Ayuh... anda semua..!
Diharapkan anda senantiasa berhati-hati di-jalan raya.
Sedikit kesilapan, akan banyak padahnya!
Jangan memandu sewaktu anda didalam keadaan terdesak mengejar masa, kerana takut nanti masa anda kat dunia yang sampai dulu....
Biarkan pemandu lain memotong kenderaan anda, biarkan... Paling lewatpun anda akan terlewat setengah jam sahaja, atau kekadang beberapa minit sahaja!
Jangan ambil mudah penumpang yang anda bawa, apalagi anak isteri, atau ayah bonda. Ingat, sayangilah mereka, kalau sudah terkena menyesal tak guna!
Cuba bayangkan pemandu-pemandu lain seperti ahli keluarga anda juga, keselamatan mereka mesti dijaga juga.
Jangan buat samseng tidak bertempat....
Adakala nya sungguh sedih! ahli keluarga sendiri pun dilanyak begitu saja.... Sebab nya kita tidak ambil berat keselamatan pemandu lain...
Akhirnya baru disedari yang kita himpit masuk longkang itu bapak mentua sendiri.. ayoo.. mana mau letak muka...?
Cuba Elakkan Diri Dari Keadaan Sebegini!
Gambar-gambar dibawah ini tidak kena mengena dengan cerita, hanya gambar terbaru ditapak perojek IDPT di Tanjung Kapal, Sungai Rengit.
Ini sahaja untuk kali ini harap anda semua berbahagia selalu,
Sekian. wassalam.
Baca Lagi Sini!
No comments:
Post a Comment