Februari 14, 2023

SUKANEKA TAHUNAN Tadika Kemas Air Kepar.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam sejahtera salam persahabatan terima kasih kerana anda masih lagi disini. Semoga dengan kehadiran anda semua, akam memberi semanggat kepada saya bagi meneruskan catatan didalam website ini.

Saya berharap dan berdoa semoga anda sihat dan berbahagia, moga hari ini lebih dari hari semalam.

Jangan lupa sentiasa doakan kesejahteraan orang lain, supaya kesejahteraan itu juga akan menjadi milik kita.

Baik lah, untuk catatan saya atau perkongsian saya hari ini adalah berkisar pada majlis tahunan sabuah sekolah tadika.

Sukalah saya berkongsi video dan gambar pada acara tersebut kepada anda. Kita tentu berbeza jarak dan pemandangan, jadi saya siarkan apa yang saya ketahui.

Baik, terimalah apa yang saya adakan disini.

Sebahagian gambar-gambar yang diambil pada hari tersebut. Gambar lain akan saya siarkan dilain siaran.

Kemeriahan majlis tersebut

Sebahagian gambar-gambar yang diambil pada hari tersebut. Gambar lain akan saya siarkan dilain siaran.

Memang kita akan terhibur dengan ragam kanak-kanak, semoga jumpa lagi besok untuk gambar dan video seterusnya.

banyak lagi acara akan disiarkan besok

terima kasih.

Tadika Kemas Kampung Air Kepar
Lihat lagi episod dibawah






Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Februari 13, 2023

ARIZONA - USA - Rumah Kami - 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rumah wakil kita di Flagstaff Arizona

Salam bahagia dan salam persahabatan, saya ucapkan dan saya doakan agar anda semua menjalani hidup dengan aman damai.

Walau apa pun yang kita alami, baik buruk suka duka bukanlah hanya kita saorang sahaja yang mengalaminya. Jika rasa duka, masih ramai lagi yang berduka. Jika kita rasa kita kaya, masih ramai lagi yang kaya.

Teruslah mendoakan kebaikan dan kejayaan orang lain, nercaya kebaikan dan kejayaan akan kembali menjamah diri kita.

Baiklah, untuk hari ini saya akan berkongsi lagi video dan gambar yang dikirimkan olih wakil kita di Flagstaff Arizona, Amarika Syarikat.


perhatikan video ada saorang mat saleh ehh.. silap mat melayu tengah main sembunyi-sembunyi..

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga wakil kita di Arizona itu senantiasa sihat, dan dapat menjalani kehidupan yang baik. Dengan itu beliu bolih terus berhubung dengan kita dimasa hadapan.

okay, jom kita sama-sama lihat. Semoga menjadi inspirasi.
Semoga berjumpa lagi.

big praise to Abdullah Mat Zain



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



Februari 12, 2023

Pagar Elektrik Mudah Dipadang Senang Diuruskan Murah Perbelanjaan Menjadi Tumpuan Pekebun Kecil

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam ceria dan indah lagi penuh kasih sayang,

kepada anda semua yang berada disini lagi hari ini.

Alhamdullah, allah memberi kesempatan kepada kita semua untuk terus bertemu, dan untuk hari ini saya akan berkongsi lagi cerita harian penduduk kampung.

Perkonsian kali ini saya akan memaparkan bagaimana penduduk yang agak pendalaman, membuat pagar untuk melindungi tanaman mereka. Dikawasan pendalaman binatang buas dari hutan sering saja menggangu dan merosakan tanaman.

Pagar dawai besi berduri yang biasa, tidak lagi sesuai kerana binatang buas sudah tidak peduli lagi, dengan mudah binatang buas menerobos masuk kedalam kawasan tanaman.

Satu cara pilihan adalah dengan menggunakan pagar elektrik. Pagar elektrik lebih berkesan mencegah binatang hutan berbadan besar menerobos masuk.

Ini kerana renjatan elektrik membuat mereka serik untuk mencoba masuk kedalam ladang.

Sehingga bertemu lagi. terima kasih.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Februari 10, 2023

CHAROLAIS Pakngah Saidin Penternak Lembu Secara Secara Orang Kampung

Assalamualaikum.

Salam hormat dan salam berbahagia

semua sahabat yang masih sudi meluangkam masa untuk hadir kesini.
Alhamdulillah saya lafaskan dan terima kasih saya ucapkan. Tak lupa saya doakan apa yang anda lakukan akan mendapat kejayaan.

Kali ini saya hendak kongsikan sedikit aktiviti sampingan penduduk kampung.
Kita pergi melihat ternakan lembu Pakngah Saidin, Kampung Carok Mokkan, Napoh, Jitra Kedah. Mungkin baka Charolais 😅

Setelah selesai menuai, adalah masa yang sesuai bagi petani melepaskan ternakan mereka didalam petak sawah.

Pemandangan di Kampung Charok Mokkan, Napoh ini pun sangat menarik, anak rumput yang baru tumbuh selepas padi dituai, tumbuh menghijau.

Tumbuhan anak rumput yang menghijau ini memberi peluang kepada lembu-lembu mendapatkan rumput segar, kalau sebelum ini rumput yang dipotong dan dibawa kekandang.

Peluang selepas musim menuai ini tidak dibiarkan begitu sahaja olih pakngah Saidin, beliu melepaskam lembu lembunya meragut dengan bebas dikawasan yang terkawal.



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



Pendapatan RM6000.00 Sebulan Pekerja Asing Meraih Pendapatan Yang Sangat Lumayan

Assalamualaikum.

Salam berbahagia dan selamat sejahtera semuanya.

Saya doakan dan berharap yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. Jangan lupa doakan kebaikan buat orang lain supaya kebaikan itu berbalik kepada kita juga..aaminn.
Dengan harapan juga agar hari ini hidup anda lebih indah dan ceria daripada hari semalam.

Seperti yang saya janjikan semalam, bahawa saya akan siarkan video dimana seorang pekerja ladang mengakui mendapat upah yang tinggi bekerja di Malaysia.

Warga Bangladesh ini bekerja diladang kelapa swwit diutara semenanjung. Dia juga berkata rata-rata pekerja disitu memperolehi pendapatan rm4000 ringgit keatas. Dan dia sendiri mendapat rm6000 pada bulan 12 yang lepas.


Kerja yang bahaya, pelepah sawit yang berat dan berduri


Bulan dua belas lepas RM6700.00 dapat gaji.


Mengumpul buah dari dalam ladang kekawasan tepi jalan, banyak tenaga digunakan.


Lapan ratus buat sendiri, lain semua antar kampung

Cerita Buruh Bangladesh



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



Februari 09, 2023

Pekerja Asing Gaji Lumayan Mampu Meraih Upah Sehingga RM6000.00 Sebulan

Assalamualaikum.

Salam muhibbah salam kenal salam ceria

untuk anda semua yang saya hargai. Dengan harapan anda semua senantiasa tenang tenang sahaja setiap hari.
Tentunya sebagai manusia, kita tidak lekang dari berbagai dugaan dalam kehidupan.

Baik buruk yang berlaku bukan petanda yang kita telah menang dan bukan petanda kita telah kalah. Tetapi sebagai petanda yang kita harus berwaspada supaya, apa yang kita menang jangan sampai kalah dan yang kita kalah, kita mesti bangkit kembali supaya kita menang.

Saya doakan kebaikan kebahagian kemenangan akan tetap menyebelahi anda. Tetaplah teguh dengan pendirian dan cita-cita.

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit gambar dan video tentang pekerja asing disini bolih mendapatkan gaji yang lumayan. Mereka bekerja diladang ladang sawit, dan sektor lain diseluruh Malaysia. 3D [dirty dangerous difficult] Kotor. Bahaya. Sukar. adalah sektor yang menghasilakan pendapatan lumayan.

Sebagai buruh ladang tentu kerja mereka sangat susah dan berat. Hanya mereka yang kuat semanggat dan bertenaga sahaja yang mampu melakukan kerja kerja ladang sawit.

Kita tidak bolih menyalahkan buruh asing mendapat upah besar, kerana kerja diladang tidak sama dengan kerja sawit dikampung kampung. Kerja sawit diladang harus kerja berterusan setiap hari, mereka cuti hanya pada hari yang telah ditetapkan.

Dari apa yang diberitahu sendiri olih mereka, mereka meperolehi pendapatan yang sangat lumayan berbanding pendapatan pekerja buruh dikampung kampung. Ini kerana cara dan masa kerja buruh kampung berbeza.

Adalah pekara biasa bagi kalangan mereka memperolehi upah RM4000.00 ringgit keatas. Ini semua kerana ketahanan mereka bekerja keras seharian demi untuk mendapatkan upah yang besar. Salah saorang buruh berkata pada bulan dua belas yang lepas dia mendapat upah RM6000.00 ringgit, hebat.

Saya rasa mereka berhak mendapat upah yang besar kerana, banyak masa kerja (3D) mereka dalam sehari. Video temubual salah saorang pekerja buruh dari Bangladesh saya akan siarkan besok.

Apakah tindakan yang harus diambil kerajaan, supaya buruh-buruh tempatan dapat upah yang sama? Bagaimana pandapat anda?

Cerita Buruh Bangladesh



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



Februari 08, 2023

Kolam Memancing Kg Haji Abas Satu Tempat Memancing Yang Sangat Sesuai Untuk Memanjakan Diri Beriadah

Assalamualaikum..
Salam berbahagia untuk semua

yang masih sudi datang kesini lagi hari ini.
Saya doakan semoga anda berbahagia bersama keluarga dan gembira dengan suasana kerja dan sabar menghadapi cabaran dilingkungan kerjaya yang anda lalui.

Dengan bersabar kita dapat menyelesaikan banyak masaalah, dan dengan bersabar kita dapat mengelak dari banyak masaalah.

Cuaca ditempat saya hari ini cerah dan baik sahaja nampaknya aktiviti orang kampung dapat berjalan dengan lancar.

Baik, dengan gembiranya saya meneruskan catatan saya....
Hari ini saya hendak kongsikan sedikit info berbentuk gambar dan video tentang Kolam Memancing Kg. Haji Abas.

Lokasi kolam memancing ini terletak di daerah Baling. Pemandangan kawasan kolam pancing tersebut sangat indah seperti dalam gambar dibawah. Dari kejauhan kelihatan Gunung Baling, gunung batu kapur.

Kalau kaki pancing, diaorang tahu lah kolam ini dimana. Kolam Memancing Kg Haji Abas. Hanya lima minit saja dari Bandar Baling.

Bagi orang luar daerah Baling, bila datang ke Baling bolih lah singgah sini memancing. Kolam Memancing Kg Haji Abas ini memang lama sudah ada.

kawasan sekitar kolam pancing

Dahulu ada banyak ekor rusa dipelihara disini, sekarang sudah tiada lagi sebab tidak menjadi, semua rusa dipindahkan ke Kelantan.

big praise to Norhisyam Rebin



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!