Setiap kali kita memasuki jalan besar atau jalan raya, kita terdedah dengan berbagai gelagat atau perangai pemandu dijalan tersebut.
Hal ini sudah semacam satu pekara biasa, atau stuasi biasa yang akan kita lalui.
Berbeza ketika kita memandu dijalan kecil atau jalan kampung, setiap pemandu masih lagi mengekalkan sifat-sifat yang baik serta bersopan santun.
Tapi keadaan bertukar bila kita berada dijalan raya, walaupun tidak semua pemandu yang sengal.. namun kebanyakan berubah watak menjadi sombong bila memandu.
Antara sikap tersebut adalah:
Suka belumba-lumba sesama pengguna lain.
Suka memandu seperti kura-kura tanpa sebab.
Suka keluar kesimpang tanpa memberi lampu isyarat.
Memasuki jalan besar walaupun jarak terlalu hampir sehingga memeranjatkan pengguna lain.
Sesama memandu seperti bermusuhan, dengan tidak memberi keutamaan kepada pengguna lain.
Membunyikan hon yang kasar ketika dilampu isyarat, kerana tidak sabar menunggu.
Memandu sambil memegang talipon bimbit, ber-sms dan sebagainya.
Bagi waktu malam kita akan temui pemandu:
Memasang lampu rendah tetapi masih tinggi sehingga menganggu pengelihatan pengguna hadapan.
Memasang lampu biru seperti lampu kenderaan pasukan keselamatan, sehingga pemandu lain keliru dengan memberi laluan kepada mereka.
Memasang banyak lampu sehingga menyilaukan pandagan pengguna lain.
Kita sesama pengguna sepatutnya bersopan sesama kita ketika memandu, baru hidup bertambah ceria... apa guna berkereta besar kalau bersikap sombong kan..??
Car light that are a denger.
I DRIVE along the KL-Seremban Hightway from Kajang to my workplace in Kuala Lumpur every morning.
I leave my house by 6.30am to avoid the massive traffic jams which start a little later.
Thanks to the Malaysian Highway Authority, there are light all along the roads as it still a little dark at this early hours.
Yes, I manage to avoid the massive delay, but I cannot escape the car light.
Many car owners switch on all their lights. There are some four to six lights at the front of the car and all are switched on.
A driver looking throught the rear view mirror before overtaking or changing lanes, is blinded for a few seconds by the massive lights from vehicles behind.
Some of the lights are not the usual yellow but the white (or silver) ones which are very blinding. This excerssive lights cause a driver to take a few seconds to regain proper focos.
I do not see any reason why car owners need to switch on all their lights as the roads are well it.
I am sure that by just switching on the two headlights at normal beam would suffice for their vision as well as for the sefety of other drivers.
These driver do not realise that by switching on so many lights, it not only reduces their battery life, but is also a manace to other road user. They are a contributory factor to road accidents.
I urge the authorties to take necessary action against all road users who switch on massive and fancy lights, to help prevent accidents.
Assalamualaikum...
Ada orang yang ketawa berdekah-dekah kalau gambar dia kena pijak! Heran ke tidak orang yang macam ini ha..?
Kat bawah sini saya letak apa yang ada kat blog dia. Dia buat tajuk seolah-olah macam dia tidak reti apa-apa tentang adap sopan sesama jiran tetangga dan rakan taulan.
Orang pijak gambar kepala PM, dia pun tak kesah juga tahap mana IQ dia?
Jenayah Besor : Amoi Cun Pijak Gambar Najib Kena Gari..???
Amoi cun yang melompat ala2 manja ke atas gambar najib pun kena tahan. Hadoiiii
UMNO neh takut sangat ke apa? Kalau aku la pihak yang kena pijak tu.. aku gelak terguling2 der.. setakat amoi yang pijak ala2 manja neh aku release je. Aku soh dia belajar pijak lagi ada. Pijak betul2 ye lengloiii dah p balik rumah, main pijak2.
Amoi pijak-pijak PM dia sendiri, gila lu amoi oi...
Ini lagi satu mingong nak mampus... apa dia untung tak tahu lah... dasar orang terlebih makan betul...
Sayang... sekali... kalau buat tu.. bagus neh..., Sapa lah ajar mengajar dia ni? sekolah mana budak ni..?
============= sini =============
Muda-muda sudah nyayuk.. hai... tak tahulah budak-budak sekarang.. orang tua melayu pun tersengih saja macam orang bodo.. lahanat betui la.. PM tu siapa? sesuka hati nak pijak gambar lepas tu sebar... melayu-melayu yang tersengeh.. itu pun.. buat malu orang kampung saja..
Nak jadi bodo pun agak-agak la sikit... ini bodo sesangat ni... nanti kalu anak dia derhaka kat dia meraung keluar darah.... siap kena pijak-pijak lagi muka tu.. baru padan. siot.... tul....
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita Malaysia.
Masa sekolah dulu-dulu sambut hari Kemerdekaan ini sangat istemewa! sebab ada banyak acara yang diadakan disekolah.
Ada permainan, nyayian berkumpulan dan sebagainya.. walaupun telah lama berlalu namun kenangan dimasa sekolah masih diingat, terutama dapat makan, minum air 'milo' percuma!
erm... kemana pergi kekawan semua itu. Harap semua sucses dengan kehidupan anda semua.
Tetapi bila sudah dewasa ini, dapat dilihat masih ramai lagi orang-orang dewasa yang belum 'Merdeka' lagi. Masih berada ditahap lemah lagi walaupun sudah tua bangka..!
Sepatutnya orang yang sudah tua ini, sangat faham apa itu 'Merdeka' kan.?
Yelah... kita haruslah menghormati antara satu sama lain, tidak kiralah siapa bangsa dia, saling menghormati adalah sangat penting bagi mengekalkan 'Kemerdekaan'.!
Jangan pulak pekara remeh ini dibuat tidak kesah, contohnya bertimbang rasa semasa di jalan raya. Berikan ruang jika ada pemamdu lain hendak memotong kita. Saya perhatikan ramai pemandu (tidak semua) yang berpenyakit bila memandu!
Mereka ini suka sangat pemandu lain Q dibelakang mereka, bila ada ruang untuk memotong dia pulak yang pecut laju kehadapan.. bila tiba didubble line dia memandu macam 'lembu' pulak! memang sudah sah orang yang macam ini berpenyakit! dan mungkin masih belum 'Merdeka' lagi pemikiran dia. Sedar kah mereka ini sebenarnya sedang cuba mencipta kemalangan! Banyak kemalangan berpunca dari pemandu sakit begini! Seronok dia jika dapat memberi musibah kepada pemandu lain.
Ada pemandu lain pulak pasang lampu hadapan sampai empat atau enam, sangat menyilaukan mata..! langsung tidak mengendahkan pengguna lain, ada lampu kuning bersinar.. sampai naik kelabu mata dibuatnya.. apalagi yang memang mata sudah kelabu!
Sedarlah kita ini sama-sama hidup didalam negara yang telah lama 'Merdeka'.., jadi tolonglah 'Merdeka'kan pemikiran itu. Jangan jadi pemandu 'hantu' yang suka mendorong kepada kejadian kemalangan yang bolih membawa maut kepada pengguna lain.
Dan dengan ini kita berharap pehak yang bertanggung jawab tentang pekara ini, terutama JPJ ke POLIS ke, tolong jangan benarkan sesiapa pun menambah bilangan lampu tambahan hadapan atau ubahsuai lampu asal hadapan sehingga menggangu pengguna lain.
Cukuplah kemalangan yang berlaku disebabkan cuaca, kerosakan jalan, binatang liar atau hal-hal lain yang mungkin tidak dapat dielakan, tidak usahlah anda menambah lagi punca kemalangan tersebut! Ingat setiap pemandu dijalanraya adalah sama seperti kita juga, mereka ada orang tersayang seperti kita juga.
Jangan memasang lampu terang sesuka hati, kelakuan anda menyebabkan pengguna hadapan dari kedua-dua arah tergaggu! Pehak berkuasa wajib mencegah pekara-pekara buruk seperti ini. Jangan biarkan masaalah ini berpanjagan kelak kita semua rugi.
Memanglah duit itu kamu punya, kereta pun kamu punya jika hendak sangat.., pasang lampu itu kat bumbung rumah sekurang-kurangnya dapat mencegah kecurian!
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya semua ya...
ee.. lewat cikit ye..! tak sempat nak pergi cc..
Macam mana beraya tahun ini?
Adakah anda beraya sakan..? yelah ada yang punya baju raya sampai tiga pasang, itu belum masuk baju melayu lagi.
Bertuahlah anda yang mempunyai kemampuan yang begitu ye..
Saya bab pakaian ini, tiada perubahan.. sedih-nya sebab masih guna baju melayu tahun lepas juga. Almaklum lah.. keperluan anak-anak yang perlu saya utamakan! Lagipun pakaian itu masih baik lagi kan..kan..
Ada orang tu kan.. saya perhatikan, masa saya sebuk melayan anak-anak kat pusat membeli belah, diaorang ini sebuk memilih iPhone, Samsung, Nokia dan bermacam jenis 'handpon' yang bukan murah pulak tu..!
Saya ini bukan nak jaga tepi kain orang, cuma gatal je tangan ni nak kondem orang! Tapipun cuba lah kita perhatikan insan lain, yang lebih bahagia jika kita hadiahkan wang itu!
Hendak pula dihari dan bulan yang mulia ini. Bantu jiran kita yang Janda miskin ke, dengan belikan set dapur gas yang harga tidak sampai rm200, atau anak jiran yang memang kita tahu miskin, apa kata jika kita hadiahkan basikal untuk dia kesekolah? Pun lebih kurang rm200.
Betapa gembira-nya mereka...! Ya.. ampun...! kata neng pembantu rumah. Berapa ramaikah jiran yang kita ketahui selama ini miskin, dapat anda gembirakan dan bahagiakan dihari mulia ini dengan rm800 rm1000 rm1800 malahan ada yang lebih hanya untuk sebuah 'handpon'? erm.. jangan marah ye... saya cuma cakap saja.. semua-nya terpulang kepada anda yang empunya diri.
Atau berikan hadiahkan rm itu kepada kedua orang tua kita kat kampung yang lebih memerlukan. Nak beli sebegitu, belilah dibulan-bulan yang lain. Okey.... jangan ambik hati ye.. sekadar cadangan je..
Salam Ramadhan.
Selamat berpuasa semua.
Sudah agak lama saya tidak kemari, bukan apa.. cuma seharian berkerja sampai tak ada apa idea nak diketengahkan.. ewah..
Jadi saya gagahi juga hari ini untuk meneruskan lagi cerita hati saya yang kelmarin terbantut..., harapan saya anda semua segar dan sihat walau pun kita dibulan puasa ini.
Kali ini saya berada di Sungai Rengit, siapa biasa kat sini? Agak jauh juga dari Bandar Kota Tinggi, Johor.
Jambatan dilebuhraya menuju ke Sg. Rengit dari Johor Bahru.
Dataran Sg. Rengit.
Baiklah, jom kita teruskan cerita yang dinanti-nantikan selama ini..!
ermm... okey lah.. jumpa lagi! Jaga diri baik-baik...
Siapa hendak jaga diri anda kalau bukan anda sendiri ye tak..? ha.. ha..
Namun Aku Tidak Pasti
Aku memerhati jam yang sedang berdetik detik mengerakan jarumnya. Suasana malam yang agak hening membuatkan bunyi detiknya makin jelas kedengaran. Hari sudah agak lewat ni.. kenapa Nenek aku masih belum pulang lagi? Jangan jangan kereta Pakcik aku buat hal tak..?
Aku berharap sangat supaya Nenek dan mereka semua selamat pulang kerumah, aku kasihan pada Nenek ku yang dah tua dan selalu uzur tu.. kalau tidak kerana urusan aku disini, mungkin Nenek aku malas nak datang kesini sebab jauh dari rumah Nenek dan keadaan kesihatan Nenek yang tak menentu.
Ani dengan Intan sudah tiada dihadapan aku, mereka telah kedapur entah apa yang mereka sedang lakukan didapur, cuma sesekali mereka
bergurau senda disana. Bunyi sudu jatuh kelantai diikuti ketawa kecil mereka. Mungkin mereka sedang menyediakan resepi untuk sarapan pagi
besok.
Tinggal aku kesaorangan... Aku jadi sedikit runsing memikirkan hal hal Aku dengan Ani.. apa lagi aku bersaorangan diruang tengah ni..
Aku bangun dan melangkah keruang tamu aku ingin membuka talivision tetapi tidak jadi, sebaliknya aku membuka pintu hadapan dan turun
kebawah rumah, aku duduk dikerusi panjang disitu.
Cahaya lampu luar diatas tangga terang menerangi halaman rumah. Aku memerhati sekeliling didalam kegelapan malam yang berbalam dek sedikit
sangat sinaran sang bulan, yang terang hanya dihadapan rumah sahaja.
Aku duduk bersandar diatas bangku kayu dibawah rumah, takala itu hanya bunyi cenkerek dan sang kodok berselang-seli memecah keheningan
malam.
Antara dengar dengan tidak, suara kedua gadis dari atas rumah masih menerjah kependengaran ku. Ada-ada saja gurau senda diantara
mereka. Lagak seperti dua sahabat yang baru bertemu melepas rindu. Aku memerhati sekeliling.. cuma samar-samar kelihatan segala benda
dibawah rumah ini.
Kemudian aku memandang kearah jalan diseberang, kalau-kalau kelibat lampu kereta Pakcik ku telah kembali, namun tiada tanda-tanda mereka
akan muncul ketika ini.
Mungkin mereka singgah kerumah saudara-saudara yang berdekatan jalan agaknya. Aku harap mereka pulang dengan selamat secepat mungkin.
Nyayian sang unggas masih galak bersaing sesama sendiri. Gema sang kodok bersahutan antara yang jauh dan dekat, melahirkan satu irama
yang cukup sentimental bagi yang berjiwa mulus dan menghayati alam.
Irama yang benar mengasyikan buat insan lara yang lemas dilautan cinta. Aku menarik nafas panjang, besok aku akan berangkat pulang, apa
keputusan yang aku akan beri pada Ibu aku kali ini.
Rasanya tak sampai hati hendak mengecewakan hati kedua orang tuaku. Keduanya sangat berharap yang aku pulang dengan berita gembira serta
mengakhiri penantian mereka selama ini.
Aku bagai mendengar suara ibuku mendesak aku supaya datang kesini bersama nenek. Emak menasihat aku supaya datang dan lihat dulu calun
yang dicadangkan untuk aku.
"Mak rasa kau tidak sepatutnya membujang lagi..!" kata ibu.
"Ala.. mak ni..! relek la.. ada jodoh, kawin la saya nanti.." kata aku melayan ibuku.
"Nak relek apa lagi..? kau tu bukannya muda lagi.." tambah ibuku tak puas hati.
Sebenarnya aku pun dah rasa nak tamatkan zaman bujang aku.. tapi sejak semua rencana aku dengan tunangan ku Fidah itu tidak menjadi,
telah membuatkan aku kecewa dan tiada punya semangat lagi nak memikirkan masaalah hendak berumahtangga. Cukuplah sekali aku merana kerana
dia, dan tidak terlintas langsung nak cari yang lain sebagai peganti.
Biasanya aku sekadar pemerhati riwayat kehidupan insan lain yang terlebih dahulu merasai kepahitan kesah silam mereka, hanya kelucuan
bermain difikiran kenapa masih memikirkan orang yang sudah tiada disisi? kenapa tidak dilupakan saja..! bunga bukan-nya sekuntum dan
kumbang juga bukan seekor! Malah ada yang lebih teruk, sehingga tidak mengenal lagi kehidupan yang dilalui. Mungkin hanya tuhan saja yang
mengatahui penderitaan mereka itu.
Namun ternyata teragedi pahit mereka telah terpalit dan tertusuk keatas diriku sendiri. Hendak dikata apa.? mungkin sudah suratan
takdir hidup yang mesti aku lalui.
Memang sangat mengecewakan.. kerana harapan yang aku impikan hancur begitu sahaja. Sejak itu fikiran ku
jadi sangat keliru, tidak tahu hendak mentafsirkan apa yang telah berlaku keatas diriku.
Yang kekadang seperti kata orang, sesuatu musibah itu tanda Allah sayangkan nya, dia hendak menduga kesabaran umat Muhammad yang mana
lebih kuat keimanan mereka. Dan mungkin juga musibah yang terjadi keatasku ada hikmatnya, yang barangkali aku sendiri yang tidak nampak
kebaikan-nya.
Aku sebenarnya tidak ingin mengsangsikan apa yang berlaku semuanya atas kehendak Allah. Sebagai orang yang pernah sedikit sebanyak
mempelajari hal yang berkaitan dengan ugama, aku redha.! Namun aku tak pasti samaada aku begitu pasti dengan hal ini.
"Engkau pergi dengan nenek, lihat dulu orangnya lepas tu baru buat keputusan." Desak ibu aku lagi.
"Adik-adik kau semua dah berkahwin, Mak takut kami tak sempat pula nak tengok kau bersanding!" Begitulah alasan ibuku dia beria-ia menyuruh
aku kemari seolah-olah kali ini, memang menjadilah calun pilihan mereka.
Aku kekadang kasihan juga dengan kedua orang tua aku tu, kerana sebelum ini pun sudah beberapa calun yang aku tolak, dengan memberi
berbagai alasan. Ada seorang tu, aku pergi juga berjumpa.. setelah pulang, aku khabarkan kepada orang tuaku, aku bagi tempuh setahun..
kalau tak ada orang ambil, aku ambil..!