Showing posts with label Raya Kedua. Show all posts
Showing posts with label Raya Kedua. Show all posts

September 11, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum.
Selamat Menyambut Hari Raya Raya, Hari ini sudah masuk hari raya kedua, tapi saya masih dok berziarah sakan lagi ni...

Alang-alang sudah ada cuti ni.. tak mahulah buang masa kat umah je... habis segenap umah saya pergi ziarah.. orang lum bangun lagi saya dah tercegat kat depan tangga he.. he..

Tak apalah.. kalau yang dingin sejak dulupun saya tetap rela hati pada hari mulia ini untuk menziarahi mereka, saya rasa kita hidup berjiran ini tidak harus ada perasaan begitu, sesekali biarlah saya mengalah sikit nak cari keredaan Allah. Bersih hati sesama umat Islam apa lagi jiran tertangga sendiri kan. erm...!


Seperti biasa masa terus cemburu.. dalam kemeriahan ini.. pada petang nanti saya terpaksa mematuhi perintah untuk bertugas semula.. woi... sedih ooo.. kerja.. kerja.. bila mau habis woo..
Bukit Merah setia menunggu saya! suasana ditepian tasik tu agak mententeramkan.. saya suka persekitaran yang belatar belakang tropica tu..

Walaupun jauh dari kampung, tapi saya serasi dengan alam semulajadi disana. Besuk mungkin saya sudah berada di sana, hari isnin naik kerja! ini bermakna saya akan menyepi lagi, saya kena bertapa di gua sana tu.. hehehe... saya akan cuba memberi masa untuk datang ke xaturen ini seberapa daya yang mampu.

ok, sekali lagi
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.