February 09, 2021

Ular Sawa Besar

Assalamualaikum...

Dan apa khabar anda semua hari ini? Kali ini saya ingin berkongsi satu video yang saya terima dari media sosial lain yang mengambarkan saekor ular yang agak besar juga.

Terlebih dahulu saya mengharapkan agar anda semua sihat dan bergembira menjalani hidup dalam perentah PKP sekarang ini.
Jika anda merasa rimas kerana masih tergendala semua kerja, saya harap kita kena banyak bersabar.

Anda juga mungkin mengalami masaalah seperti saya juga, saya sebenarnya sudah berapa lama tidak bekerja, dan sedang menunggu panggilan dari pehak syarikat untuk masuk semula bekerja.

Kebetulan sekarang ini saya tinggal dikawasan perumahan, sudah tentu pegerakan saya agak sangat terhad sekali, tidak seperti mereka yang tinggal dikawasan perkampunggan kerana jika dikawasan luar bandar anda masih bebas kesana kemari dikawasan kampung, jadi anda tidak merasa sangat dengan perentah kawalan pegerakan ini.

Sama seperti semasa saya masih berada dikampung saya kelmarin. Pada masa itu saya tidak terasa sangat dengan PKP kali pertama dahulu. Namun sekarang keadaan sangat berbeza kerana selain saya tinggal dikawasan perumahan dibandar saya juga bekerja diluar daerah, dan saya kena melangkah banyak daerah sebelum sampai ke tempat kerja saya yang baru mula.

Kerja pun sudah berhenti sementara, kerana masih banyak yang perlu diselesaikan sebelum syarikat bolih memulakan kerja, kenapa tidak! kerana pehak yang syarikat hendak boss berurusan, juga termasuk atau terbabit dengan PKP.

Begitu juga kelengkapan dari setor-setor swasta masih terganggu (ini alasan majikan kenapa kerja dihentikan sementara)

Jadi, kami terpaksa tabah dan bersabar menghadapi ujian dan cabaran ini.

Apapun pehak syarikat terlah menghubunggi semua pekerja agar bersedia kerana kami akan dipanggil bekerja tidak lama lagi.

Alhamdulillah... semoga semua berjalan lancar dan kami bolih memulakan kerja seperti biasa.

Okay baiklah, jom kita melihat video dibawah ini.



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 06, 2021

Ketika Muallaf Pakar Injil Membedah Bible.

Assalamualaikum...

Semoga Anda Sihat Sejahtera Selamanya, aaminn..

Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi video dakwah yang ada di Youtube!


Ketika Muall4F P4kar 1NJ1L MEMB3D4H B1BL05


Yesus Masuk Youtube● muallaf angkat Bicara.

Tidak ada apa-apa yang mendorong saya untuk berkongsi disini, cuma saya tertarik dengan perbincangan mereka berdua. Jika anda juga berminat, sila terus ke Channel mereka berdua, kalau sekadar menilik-nilik di youtube singgahlah kesitu dan anda mungkin dapat mendengar perbincangan mereka.

Tidak salah kita mendengar pekara yang bolih meluaskan pengatahuan kita.

Selamat Menonton!



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 04, 2021

Ikan Kerapu Besar

Assalamualaikum...

Semoga anda semua berada didalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja untuk hari dan selamanya.

Sekarang ini masih lagi musim PKP mulai beberapa hari lepas seluruh Semenanjung diistiharkan PKP. Saya pun duduk rumah sahaja lah, ada la sesekali keluar kekedai untuk mencari barangan dapur.

Dan bila terasa hendak makan ulam ulaman, saya menaikai motosikal dan pergi kekawasan hutan kecil atau ditepi tepi jalan terpencil, kerana banyak terdapat daun-daun ulaman seperti pucuk paku pakis dan paling banyak ialah pucuk Ubi kayu.

Saya selalu sangat dalam dua tiga hari sekali tentu saya ketepi sungai besar disini untuk mencari ulam ulaman, kawasan tanah yang subur apa lagi selepas tebingnya dicuci olih Jabatan Peparitan.

Ada kala selalu juga saya bertemu dengan pemancing ikan dikawasan tebing sungai ini ada juga yang memancing diatas jambatan batu disitu, memancing disitu tidak memjadi masaalah sangat kerana jabatan batu itu jarang dilalui orang, hanya apabila pekerja atau pekebun sawit sahaja yang menggunakanya.

Pernah juga saya teserempak dengan kaki pancing disitu yang hasil yang agak lumayan besarnya, tetapi tidaklah sebesar ikan yang saya muat naik dibawah ini.

Video dibawah ini yang saya daripada media sosial terasa ingin saya berkongsi dengan anda semua! mungkin anda belum pernah lihat lagi video ini.
Semua kaki pancing meimpikan joran mereka berhasil menaikan ikan sebesar itu, agak susah juga untuk menjadi kenyataan kerana sudah tiada lagi ikan sebesar itu berkeliaran.

Jika imbas kembali zaman kecil saya, bukan disini tetapi dikampung kelahiran saya dahulu, ikan sangatlah banyak didalam sungai pada masa itu air sungai sangat jernih, saya dengan rakan sekampung selalu menyelam dan melihat didalam sungai. Kami menggunakan cermin menyelam yang berwarna biru diperbuat dari bahan getah sekeliling nya dia akan melekap kemuka kita. Memang betul jernih! ikan pun banyak berkeliaran dihadapan kita sebesar dua jari orang dewasa dan ada yang lebih besar.

Sekarang semua itu sudah tiada lagi, sungai masih ada cuma airnya sentiasa putih atau kata orang kampung air keruh. Ikan pun susah hendak hidup lagi disitu, walaupun masih banyak lagi sungai yang jernih airnya, namun jika hendak dikira peratusanya lebih banyak sungai yang tercemar dari yang jernih, jika jernih sekalipun hanya beberapa kilometer sahaja yang jernih... selebihnya yang menuju kelaut semua keruh atau air nya putih.

Jadi sesekali bagus kita dapat melihat kelibat warga yang sangat bernasib baik mendapat rezeki yang tidak terduga ini. Saya simpan disini videonya dan untuk tontonan generasi akan datang!

Ayuh kita menonton bersama!

Ikan Kerapu Besar. Ikan lautan.


salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



January 31, 2021

Al-Qur'an 30 Juzuk

Assalamualaikum.

Allahhu Akbar ! Kita masih dipertemukan lagi disini.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana anda masih lagi menjengah kemari atau ini kali pertama anda kesini.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih, dan sila tekan butang Follow atau ikut menjadi follower blog ini, anda mungkin ingin membaca lebih banyak lagi tulisan saya!

Apa pun saya harap dan mengdoakan semua kebaikan akan menjadi milik anda dan keluarga anda.

Dan saya hendak berpesan 📝sedikit kepada anda yang mempunyai Ayah Atau Ibu anda, jika anda tinggal bersama, alhamdulillah.. harap anda jaga lah tingkah laku atau percakapan jangan sekali-kali ada yang bolih menyinggong perasaan dan hati mereka.

Anda kena atau sampai ke tahap ➡️wajib memahami sikap mereka apabila mereka sudah tua dan berusia lanjut, mereka kekadang mungkin menyakitkan hati kita, ..
tetapi percayalah mungkin itu bukan dari kemahuan mereka hanya kebetulan sahaja disebabkan kita pun sudah dewasa dan kita tidak suka diperlakukan seperti masih kecil atau di perlakukan seperti anak kecil.

Dan mereka masih menyayangi anda seola-olah anda semua masih kecil.

Inilah selalu terjadi didalam semua keluarga. Ingatlah jika mereka berlaku kurang adil didalam linkungan anak-anak, percayalah pekara paling utama sekali anda kena mehasabah diri anda sendiri juga!

Carilah kekurangan anda selama ini, atau selama tiga puluh tahaun atau lebih, apakah yang anda telah berikan kepada mereka❓ dan jika anda selama ini behempas pulas membela atau membela kehidupan meraka, dan masih tidak mendapat layanan yang baik ataupun kata orang dianak tirikan saja, walaupun anda sebenarnya yang menyayangi kedua mereka dan mematuhi setiap perentah mereka menuruti kehendak mereka, tetapi anda rasa mereka pulak yang tidak melihat jasa anda!

Kalau ini perasaan anda, sekali lagi anda wajib memahami benar-benar adakah pengorbanan anda kepada keduanya hanya mengharapkan balasan❓ Dengan menyedari pekara ini sahaja anda akan suka rela dan ➡️Redho apa saja yang berlaku dari pemerentahan kedua mereka.

Dan perlu kita ingat! mereka bukan malaikat janganlah kita mengharap yang terbaik dari mereka, mereka sudah tua kita lah yang sepatutnya menjadi Malaikat untuk memelihara hidup mereka yang sudah tua.

Okay tulisan ini bukan bermaksud untuk berceramah kepada sesiapa, hanya juga untuk mengigatkan diri saya sendiri juga. Kiranya ada yang bermanfaat bagi diri anda.. alhamdulillah, dari Allah juga segala yang baik, andai ada yang salah dan buruk semuanya dari diri saya sendiri!

Baik, marilah kita teruskan agenda kita untuk muka surat ini,📝 semoga bermanfaat!

Kali ini saya meluangkan masa mengedit fomat yang saya dapat dari media sosial -WhatsApp- dan meletakanya diblog xaturen ini, supaya ianya terus kekal disini dan bolih lah anda mencapainya dilain kali! dan saya sendiri bolih mendengar semula, setiap hari.

Pilih dan klik atau tekan pada senarai surah yang ada, nanti akan diperdengarkan bacaan yang kita pilih.
Jika lambat didengar kemungkinan line internet kurang laju atau data sudah kurang.

Inilah sedikit kemahiran saya dalam hal yang semacam ini, walaupun tidak sehebat anda. Dan kemungkinan anak cucu saya akan menjumpai kerja tangan atok dia.. ✅


Ini adalah Link atau Pautan untuk mendengar bacaan Al-Quran 30 Juz. Klik link dibawah anda mendengar surah pilihan anda.

♥Juz’ 1 : Al Fatiha 1 – Al Baqarah 141 (1:1-2:141)

♥Juz’ 2 : Al Baqarah 142 – Al Baqarah 252 (2:142-2:252)

♥Juz’ 3 : Al Baqarah 253 – Al Imran 92 (2:253-3:92)

♥Juz’ 4 : Al Imran 93 – An Nisaa 23 (3:93-4:23)

♥Juz’ 5 : An Nisaa 24 – An Nisaa 147 (4:24-4:147)

♥Juz’ 6 : An Nisaa 148 – Al Ma’idah 81 (4:148-5:81)

♥Juz’ 7 : Al Ma’idah 82 – Al An’am 110 (5:82-6:110)

♥Juz’ 8 : Al An’am 111 – Al A’raf 87 (6:111-7:87)>

♥Juz’ 9 : Al A’raf 88 – Al Anfal 40 (7:88-8:40)

♥Juz’ 10 : Al Anfal 41 – At Tauba 92 (8:41-9:92)

♥Juz’ 11 : At Tauba 93 – Hud 5 (9:93-11:5)

♥Juz’ 12 : Hud 6 – Yusuf 52 (11:6-12:52)

♥Juz’ 13 : Yusuf 53 – Ibrahim 52 (12:53-14:52)

♥Juz’ 14 : Al Hijr 1 – An Nahl 128 (15:1-16:128)

♥Juz’ 15 : Al Isra (or Bani Isra’il) 1 – Al Kahf 74 (17:1-18:74)

♥Juz’ 16 : Al Kahf 75 – Ta Ha 135 (18:75-20:135)

♥Juz’ 17 : Al Anbiyaa 1 – Al Hajj 78 (21:1-22:78)

♥Juz’ 18 : Al Muminum 1 – Al Furqan 20 (23:1-25:20)

♥Juz’ 19 : Al Furqan 21 – An Naml 55 (25:21-27:55)

♥Juz’ 20 : An Naml 56 – Al Ankabut 45 (27:56-29:45)

♥Juz’ 21 : Al Ankabut 46 – Al Azhab 30 (29:46-33:30)

♥Juz’ 22 : Al Azhab 31 – Ya Sin 27 (33:31-36:27)

♥Juz’ 23 : Ya Sin 28 – Az Zumar 31 (36:28-39:31)

♥Juz’ 24 : Az Zumar 32 – Fussilat 46 (39:32-41:46)

♥Juz’ 25 : Fussilat 47 – Al Jathiya 37 (41:47-45:37)

♥Juz’ 26 : Al Ahqaf 1 – Az Zariyat 30 (46:1-51:30)

♥Juz’ 27 : Az Zariyat 31 – Al Hadid 29 (51:31-57:29)

♥Juz’ 28 : Al Mujadila 1 – At Tahrim 12 (58:1-66:12)

♥Juz’ 29 : Al Mulk 1 – Al Mursalat 50 (67:1-77:50)

♥Juz’ 30 : An Nabaa 1 – An Nas 6 (78:1-114:6)


Semoga Bermanfaat Untuk Semua!


salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!


January 24, 2021

Kemalangan Jalan Raya

Assalamualaikum...

Hai apa khabar anda semua hari ini, semoga anda semua berkeadaan baik-baik sahaja.

hari ini sudah beberapa hari perentah PKP olih kerajaan didalam negeri Johor. Khabar terbaru nampaknya PKP dilanjutkan lagi tempohnya.

Apa yang saya perhatikan seperti yang diviralkan dilaman-laman sosial, berkenaan dengan virus corona ini atau covid-19 adakah ianya benar-benar ada atau bagaimana?

Seperti yang kita tahu, seawal corona dahulu, banyak vedio-vedio atau gambaran cerita yang menakutkan, dimana magsa-mangsa covid ini mati bergelimpangan dijalan raya!

Tapi untuk masa ini virus corona ini makin bayak disemua negara, namun tiada lagi viral vedio-vedio sepeti dahulu, dari luar negara! apakah tiada lagi seperti itu atau dahulu itu hanya rekaan semata-mata.

Jika benar rekaan, kita tidak tahu apakah motifnya mereka menghebahkan kejadian sepeti itu, misalnya pihak berkuasa Negara Cina menembak pembawak virus corona yang degil tidak mahu dirawat, perhatikan juga mengapa pehak tentera itu tidak menghalang keluarga yang mati ditembak memeluk dan meratapi mangsa yang mati.

Bukankah perbuatan bersentuhan akan mengakibatkan semakin merebak penularan virus.

Entahlah mana satukah cerita yang sebenarnya telah terjadi.

Cubalah anda fikir-fikirkan, tak mampulah bagi saya hendak fikir.


Sebenarnya awal saya hendak bercerita tentang Kemalangan Dijalan Raya, tetapi saya cuma tulis saja apa yang saya teringat tentang corona.

Inilah vedio yang saya dapat dimedia sosial tidak berapa lama dahulu, disebabkan masaalah computer saya tertangguh menerbitkanya, ini pun sudah memasuki tahun 2021! semoga masaalah computer ini tidak lagi menganggu hobi saya didalam kegiatan bloging ini.

Memang menyedihkan mangsa yang terlibat didalam kemalangan yang terjadi ini! Hingga cedera parah sekali!! berhati-hatilah ketika anda berada dijalan raya, fokos dengan baik cara kita berkenderaan.

Sekali kita lalai kita terpaksa menerima padah yang sangat teruk!

Lihat bagaimana parahnya mangsa jalan raya ini, kecuaian entah dari siapa hingga menyebabkan mangsa ini terpaksa dipotong kakinya.

Dan tentunya keluarga beliu telah kehilangan punca mata pencarian mereka, mereka terpaksa menjalani kehidupan dengan kemungkinan besar sudah kurang dari sebelumnya!

Berhati-hatilah ketika berkenderaan dijalan raya, kecuaian anda bolih mengakibatkan orang lain yang mendapat kesusahan, jika memang kesalahan itu bersebab dari anda, selamanya lah anda bersalah dan menyesal dan memberi keburukan kepada mangsa dan keluarganya.

Saya bukan melebih-lebihkan kata, tetapi sebenarnya memang begitulah keadaanya, berhati-hatilah ketika memandu!

Pandu Cermat Jiwa Selamat.



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!