Kesah Cinta Kita
Entah macam mana tiba-tiba terkenang kesah lama.
Sampai tersenyum simpul sendiri ketika sedang berkerja.
Saya segera menolih kekiri dan kekanan risau juga mana tahu jika
ada yang memandang, nanti apa pula kata orang senyum sendiri kan.
Saya pasti semua kita ada kenangan pahit manis sewaktu berkasih sayang
atau semasa zaman muda belia takkala sedang bercinta.
Sungguh indahnya zaman itu, kini hanya tinggal kenangan. Berbagai ragam cara dibuat untuk memikat buah hati yang telah mempersonakan jiwa.
Surat-surat cinta menjadi penghubung dua jiwa, masih ingatkah lagi surat cinta pertama anda? surat cinta pertama anda tidak semudah yang disangka untuk disiapkan, telah berhelai-helai kertas dironyokkan kerana masih rasa tidak tepat isinya.
Helaian yang bergambar bunga serta berbau wangi ditatap berulang kali ayat-ayatnya, apakah bahasanya seperti
mana tersirat didalam hati!
Ayat-ayat cinta hanya mengikut kata hati semata-mata, bahkan mungkin tidak lulus didalam ujian disekolah pun, semuanya bergantung setakat mana kemahiran masing-masing didalam bahasa. Bahasa yang mungkin bagi insan yang tidak mengalaminya semasa itu bolih geleng kepala berkali-kali.
contohnya:
"Buat tatapan Su"
"Su sayang.. kenapa itu hari saya nampak Su macam tak suka je dengan saya ni.. saya tahu siapalah saya ini.. rupa
tiada hartapun kurang, saya harap Su jangan tinggalkan saya dulu. Cubalah kita berkawan dulu.. "
"Saya hari itu tidak berani dekat dengan awak, sebab saya takut awak tak suka dengan saya.. Su.. saya harap lain kali Su bagi lah lampu hijau dahulu, baru saya berani datang dekat.."
kah.. kah.. siap ada lampu hijau barang.. tu dia...! kelakar tak..?
Inilah surat cinta pertama yang telah anda dapat atau menerima dari pasangan anda kan..? Atau lebih kurang macam itulah.. yang jadi masaalah tu.. bab awal-awal lagi sudah tulis 'sayang'.. mana tidak pening dibuatnya..
Selepas hantar surat itu tentu sudah tidak sabar menunggu balasan dari sidia, satu hari, dua tiga empat kali jenguk rumah yang kita tumpang alamat. Entah bagaimana balasannya surat dari sidia nanti.
Makan tak terasa kenyang.. ha. ha. ha.. dari surat pertama itulah sehingga menjadi bertimbun-timbun surat-surat cinta.
Itulah zaman bercinta masa yang paling indah nye....
Kebiasaannya wanita tidak menyimpan surat-surat cinta mereka. Apa yang dibuat dengan surat itu selepas baca?
Kalau anda hendak tahu tanyalah isteri anda! Atau tunggu saya beritahu dimasa akan datang.
Dan kebiasaannya juga sang Suami tidak pernah menanyakan kemana surat-surat cinta mereka dahulu, pelikkan..?
Untung yang yang menjadi kekasih, sebab dari surat yang dibaca memberikan seribu kebahagiaan, surat ditatap berulan kali apabila rindu mengamit rasa.. terasa sedikit terubat rindu yang membara, dalam sabar mengagahi hidup untuk pertemuan seterusnya.
Sudah menjadi lumrah alam percintaan, ada pasangan yang sampai hajat juga kejinjang pelamin, akan tetapi tidak kurang juga yang gagal didalam percintaan.
Walaubagaimana pun berusahalah memahami antara suka dengan cinta, jika tidak anda jadi tidak ketentuan, cinta memerlukan banyak pengorbanan.. cinta sebenar lahir dari dalam hati, bukan dari mata. Mata hanya menjadi peantaran sahaja.
Dari mata turun ke hati, kemudian hati yang peroses... bukan mata yang menjana cinta! jika mata yang mengetuai cinta.. nercaya itu bukan cinta tetapi hanya sekadar suka sahaja..
Percayakah anda, cinta yang hebat.. bolih saling berhubung walaupun tinggal berjauhan.. walaupun jarang berjumpa tetapi sering interactivity antara keduanya...
woo.. woo.. sehebat itukah cinta anda..? dan jangan kecewa sangat.. jika pasangan anda berubah arah, sebab dia bukan cinta sejati anda. Mungkin itu amaran awal supaya anda tidak meneruskan kehidupan masa depan anda dengan dia.
Dan lagi cinta sebelah pehak tidak ada siapa yang suruh... aakehh.. keh.. bila dia pergi itu maknanya dia tidak cinta andalah itu... tak kan tidak faham...
Namanya saja bercinta atau berkasih sayang.. kalau sorang diri nak cakap ape eh..? jadi hati-hati selalu.. okey..
Sekian. Wassalam.
[Sayang... Diri ku kesunyian, merindukan dirimu..!]
Baca Lagi Sini!
No comments:
Post a Comment