Assalamualaikum, ermm..... dah berbulan saya tak menulis kat blog saya yang saya sayang ini,.. ahak...!
bukan tak suka atau tak sudi.. ??? tetapi sebenarnya saya sangat kesempitan masa serta tiada peluang berbuat begitu.
Saya harap kekawan yang masih sudi tersinggah kat sini,.. saya nak ucapkan berbanyak terima kasih..
sebab masih ingatkan saya ini.. ye lah... siape lah saya ni..
ibarat kata umpama gurindam " Dagang tuan dagang bertempat, Dagang hamba mengkuang layu.! Dagang tuan dagang bertempat, Dagang hamba menumpang lalu.! "
hey..eh ape kena pulak dengan dagang berdagang ni..?
Sebenarnya saya memang hidup berdagang kat Bukit Merah sana.. erm.. masa saya menulis ni saya kat kg. paling selatan tanah air... bercuti untuk dua tiga hari...
Selepas membereskan kerja yang tertangguh kat kampung sini, saya berkemungkinan besar akan kesana lagi..
Apa nak buat dah tugas, hobi berbelog ini akan berjalan terus walaupun dalam keadaan perlahan.. lebih perlahan daripada kereta lembu.. keh..keh..
Selama saya kat sana, banyak pegalaman baru saya dapat..! Diwaktu petang dikala suasana agak sepi, pendegaran kita akan lebih jelas dapat mendengar siulan burung-burung dan juga unggas dikawasan Tasik.! Sambil saya berjalan disepanjang landasan Keretapi yang merentas Tasik.
Yang paling menarik ialah pengalaman bila pancing yang kami tahan telah mengena ikan Toman yang besar.! Ketawa besar lah kami buat kenduri Toman. Banyak ikan-ikan kat Tasik tu.. selalu juga pancing mengena Toman.
Kitaorang guna umpan ikan belut yang dipotong ada kala guna anak ikan keli..
Saya bagi petua tu.. cuba lah ye..
Baca Lagi Kesah Fidah!