October 27, 2010
Bola ajaib..! sekuat manakah anda cemburu?
Semakin kuat bola ini bergerak, ertinya sekuat itulah perasaan cemburu anda..!
Jika bola ini langsung tidak bergerak, bermakna anda tidak cemburu kepada pasangan anda.!
erm... jika bola ini bergerak kesemua arah dengan agak pantas.. fuuh.. anda hampir cemburu buta. cuba kurangkan pergerakan bola ini ye..
ala emak kawinkan aku.. haa... bagaimana tahap cemburu anda tu.?
aii.. takan tak gerak langsung..! betul ke..?
October 25, 2010
ELECTRIFIED DOUBLE TRACK PROJECT (EDTP)
Assalamualaikum..
dan selamat sejahtera..!
Tajuk diatas tu tak de apa-apa pun cuma saja nak bagi tahu, yang saya kerja kat project tu le..
sesiapa yang pernah melalui jalan ke utara dari ipoh tentulah akan ternampak perjalanan project mega ini..
Project bermula dari Ipoh hingga ke Padang Besar. sesuai sangat bagi mereka suka pergi melancung ke kawasan tersebut. Padang Besar terkenal dengan pelbagai barangan yang dijual dengan harga murah..!
Saya sendiri pun tak pernah ke sana, sebab saya hanya berada di kawasan Bukit Merah Lake Town saja..
Tahniah... peroject ini berjalan lancar, dan hampir ke penghujungnya.
project yang memakan belanja berbilion ringgit..! dengan menggunakan beribu pekerja asing.!
Semuanya untuk kemudahan awam, terutama mereka yang fobia atau gayat sangat kalu naik kapal terbang..!
Dengar kata project ini akan memendikan masa perjalanan sehingga separuh dari cara lama.. tak pe lah nanti bila sudah siap meh le kite naik sama-sama..
Fuyoo.. memang hebat dengan blog ni.!
Assalamualaikum, ermm..... dah berbulan saya tak menulis kat blog saya yang saya sayang ini,.. ahak...!
bukan tak suka atau tak sudi.. ??? tetapi sebenarnya saya sangat kesempitan masa serta tiada peluang berbuat begitu.
Saya harap kekawan yang masih sudi tersinggah kat sini,.. saya nak ucapkan berbanyak terima kasih..
sebab masih ingatkan saya ini.. ye lah... siape lah saya ni..
ibarat kata umpama gurindam " Dagang tuan dagang bertempat, Dagang hamba mengkuang layu.! Dagang tuan dagang bertempat, Dagang hamba menumpang lalu.! "
hey..eh ape kena pulak dengan dagang berdagang ni..?
Sebenarnya saya memang hidup berdagang kat Bukit Merah sana.. erm.. masa saya menulis ni saya kat kg. paling selatan tanah air... bercuti untuk dua tiga hari...
Selepas membereskan kerja yang tertangguh kat kampung sini, saya berkemungkinan besar akan kesana lagi..
Apa nak buat dah tugas, hobi berbelog ini akan berjalan terus walaupun dalam keadaan perlahan.. lebih perlahan daripada kereta lembu.. keh..keh..
Selama saya kat sana, banyak pegalaman baru saya dapat..! Diwaktu petang dikala suasana agak sepi, pendegaran kita akan lebih jelas dapat mendengar siulan burung-burung dan juga unggas dikawasan Tasik.! Sambil saya berjalan disepanjang landasan Keretapi yang merentas Tasik.
Yang paling menarik ialah pengalaman bila pancing yang kami tahan telah mengena ikan Toman yang besar.! Ketawa besar lah kami buat kenduri Toman. Banyak ikan-ikan kat Tasik tu.. selalu juga pancing mengena Toman.
Kitaorang guna umpan ikan belut yang dipotong ada kala guna anak ikan keli..
Saya bagi petua tu.. cuba lah ye..
Baca Lagi Kesah Fidah!
September 11, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Selamat Menyambut Hari Raya Raya, Hari ini sudah masuk hari raya kedua, tapi saya masih dok berziarah sakan lagi ni...
Alang-alang sudah ada cuti ni.. tak mahulah buang masa kat umah je... habis segenap umah saya pergi ziarah.. orang lum bangun lagi saya dah tercegat kat depan tangga he.. he..
Tak apalah.. kalau yang dingin sejak dulupun saya tetap rela hati pada hari mulia ini untuk menziarahi mereka, saya rasa kita hidup berjiran ini tidak harus ada perasaan begitu, sesekali biarlah saya mengalah sikit nak cari keredaan Allah. Bersih hati sesama umat Islam apa lagi jiran tertangga sendiri kan. erm...!
Seperti biasa masa terus cemburu.. dalam kemeriahan ini.. pada petang nanti saya terpaksa mematuhi perintah untuk bertugas semula.. woi... sedih ooo.. kerja.. kerja.. bila mau habis woo..
Bukit Merah setia menunggu saya! suasana ditepian tasik tu agak mententeramkan.. saya suka persekitaran yang belatar belakang tropica tu..
Walaupun jauh dari kampung, tapi saya serasi dengan alam semulajadi disana. Besuk mungkin saya sudah berada di sana, hari isnin naik kerja! ini bermakna saya akan menyepi lagi, saya kena bertapa di gua sana tu.. hehehe... saya akan cuba memberi masa untuk datang ke xaturen ini seberapa daya yang mampu.
ok, sekali lagi
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Salam hormat dan salam sejahtera semua!
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat serta semua kawan dan sahabat yang saya mengenali saya didalam wadah blog ini.
Bagaimana sambutan anda pada tahun ini?
Diharapkan anda semua bergembira disisi keluarga serta teman-teman sealiran pada sambutan Hari Mulia kali ini.
Saya mohon maaf kerana sudah lama saya tidak mengupdate blog saya ini, saya merasa sangat sedih kerana tidak dapat aktif seperti sebelumnya, walaubagaimanapun saya akan cuba memberi masa untuk hadir disini sekerap mungkin!
Masa saya sekarang sanggat terhad sekali.. bagi rakan blog yang aktif saya harap teruskan lah minat anda itu, saya harap anda terus mendapat yang terbaik dalam hidup anda!
Dengan ini saya menyusun jari memohon ribuan ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa saya selama berbelog ini, saya ucapkan
SELAMAT HARI RAYA dan SELAMAT BERBAHAGIA SELALU.