Assalamualaikum... salam sejahtera dan selamat pagi..
Saya berharap dan berdoa semoga sahabat semua berada didalam suasana aman dan damai. Walaupun sedikit kurang selesa bermalam didalam bas, apa lagi kami mendapat dua tempat duduk paling belakang. Tapi apa nk dikata hanya ada tiga tempat duduk paling belakang yang tersedia. kerusi lain semua sudah dibeli orang.
Alhamdulillah .. akhirnya kami selamat tiba di Setesen Bas Kulim.
Pukul enam setengah lebih pagi, kami
tiba di Kulim.
Tidak berapa lama menunggu, orang yang kami berjanji untuk menjemput kami pun tiba.
Kemudian kami berpakat untuk mencari kadai atau warong untuk bersarapan. Kami akhirnya memilih untuk bersarapan diwarung yang ada roti capati.
Selesai bersarapan kami mula bertolak menuju ke Baling, kami memang sudah berjanji untuk ke Baling dahulu sebelum pulang kerumah kami.
Baling adalah tempat keras, sebab bumi baling ada banyak gunung batu kapur. Kilang batu kapur di Baling berpuluh tahun beroperasi, tak habis-habis batunya.
Baling adalah bandar yang bersejarah, kerana disinilah pertemuan atau rundingan antara kerajaan Malaysia dengan tentera parti Kuminis Melaya atau PKI, PKI diketuai olih Cheng Peng, pehak kerajaan diketuai olih PM Tengku Abdullrahman.
Ditengah perjalanan kami berhenti digerai tepi jalan yang menjual berbagai jenis buah-buahan, seperti biasa kami membeli beberapa jenis buah sebagai buah tangan untuk mengunjungi rumah saudara.
Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Kampung Bandar, Baling. Panorama disepanjang perjalanan memang cantik, Banyak kelihatan gunung-gunung batu kapur.
Kira-kira pukul sebelas tengah hari.. kami singgah makan di gerai makan NASI KUKUS AYAM PENYET-BEREMPAH. Mat Lang Mat Lie .
Memang sedap nasik ayam penyet digerai ini, sedap hingga menjilat jari. Tak rugi jika anda datang ke Baling dan singgah kegerai Mat Lang Mat Lie.
Terima kasih!
Baca Lagi Kesah Fidah!