February 09, 2021

Ular Sawa Besar

Assalamualaikum...

Dan apa khabar anda semua hari ini? Kali ini saya ingin berkongsi satu video yang saya terima dari media sosial lain yang mengambarkan saekor ular yang agak besar juga.

Terlebih dahulu saya mengharapkan agar anda semua sihat dan bergembira menjalani hidup dalam perentah PKP sekarang ini.
Jika anda merasa rimas kerana masih tergendala semua kerja, saya harap kita kena banyak bersabar.

Anda juga mungkin mengalami masaalah seperti saya juga, saya sebenarnya sudah berapa lama tidak bekerja, dan sedang menunggu panggilan dari pehak syarikat untuk masuk semula bekerja.

Kebetulan sekarang ini saya tinggal dikawasan perumahan, sudah tentu pegerakan saya agak sangat terhad sekali, tidak seperti mereka yang tinggal dikawasan perkampunggan kerana jika dikawasan luar bandar anda masih bebas kesana kemari dikawasan kampung, jadi anda tidak merasa sangat dengan perentah kawalan pegerakan ini.

Sama seperti semasa saya masih berada dikampung saya kelmarin. Pada masa itu saya tidak terasa sangat dengan PKP kali pertama dahulu. Namun sekarang keadaan sangat berbeza kerana selain saya tinggal dikawasan perumahan dibandar saya juga bekerja diluar daerah, dan saya kena melangkah banyak daerah sebelum sampai ke tempat kerja saya yang baru mula.

Kerja pun sudah berhenti sementara, kerana masih banyak yang perlu diselesaikan sebelum syarikat bolih memulakan kerja, kenapa tidak! kerana pehak yang syarikat hendak boss berurusan, juga termasuk atau terbabit dengan PKP.

Begitu juga kelengkapan dari setor-setor swasta masih terganggu (ini alasan majikan kenapa kerja dihentikan sementara)

Jadi, kami terpaksa tabah dan bersabar menghadapi ujian dan cabaran ini.

Apapun pehak syarikat terlah menghubunggi semua pekerja agar bersedia kerana kami akan dipanggil bekerja tidak lama lagi.

Alhamdulillah... semoga semua berjalan lancar dan kami bolih memulakan kerja seperti biasa.

Okay baiklah, jom kita melihat video dibawah ini.



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



2 comments:

NARDtheNERD said...

kite rasa macam nak baling batu pulak kat budak tuu hahahaha

xaturen said...

Ya harap jangan ada anak-anak lain yang meniru aksi ni.. bahaya tu..!