December 04, 2012

Kemalangan Yang Mungkin Bolih Dielakan.

Assalamualaikum... erm...apa khabar anda hari ini?
Semoga anda selamat sejahtera. Ini hendak cerita hal kemalangan yang mungkin dapat kita elakan ketika berada dijalan raya!

Setiap hari bila buka surat khabar saja, berita kemalanggan yang menjadi berita yang mesti ada dimuka hadapan. Heran juga kenapa semakin kerajaan membuat berbagai kempen jalan raya, semakin banyak pulak kejadian kemalanggan yang berlaku.

Pada saya punca pertama berlaku kemalangan ialah sikap pengguna itu sendiri! Sikap orang malaysia bila memandu dia akan berubah! Dari yang biasanya bersopan santun atau lemah lembut, akan bertukar menjadi manusia lain bila memandu dijalan raya.

Apa pendorong mereka bertukar sikap, tidak siapa bolih jawab. Mereka ini, bila pegang setereng kereta saja mulahlah bertukar jadi manusia lain.

Tidak kira siapa, asal mula memandu saja sudah menjelma jadi manusia berlainan sikap yang tidak ada ketika dia tidak memandu. Pelik kan...?
Bukan setakat pemandu berumur tiga puluhan kebawah, malah pemandu yang lebih berumur lagi daripada itu pun bertukar juga kepada sikap berani mati ketika sedang memandu!

Kebanyakan kemalangan berlaku adalah melibatkan pemandu yang berani mati belaka.. yang takut mati kemungkinan menjadi mangsa dalam kemalangan. Contohnya kemalangan yang berlaku didaerah Batu Pahat, sebuah kereta memandu laju dan hilang kawalan diselengkoh menuruni bukit lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah teksi.

Pemandu kereta cedera parah dan tersepit didalam kereta tersebut, manakala tiga dari empat orang yang berada didalam teksi disahkan meninggal ditempat kejadian.

Mengikut saksi kejadian, ketika kemalangan itu berlaku dia berada di belakang teksi tersebut tapi agak jauh dibelakang. Dia dalam perjalanan pulang dari menjemput anak sekolah.
"Nasib baik saya tidak mengikuti rapat dibelakang teksi tersebut, jika tidak kami anak beranak akan terlibat sama"

Difahamkan kereta tersebut terbabas dan menghentam bahagian sisi kiri teksi diantara pemandu dan penumpang, pemandu adalah diantara tiga mangsa yang terbunuh.

Polis menasihati pemandu supaya berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut kerana selain dari kawasan perkampungan kawasan tersebut juga berbukit serta berselengkoh merbahaya.

Sikap pemamdu kereta yang memandu laju tanpa memikirkan keadaan jalan yang merbahaya telah mengakibatkan berlaku nya kemalangan, walaupun dia memandu dalam keadaan tidak takut mati tetapi dia bernasib baik tidak mati, namun sikapnya itu membuatkan orang lain yang mati.

Banyaklah kejadian malang seperti ini yang berlaku timbul, dari sikap pemandu berani mati. Jadi sikap pemandulah yang menjadi punca kemalangan.

Ingat.. walaupun tidak yakut mati, tapi orang lain yang banyak tanggungjawab kepada keluarga takut mati.. sebab dia memikirkan nasib keluarga yang ditinggalkan. Beringat selalu jika terasa hendak memecut dijalan raya.. ramai orang yang akan merana jika anda tiada, paling kurang pun buah hati yang merana, itu pun kalau ada buah hati.
Jangan membunuh dan mengsengsarakan ornag lain disebabkan tindakan memandu tidak takut mati. Kalau nak rempuh pun, rempuhlah pokok sawit.. eeehh, tak bolih, sebab pokok sawit itu ada orang yang punya.
Eeermm.. jangan rempuh apa-apa, memandu dengan selamat, biar lewat sejam dua jam tidak mengapa daripada langsung tidak sampai.. kan.?

Sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




December 02, 2012

Berhati-hati di-jalan raya!

Assalamualaikum,

Ayuh... anda semua..!
Diharapkan anda senantiasa berhati-hati di-jalan raya.

Sedikit kesilapan, akan banyak padahnya!

Jangan memandu sewaktu anda didalam keadaan terdesak mengejar masa, kerana takut nanti masa anda kat dunia yang sampai dulu....

Biarkan pemandu lain memotong kenderaan anda, biarkan... Paling lewatpun anda akan terlewat setengah jam sahaja, atau kekadang beberapa minit sahaja!

Jangan ambil mudah penumpang yang anda bawa, apalagi anak isteri, atau ayah bonda. Ingat, sayangilah mereka, kalau sudah terkena menyesal tak guna!

Cuba bayangkan pemandu-pemandu lain seperti ahli keluarga anda juga, keselamatan mereka mesti dijaga juga.
Jangan buat samseng tidak bertempat....

Adakala nya sungguh sedih! ahli keluarga sendiri pun dilanyak begitu saja.... Sebab nya kita tidak ambil berat keselamatan pemandu lain...

Akhirnya baru disedari yang kita himpit masuk longkang itu bapak mentua sendiri.. ayoo.. mana mau letak muka...?

Cuba Elakkan Diri Dari Keadaan Sebegini!



Gambar-gambar dibawah ini tidak kena mengena dengan cerita, hanya gambar terbaru ditapak perojek IDPT di Tanjung Kapal, Sungai Rengit.

Ini sahaja untuk kali ini harap anda semua berbahagia selalu,

Sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Sini!




November 25, 2012

Projek IDPT Tanjung Kapal, Sg. Rengit. Johor.

Assalamualaikum... Salam ceria dari Tanjung Kapal. Kawasan Tanjung Kapal resort telah dimajukan dengan Projek Petronas! Iaitu projek IDPT.

Kerja-kerja menanam cerucuk untuk dibuat jambatan ke tengah laut.

Kerja penambakan dikawasan 'ban wall' iaitu tempat bermulanya jambatan dari arah daratan.

Para pekerja sedang berkerja diatas kapal penunda, banyak kapal penunda dikawasan projek ini.

Kawasan pesisir pantai berhampiran tapak projek IDPT Sg. Rengit.

Kerja-kerja mendalamkan laut, dengan jentera yang didatangkan dari luar negara.

Sang suria mula menampakan diri diwaktu kerja-kerja sedang dimulakan.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



October 17, 2012

Cukup Sampai Disini Saja.

Cukup-cukup sudah.. cukup sampai disini saja...
Daripada hati terseksa.. lebih baik aku pergi...

Pernahkah anda cuba menyelami penderitaan orang lain..?
Pernahkah anda memikirkan kesusahan orang lain.?
Selalukah anda cuba mengerti bagaimana peritnya kesengsaraan orang lain..?
Adakah hidup anda membuatkan orang lain makan hati..?


Assalamualaikum...

Hai.. apa kesah ni..?

Tidaklah saya hendak meributkan ketenangan anda semua.! cumanya sesekali itu, jika hendak melakukan sesuatu... ada baiknya anda mendahului dengan keberangkalian, apakah yang bakal terjadi jika anda melakukan tindakan tersebut.?

Seandainya sudah terjadi dan berlaku, tidak mungkin anda dapat kembali semula ketempat asal! Apabila masa bergerak.. dia tidak akan dapat diulangi semula..

Pergerakan masa itu berserta apa-apa tindakan yang kita telah buat, ianya tetap sudah berlaku! Jadinya berhati-hatilah apabila membuat sesuatu tindakan.

Ada sesetengah orang, dia ambil jalan mudah.. dia mengatakan dia tidak mahu membuat apa-apa tindakan kerana tidak mahu menanggung apa-apa masaalah kepada diri dia dan orang lain. Jadi dia hanya membiarkan masa berlalu begitu sahaja.

Cukuplah katanya dengan apa yang dikerjakan sekarang atau kehidupan dia sekarang ini dan dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

Okay.. pada sekali pandang terasa betullah apa yang sedang dia lakukan pada kehidupan dia, akan tetapi dia sebenarnya sedang membuat satu tindakan!
Anda hendak tahu apa tindakan yang dia sedang buat..? Sebenarnya dia sedang membuat tindakan yang dia tidak mahu berubah untuk menjadi yang lebih baik.
Tindakan tidak bagus untuk kehidupan dia yang mungkin masih panjang lagi..
Disini kita bermula..

Okay.. Kebelakangan ini, bila nampak saja surat khabar., cerita pertama adalah kemalangan! Tidak cukup muka depan tambah lagi dimuka surat didalam. Inipun satu contoh yang kita tidak pernah cuba untuk memahami bakal penderitaan yang akan dilalui olih orang lain.

alkesah....
Diwaktu pagi yang samar dan dingin sepasang suami-isteri dirempuh sebuah kereta yang memotong bas pekerja digarisan berkembar. Kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan ketempat kerja disebuah kilang yang jaraknya hanya enam kilo meter dari kediaman mereka.

Keadaan jalan yang membeluk dan sedikit berbukit, ini membuatkan pemandu kereta tidak dapat melihat bayang lampu motosikal yang digunakan mangsa. Akibatnya pasangan ibubapa tersebut tidak sempat menyara serta membesarkan anak-anak mereka!

Kasihan.. tindakan pemandu kereta yang tidak mahu memikirkan keselamatan dan kesusahan orang lain, telah menghempap anak-anak mangsa dirumah dengan kepayahan hidup! Sedangkan masih punya ibubapa makan minumpun alakadar, namun masih gembira kerana mereka masih ada kedua ibubapa.

Cukup-cukup sudah... cukup sampai disini saja...

Sudah-sudahlah dengan tindakan yang selama ini telah dan bakal memudaratkan insan lain!
Jadilah manusia yang menjana kebaikan kepada diri sendiri serta orang lain didalam kehidupan ini.
Begitu juga terutamanya kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar dikoleg-koleg, buatlah tindakan yang bijak agar dapat memberi kebaikan kepada kedua ibubapa yang sangat sayangkan anda.

Cuba memahami penderitaan yang bakal terjadi terhadap mereka olih tindakan kita yang tidak bijak.!

Ahirkata, buatlah tindakan dengan mengambil kira kepentingan ayah dan bonda dikampung!

Jumpa lagi..

wassalam.


edited20/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



October 09, 2012

Aku Sayang Kamu Sepenuhnya Hatiku

Assalamualaikum...

Kesah Cinta Kita

Entah macam mana tiba-tiba terkenang kesah lama.
Sampai tersenyum simpul sendiri ketika sedang berkerja.
Saya segera menolih kekiri dan kekanan risau juga mana tahu jika ada yang memandang, nanti apa pula kata orang senyum sendiri kan.

Saya pasti semua kita ada kenangan pahit manis sewaktu berkasih sayang atau semasa zaman muda belia takkala sedang bercinta.
Sungguh indahnya zaman itu, kini hanya tinggal kenangan. Berbagai ragam cara dibuat untuk memikat buah hati yang telah mempersonakan jiwa.

Surat-surat cinta menjadi penghubung dua jiwa, masih ingatkah lagi surat cinta pertama anda? surat cinta pertama anda tidak semudah yang disangka untuk disiapkan, telah berhelai-helai kertas dironyokkan kerana masih rasa tidak tepat isinya.
Helaian yang bergambar bunga serta berbau wangi ditatap berulang kali ayat-ayatnya, apakah bahasanya seperti mana tersirat didalam hati!

Ayat-ayat cinta hanya mengikut kata hati semata-mata, bahkan mungkin tidak lulus didalam ujian disekolah pun, semuanya bergantung setakat mana kemahiran masing-masing didalam bahasa. Bahasa yang mungkin bagi insan yang tidak mengalaminya semasa itu bolih geleng kepala berkali-kali.

contohnya:

"Buat tatapan Su"

"Su sayang.. kenapa itu hari saya nampak Su macam tak suka je dengan saya ni.. saya tahu siapalah saya ini.. rupa tiada hartapun kurang, saya harap Su jangan tinggalkan saya dulu. Cubalah kita berkawan dulu.. "

"Saya hari itu tidak berani dekat dengan awak, sebab saya takut awak tak suka dengan saya.. Su.. saya harap lain kali Su bagi lah lampu hijau dahulu, baru saya berani datang dekat.."

kah.. kah.. siap ada lampu hijau barang.. tu dia...! kelakar tak..?
Inilah surat cinta pertama yang telah anda dapat atau menerima dari pasangan anda kan..? Atau lebih kurang macam itulah.. yang jadi masaalah tu.. bab awal-awal lagi sudah tulis 'sayang'.. mana tidak pening dibuatnya..

Selepas hantar surat itu tentu sudah tidak sabar menunggu balasan dari sidia, satu hari, dua tiga empat kali jenguk rumah yang kita tumpang alamat. Entah bagaimana balasannya surat dari sidia nanti.

Makan tak terasa kenyang.. ha. ha. ha.. dari surat pertama itulah sehingga menjadi bertimbun-timbun surat-surat cinta.

Itulah zaman bercinta masa yang paling indah nye....
Kebiasaannya wanita tidak menyimpan surat-surat cinta mereka. Apa yang dibuat dengan surat itu selepas baca?
Kalau anda hendak tahu tanyalah isteri anda! Atau tunggu saya beritahu dimasa akan datang.
Dan kebiasaannya juga sang Suami tidak pernah menanyakan kemana surat-surat cinta mereka dahulu, pelikkan..?

Untung yang yang menjadi kekasih, sebab dari surat yang dibaca memberikan seribu kebahagiaan, surat ditatap berulan kali apabila rindu mengamit rasa.. terasa sedikit terubat rindu yang membara, dalam sabar mengagahi hidup untuk pertemuan seterusnya.

Sudah menjadi lumrah alam percintaan, ada pasangan yang sampai hajat juga kejinjang pelamin, akan tetapi tidak kurang juga yang gagal didalam percintaan.

Walaubagaimana pun berusahalah memahami antara suka dengan cinta, jika tidak anda jadi tidak ketentuan, cinta memerlukan banyak pengorbanan.. cinta sebenar lahir dari dalam hati, bukan dari mata. Mata hanya menjadi peantaran sahaja.

Dari mata turun ke hati, kemudian hati yang peroses... bukan mata yang menjana cinta! jika mata yang mengetuai cinta.. nercaya itu bukan cinta tetapi hanya sekadar suka sahaja..

Percayakah anda, cinta yang hebat.. bolih saling berhubung walaupun tinggal berjauhan.. walaupun jarang berjumpa tetapi sering interactivity antara keduanya...

woo.. woo.. sehebat itukah cinta anda..? dan jangan kecewa sangat.. jika pasangan anda berubah arah, sebab dia bukan cinta sejati anda. Mungkin itu amaran awal supaya anda tidak meneruskan kehidupan masa depan anda dengan dia.

Dan lagi cinta sebelah pehak tidak ada siapa yang suruh... aakehh.. keh.. bila dia pergi itu maknanya dia tidak cinta andalah itu... tak kan tidak faham...
Namanya saja bercinta atau berkasih sayang.. kalau sorang diri nak cakap ape eh..? jadi hati-hati selalu.. okey..

Sekian. Wassalam.

[Sayang... Diri ku kesunyian, merindukan dirimu..!]



Terima kasih!


Baca Lagi Sini!