June 14, 2010

BOLA

Salam semua!
Bola.. Bola.. Bola..
Habih... cerita tak ada cerita lain..., cerita bolaaa, masa sekarang ni..
Sampaikan orang yang dah lama sangat [tua dah..] pun masih kuat cerita bola lagi.. Kat rumah ada tv.., pun sanggup pegi kat warung berkumpul reramai tengok bola... pegh.. punya riuh.., saya pun tompang sekaki la...
tapi saya cool je la , tak lah sampai ketuk meja dan jadi pemberita sukan... pulak!
Ada sorang tu kita tiak diye.. Pak Su.., Pak Su Saari.... pergh... diye punya suara... tengelam geng lain... badan besar.. suara pun besar garau.... wakaka.. bersemagat betul kita dengar.... ulasan dia..!
haaa... pasal bola ni .. saya hendak cerita sikit... kenangan masa kecik-kecik dulu... kita orang ada team sendiri tau... oleh kerana saya ni agak cergas sikit... dan ala... ala... tarzan gitu... posisi saya penjaga gawang le apa lagi...! masa itu.. kalu dia orang nak score gol... pergh... gol keeper la yang kena.... apa tidak nya ditujunya tegak kat peut kita... memang la susah nak gol... tapi sakit la perut tahan bola tu.... tapi goal keeper mestilah kuat semangat... walau pun mata dah keluar bintang dengan beburung berkicauwan....tetap tunjukan kegagahan pada pasukan lawan.. kalu tembak sudut.... tentu goal... sebab saya selalu takut setan.., [bukan setan yang tu...] setan...? tak kan tak ingat kut..? takut kepala kena tiang gol... keh..ke.. ke.. sebab dah pernah kena... benjul....  kedekung...! aduhh... hampir pitam sekejap.! Nasib baik le masa tu tiang gol cuma batang buluh keras saja.. kalu besi..? naya tu.. dah tu tiang goal buluh dua batang.. palang atas tak ada..! akhir nya kesudahan main selalu nya selalu kecuh... bertumbukla... kekadang tu orang veteran pun masuk campur tu.. tiang tak de palang... habis tu.. masuk tak masuk gol.. macam mana..? masaalah negara...tu.
ermmm itu cerita lama... kat kampung aku pun dah ada padang.walaupong tidak seberapa.. cukup la budak-budak lepas gian... bila sesekali balik ke kampung.. kenangan lama mengusik kalbu.. disana lah saya berkubang dengan kekawan.. dan pingiran padang sana jugalah bahgianya senyuman buah hatiku walaupong masa itu dikau masih comot... lagi. ...erm... walaupun dimana kau berada sekarang ini.., kutetap mendoakan kebahagian diri mu...,
Wassalam.

June 12, 2010

KAMPUNG

Salam.
Hari ni Hari Sabtu, dah banyak hari saya tidak buat entry.!
Bukan tak nak buat.. tapi saya rasa entry saya berat-berat kut.. atau you all tak
minat baca entry saya yang terlalu kekampungan.. hu.. hu. dah tentu orang Kampung nak tulis apa lagi.! Ok.. kali ini saya tak mahu buat entry berat yang terlalu tegak bendul.. Kan saya ni baru berapa ari saja berblog ni kan. kan.. Dan.. andai
nya kau pergi dulu sebelum ku.. tunggu lah aku kat guard room sana..! Bukan macam itu.. seandainya ada yang berminat dengan entry yang berat sikit, saya dah terpikir nak buat blog yang lebih sesuai nanti! Yang akan mengutarakan isu semasa dari penilaiyan orang kerdil atau persepsi luahan hati orang biasa seperti saya ini. ada sahabat saya menegah saya menulis menentang kerajaan takut kena tangkap, saya mana menentang gomen..! I want to write something that happened around me, other writers are many reasons not to write like me. I just leave comments and I have never lied to anyone else. so many people out there who like me, but they can not speak to the public for their own reasons. buat saya, saya tulis tu atas sebab nak meluahkan pendapat saya saja, dan tidak dipengaruhi olih mana-mana pehak pu. Jika orang Kampung baca pun. tentu mereka setuju dengan apa yang saya tulis tu. Hanya mereka tidak ada masa nak mengomel pekara itu semua, kata mereka apa tu.. 'buat buang karen.. saja.' tak apa lah saya lungkan masa buat komen macam tu. Tunggu lah blog baru saya itu.. kat blog xaturen ni saya hanya hendak berkawan dengan semua orang, i love you'll.. so jangan ambik ati kalu selama ni tulisan saya mengancam jiwa raga you! penutup kata .. ini ada pantun siket, buah pala, buah tomato, ambil galah bawak lari.. kalau mengaji rajin-rajin, kalau kerja kuat-kuat, kalau tido jangan la lewat.. keh.. keh..
ada lagi... putri santubung, putri sedendang, kalu begaduh sampai ke pagi, selalu dok tenung, selalu dok pandang, blog you'll semua menarik hati..
wassalam.

June 10, 2010

PERNIAGAAN

Salam.
Serta Salam Sejahtera untuk semua masih kemari, Saya ucapkan syabas dan terima kasih.
Setelah saya renung-renungkan, dan setelah saya banyak meneroka segala macam punya Blog-blog yang ada dan tercapai olih saya, sebelum ini saya kurang melayari Blog! Maka dapatlah saya simpulkan bahawa saya sendiri tidak tahu nak mengkelaskan apa jenis kah Belog saya ini. ermm... Yang saya tahu saya menulis mengikut apa yang saya terasa hendak tulis. Sehingga saya menemui tulisan yang mengatakan Adik-adik saja yang menulis blog!
Habistu tempat Abah-abah seperti saya ini, hendak menulis kat mana? Takkanlah hendak menempah website sendiri! Semua itu kena bayar kan, Jadi tak kesahlah.. blog juga lah saya nak guna sebab dia free..!
Kali ini saya hendak bercakap pasal gula dan dua tiga jenis barangan dapur yang hendak naik harga lagi.. Ada tertulis kat dalam Surat Khabar yang mengatakan satu kelompok manusia yang nak mogok tidak mahu jual barangan keperluan dapur tersebut, atas alasan 'Perniagaan'. Sangat bagus sekali semangat kelompok manusia ini! Mereka sanggup melihat rakan-rakan, saudara-mara serta rakyat Malaysia keseluruhan bersusah hati, gundah gulana disebabkan susahnya nanti untuk mrndapatkan 'Gula'. Dan sekarang ini pun sesetengah tempat agak payah untuk mendapatkan 'Gula'.
Ini semua gara-gara titik permulaan perancagan mereka untuk untuk menaikan harga gula! Inikah semangat '1MALAYSIA' yang hendak ditunjukan olih sekelompok manusia ini, yang mengaku rakyat '1MALAYSIA? Apakah mereka ini sangat tamak? Asal hanya mendapat keuntungan banyak, mereka sanggup hendak membuang semangat '1MALAYSIA' yang kita hendak amalkan! Kelompok manusia ini hanya menhitung keuntungan yang sedikit serta menyalahkan pehak-pehak lain tanpa ada sedikitpun rasa malu menjadi rakyat Malaysia! Dimana mereka letak 'RUKUN NEGARA' yang diajar sejak mereka dibangku Sekolah Rendah lagi? Apakah selama ini mereka belum cukup untung?
Siapakah sebenarnya yang hendak menaikan 'Harga' barangan tersebut? Penjual runcit kah? Pemborong kah? Pengilang kah? daripada pengamatan saya yang tidak sepandai mana ini, saya nampak seperti permainan Wayang Kulit saja! Jika benarlah mereka tetap mogok tidak mahu menjual barangan dapur tersebut hanya semata-mata untuk mendapat keuntungan yang banyak, memang sudah 'sah' kelompok manusia ini bukan Rakyat Malaysia yang tulin!
Saya rasa Kerajaan wajib mengambil jalan lain untuk mengelak daripada kekurangan gula yang bolih menyebabkan banyak pehak yang akan menangung kerugian, terutama sekali kepada rakyat miskin samaada dibandar atau dikampung, pengusaha-pengusaha kecil termasuk juga peniaga pasar malam dan sebagainya yang berjumlah berjuta orang. Kerajaan mempunyai bukan satu, bukan dua tetapi beratus cara untuk mengatasinya. Contoh nya: Kerajaan wajib membenarkan sesiapa sahaja yang mampu, untuk membawa masuk 'Gula' dari luar negara. Tidak hanya terhad, hanya kepada orang-orang tertentu sahaja! Seperti mana yang berlaku kepada rakyat Malaysia yang kekurangan kerja yang berbaloi dengan gaji, disebabkan peluang pekerjaan tersebut telah  diambil, direbut, dicuri olih lambakan pekerja asing yang jumlah berjuta orang.! Jika kerajaan bolih bebaskan Rakyat asing merebut kekayaan Negara daripada Rakyat sendiri, apasalah nya Kerajaan membenarkan rakyat Melaysia sendiri berkongsi kekayaan dengan berdagang 'Gula'? Jangan lah pula hanya membenarkan sesaorang sahaja membolot kekayaan daripada bedagang 'gula.! Bukankah sudah jelas mereka ini menindas majority Rakyat Malaysia yang lain?
Jangan hendak jadi jaguh dinegara Palestine, sedangkan dalam Negara terkontang kanting! Tahukah anda dari awal misi sehingga ada yang maut dilautan, semuanya adalah rancagan Yahudi semata-mata.! Tidak lebih dari itu! Cuba anda lihat peta di sini, dimanakah Negara Israel? Jika dicampur semua Negara Arab ianya 1 Israel, 600 Negara Arab! Jadi.. Berikanlah Orang Arab, Nagara Arab yang lebih dekat, lebih kaya, lebih dekat pertalian darah mereka tanggungjawab membela Umat Palestine! Kita jika berasa insaf hendak membantu, hulurkan bantuan melalui Negara-Negara Arab tersebut! Tumpukan 99.9% dalam hal pentakbiran Negara. Hal-hal kemakmuran rakyat, bukan kemakmuran segelintir individu.
Sekian, Salam Hormat.
Wassalam.

Ali Rabak Sudah Kaya.

Saya ada saorang member nama dia Muhammad Ali, disebabkan dia selalu berkata rabak.. rabak..

Salah cakap sikit dia akan cakap, rabakk la kau ni.. sebab selalu sangat dia cakap macam gitu lama-kelamaan orang gelar dia Ali Rabak!

Dia sekarang kerja dan menetap di Shah Alam, siap beli rumah lagi kat situ.. rumah kat sini semua mahal-mahal belaka, namun dia mampu beli la...

Ini bermakna Ali rabak sudah kaya sekarang ni oi..

Rabak.. la ko ni.. tidak pelawa aku turut kaya macam ko.. rabakk..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




June 07, 2010

SEMANGATKU

Salam...
Dan selamat malam!
Pejam celik-pejam-celik dah cuti Sekolah lagi. Tak terasa masa begitu pantas beredar.. Ketika cuti-cuti lah yang membuatkan semangatku semakin lemah.. Lemah bukan kerana tak makan tetapi lemah kerana telinga ini selalu banyak makan cakap anak-anak, Asal balik je.. Dady .. dady.. kawan kita pergi Pulau Pinang la dady... best le die.. Kite bila nak pegi jalan-jalan dady..? ha.. macam tu la lebih kurang.! cuma Dady tu tukarkan jadi Pak.. oo Pak! Kita ni dah la tengah kureng OT,.. habis tu cam mane?
Pagi tadi saya ada terbaca dalam Metro, ada cerita tentang penarik kereta dah macam samseng tu, Pasal Penarik kereta ni memang menyakitkan kalau terjadi pada sesiapa pun, Ye.. la.. kan ada dengar main tarik kat tengah jalan, pecah masuk rumah, cabut kunci masa tengah parking la.. macam-macam lagi la.. seolah-olah mereka-mereka ini memang macam samseng! Nak diikutkan memang lah Tuan punya kereta buat salah pasal tidak melunaskan bayaran! Tetapi hendak tarik tu agak-agak la..sikit, jangan la sampai menjatuhkan maruah sesaorang kan?
Biasanya mereka ini berkerja bekumpulan, paling kurang pun tiga orang diketuai sesaorang yang berbadan sedikit besar.. kerana badan besar bolih menakutkan orang. Mungkin sesetengah orang kecut bila lihat manusia yang berbadan 'Besar', walau bagaimana pun kalu dengan saya jangan cari pasal... sebab aku tidak takut sedikit pun dengan orang yang berbadan besar! Betul... aku tidak tipu..! Buat pe aku nak tipu you all semuakan..! ok.. Ada satu cerita tu.. pasal orang tarik kereta.. orang tu memang aku kenal la.. jangan ingat aku bermesatafora lak.. keta aku, aku bayar cash tau! ye la keta KE70.. he..he..
Luka kepala orang tua tu.. kesian aku tenggok! Bukan luka kena ketuk dengan penarik kereta tu.. Tapi luka sebab terantuk entah kat mana semasa sedang tarik menarik kunci kereta dengan samseng tu, kebetulan uncle tu baru sedang berjinak-jinak dengan politik.. ermm... sedikit sebanyak terjatuhlah sedikit darjat dia dimata orang ramai. Dah dapat kunci dihalaunya uncle tu keluar! Mereka pecut bawak lari kereta tu... tinggal lah dia berdiri sambil memegang kepala nya yang sedikit berdarah! Cuba bayangkan tentu malu dengan orang ramaikan? Saya pun tidak tahu nak kata apa la... penarik kereta pun nak nak cari makan juga kan, dia orang pong ade anak bini juge kan? Alahai.. tak tahu lah...
Kalau sesiapa tengah dok cari kerja tu.. tak usahlah mintak keja penarik kereta! Atau jadi Penarik Kereta sebab nya satu saja, kita pernah dengar orang menyupahkan? selalu sesaoarang kena sumpah seranah dari sesaorang, iaitu satu lawan satu.. Tetapi Tukang tarik kereta dapat sumpah seranah dari seluruh ahli keluarga tersebut..! termasuk anak yang kelapan yang masih isap puntung kosong, ye la.. kereta Bapak dia kena tarik! Tak dapek lagi nak pegi relek-relek kat tepi laut macam selalu.. kereta dah tak ada!
ermm... ok lah.
Jumpa lagi, wassalam.