January 31, 2023

Selamat Tinggal Pontian.

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan salam persahabatan untuk anda semua. Kami doakan semoga Allah mengurniakan kerahmatan dan kesempurnaan hidup buat anda.

Malam ini kami dah mula berangkat dan bergerak menuju kearah utara. Pada petang tadi, kami telah dihantar olih anak kami ke Larkin Bas setesyen, Kami bergerak awal dari pontian, lebih kurang pukul lima setengah petang.
Perjalanan dari Pontian ke Bustand Larkin bolih dikira lancar, hanya ada sedikit kesesakan dibeberapa tempat. Namun bolih dikira lancar sahaja perjalanan.

Tarminal Bas Larkin

Dari Larkin bas bergerak menuju ke Tarminal Bas Dan Teksi Taman Ungku Tun Aminah, Johor mengambil lagi penumpang, sebelum terus bergerak menuju Kuala Lumpur dan berhenti berehat.

Tarminal Bas Dan Teksi Taman Ungku Tun Aminah

Dari Larkin bas bergerak menuju ke Tarminal Bas Dan Teksi Taman Ungku Tun Aminah, Johor mengambil lagi penumpang, sebelum terus bergerak menuju Kuala Lumpur dan berhenti berehat.

Mana-mana penumpang yang hendak makan bolih berehat dan makan. Selepas berehat bas meneruskan perjalanan ke utara.

Kira-kira pukul 1.45 pagi, bas tiba di Sungai Buluh Selanggor. Masa untuk berehat dan berganti pemandu.
Ada kalangan penumpang turun dari bas, dan ada yang meneruskan tidur. Malah ada sesetengah penumpang masih dibuai mimpi walhal bas sudah berhenti dan memasang lampu dalam yang terang!

Dimasa rehat ini jugalah kotak barangan dibawah bas bertukar tempat. #delivery time. masih sempat lagi mereka buat penghantaran barang dari Johor ke Selanggor.

Setelah semua selesai, penumpang pun sudah memenuhi bas, kami meneruskan perjalanan bas bergerak semula keutara.



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



No comments: