main kayu tiga, mungkin.. mungkin saja sebab kita tidak tahu hal yang sebenar.

Ada yang stress sebab suami atau isteri

yang tidak dengar cakap, atau isteri selalu melawan bila bertengkar, bila bertengkar, benda yang kecil bolih jadi besar. Petengkaran tidak akan terkawal kalau kita selalu melawan, tidak mahu kalah bila bertengkar.. ini pun mungkin saja..

Entah lah,

kalau nak diikutkan sebelum kejadian bunuh ini, sudah ada petanda yang pekara kejadian ini akan berlaku, jadi kedua-dua pehak semestinya berwaspada dari awal supaya tidak berlaku kejadian seperti ini.

Kesian dengan yang jadi mangsa

dan kesian pula yang akan merengkok dalam penjara, penyesalan tidak ada gunanya lagi.

Ada kes pertengkaran

yang selalu berlaku dua tiga hari bertengkar, senyap, dua tiga hari bertengkar lagi, risau saya dengar, dua dua tak mahu kalah, kita yang duduk berjiran ini hati sudah berdegup kencang takut terjadi yang tidak baik.

Kes-kes yang berturut-turut ini berlaku adalah petanda

bahawa masih ramai lagi pasangan yang berada didalam keadaan yang sama, semakin hari semakin meruncing, ada baiknya, mungkin jiran tetangga bolih buat aduan polis jika kedapatan pasangan yang berjiran selalu bertengkar supaya kita bolih mengelak dari terjadinya pekara yang lebih buruk.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen