Julai 08, 2010

Batu Belah Batu Bertangkup.

Batu Belah Batu Bertangkup!
ini lah dia saya punya.. apa tu... erm.. itulah...
dibawah nama xaturen tu.. bukan ape cuma nak tiru macam blog-blog len ge yang ada macam tu..!
wahai batu belah batu bertangkup! makan lah aku,.. aku kempunan telur tebakul..
lebih kurang macam tu lah dialog cerita dulu-dulu tu..

Sementara dok membelek surat khabar.. Utusan, kan ada selogan: Penyebar Fikiran Rakyat. kan? so belog saya pun mesti ada cam tu ge kan.. kan..
ada la dua tiga cadangan yang tertimbul kat kepala ni.. ni saya nak pi bagi tau juge dok malu apa... you all pun bukan kenal I ni sape kan? yang ada tu cuma avatar saje tau.. ish.. ish.. jangan pula dok jeling je kat avatar saya tu.. dia tak tau apa-apa pun.. ni ha,.. cik abg ni ha, yang duk tulis ni punya kerja..

Dia ne.. pemalu skeq.. maklum le... nak kata hensome sangat tu.. idak le.. tapi kalu setakat nak jatuh hati tu senang-senang le sesangat... kui..3x lagi pun dia ni dah kawin... so tak payah lah dok pamer lagi.. kan.. kan.. cuma hayati saja akan tulisan yang serba indah berseri ini... erm.. berbalik idea tu... salah satu nya ialah: Penantian Serba Gersang! hiss.. apa punya idea tu.. macam tajuk novel pulak ey.. sebab ada gersang gersang tu..

Last-last saya pilih , Batu Belah... Batu Betanggkup! walaupun saya sendiri tidak tahu maksud yang tersurat dan tersirat... kat situ, mungkin sebab batu..!
batu ni benda keras..
Kalu orang kata "hati batu" maksudnya orang yg keras hatinya!
"kepala batu" makna nya org yang keras kepala, tak makan nasihat dan sebagainya!
"membatu" bawa maksud, sesaorang yang buat bodooo.. je!
Biar orang nak kata kat dia ke.. ngumpat kat dia ke, dengki kat dia ka.., dia buat do no.. saja, paling-paling dia kata' suka hati dia orang lah, asal dia orang bahagia.. buat la..,
Jadi,.. Batu Belah, Batu Bertangkup, ni tak tahu pulak! adalah mungkin hanya sekadar hiasan sahaja,.. macam hiasan mee segera tu.
Ok lah dah makin jauh meraban ni... makasih...!

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.
Separuh Akhir, pasukan Jerman akan berlawan dengan pasukan Spanyol.
Bingtang tengah Spanyol, Xavi berharap Sepanyol dapat kembali mempamirkan permainan cantik selepas gagal menyerlahkan gaya sebenar dalam perlawanan awal.

JOACHIM LOEW - Jurulatih Jerman,
berkata "Pasukan Spanyol hampir tidak melakukan sebarang kesilapan setakat ini, jadi adalah tugas kami untuk memaksa mereka membuat silap"

"Saya berasa amat kagum dengan wajah baru pasukan Jerman, mereka beraksi dengan corak permainan yang lebih pantas dan segar. Gabungan muka lama dengan baru menghasilkan satu ramuan yang cukup hebat" begitulah kata-kata
Jurulatih Sepanyol - VICENTE DEL BOSQUE,

so sama-sama lah kita tunggu keputusannya nanti, perlawanan akan diadakan esok lebihkurang kul 2.30 pagi.. di Stadium Moses Mabhida, Durban,.. Pengadil dari Hungary: Victor Kassai.

erm.. team mana pilihan you'll? adakah Jerman yang berangking enam dunia, atau Spanyol yang berangking dua dunia?
Saya Jerman..!



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




Julai 06, 2010

Palma's Beach in Palma de Mallorca

An NTV-presenter stands in front of an aquarium with an octopus named Paul swimming inside it on July 6, 2010 at the Sea Life aquarium in Oberhausen, western Germany.
Paul's task is to decide in favour of one of the shells hidden in boxes with the flags of Germany and of Spain to act thus as oracle for the upcoming semi-final match of the FIFA Football World Cup between the two countries on July 7, 2010 in Durban, South Africa.
Paul, who had predicted well the result of five matches earlier in the tournament, this time decided for Spain.

 
A German tourist reads a German newspaper at Palma's Beach in Palma de Mallorca on July 6, 2010, on the eve of the World Cup semi-final football match Spain against Germany.




Sotong Ramal Sepanyol Kalahkan Jerman

DEMAM PIALA DUNIA
 
BERLIN - Seekor sotong yang dipelihara
di dalam sebuah akuarium di Jerman dilapurkan memilih Sepanyol menewaskan Jerman
pada separuh akhir Kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan  Awal Khamis ini,
lapur sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, ramalan sotong yang bernama Paul itu mengenai tiga perlawanan melibatkan pasukan Jerman sejak Piala Dunia bermula pada Jun lepas ternyata tepat.

Sotong itu membuat ramalan dengan cara memilih satu daripada dua bekas berisi makanan yang mempunyai bendera Jerman dan Sepanyol.

Pada pemilih kelmarin, sotong itu memilih bekas berisi makanan yang mengandungi bendera Spanyol. - Agensi.

-
Kepada penyokong Jerman, harap sabar dengan sotong gurita tu...
dia bukan tahu apa-apa pun sekadar mencari makanan yang diletakan kat situ je..
Jerman tetap hebat! dan bakal kalahkan Sepanyol...
g0..  Germany  g0!!!  the  CUP  will  be  yours!!!! 
...Sotong gurita tu elok di goreng saja... sodap tu..
-

Julai 05, 2010

Germany akan menang...Piala Dunia 2010 Milik mereka semakin hampir..!

Jerman membelasah Argentina 4-0,
kalu semua perasan, saya dah pilih Jerman sebagai pasukan hebat!
Maju terus Jerman..!


Tetapi kata seorang peminat En. Rizuan dalam berita harian: "Sepanyol adalah barisan Pasukan yang mantap dan hebat, mereka adalah pasukan yang jauh lebih baik berbanding dengan England dan Argentina.
Sepanyol hadir selaku Juara eropah 2008 dan reputasi sebagai Pasukan Kedua terkuat di dunia. German bukanlah lawan yang harus digeruni"


JULY 05: Bastain Schweinsteiger of Germany speaks to the media in the media center at the Velmore Grand Hote on July 5, 2010 in Pretoria, South Africa.

JULY 05: Manuel Neuer of Germany speaks to the media in the media center at the Velmore Grand Hote on July 5, 2010 in Pretoria, South Africa.


Germany's coach Joachim Loew poses for photographers after addressing a press conference at the Velmore hotel in Erasmia near Pretoria on July 5, 2010. Germany battles favourites Spain in the semi-final of the 2010 Football World Cup in Durban July 7, after disposing of Argentina in the quarter-finals.

peminat Lionel Messi..

Suami Tangkap Isteri Sedang Bermadu Kasih

U.M[Dalam Negeri]Isnin 5 JULAI 2010.

KUANTAN 4 Julai - Hancur luluh hati seorang suami apabila menangkap isterinya yang sedang bermadu kasih dengan lelaki lain di sebuah bilik sewa di Jalan Lim Hoe Lek, di sini semalam.

Si suami hanya mahu dikinali sebagai Muhammad, 30-an, berkata, tindak tanduk isterinya mula di curigai apabila sikapnya mula berubah.
Dia telah mengahwini isterinya yang berusia 33 tahun itu sejak lima tahun yang lalu serta memiliki tiga orang anak yang yang berusia 3 hingga 14 tahun.

"Setelah sedar perubahan sikapnya sejak sebulan lalu, saya terus mengintip kegiatannya. Akhirnya saya melihat sendiri isteri saya naik ke sebuah bilik sewa di atas sebuah restoren".

"Selepas itu, saya menghubungi pegawai JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang) untuk melakukan tangkapan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam serbuan melibatkan empat anggota penguat kuasa JAIP pada pukul 3 petang itu, wanita tersebut ditahan selepas didapati berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di sebuah bilik sewa dengan seorang lelaki berusia 30-an.

Muhammad memberitahu, dia sebelum ini pernah menerima maklumat daripada rakan-rakannya mengenai kegiatan isterinya keluar bersama lelaki lain, namun dia beranggapan ia atas urusan perniagaan.

"Isteri saya terlibat dalam perniagaan butik di bandar ini dan saya menaruh kepercayaan terhadapnya yang menguruskan perniagaan yang diusahakannya.
"Lama-kelamaan timbul rasa curiga dan saya terus menyaisat. Akhirnya,  saya sendiri melihat mereka naik ke bilik sewa dan ditangkap oleh JAIP," ujar beliau.

Ditanya masa depan rumahtangganya, Muhammad berkata, dia akan berbincang bersama isterinya itu untuk membuat keputusan terbaik bagi kedua-dua belah pehak.
"Suami mana yang tidak kecewa, tetapi keputusan perlu dibuat dengan cara yang terbaik." katanya.

-
erm.. Saya kasihan dan simpati sesangat pada kedua nya.
Terutama si isteri, umur anak dah 14 tahun!
-

Julai 04, 2010

Assalamualaikum.


Salam sejahtera semua!
Hari yang agak memenatkan sikit.. walaupun kebanyakan orang cuti .. tetapi saya kena kerja la pulak..
Ingat hedak bawa anak-anak pergi mandi kat air terjun, tapi kena kerja...
Nasib baiklah lah anak-anak semua sporting... tapi dia orang suruh ganti minggu depan..erm.... tengok lah kalu minggu depan cuti bolehla kita pergi.. ok.

Maaf la sahabat jika ada perkataan atau ejaan saya yang salah.. maklum le.. boleh kata baru mula nak menulis setelah sekian lama meninggalkan bangku sekolah.. huk.. huk.. huk..
Dulu sebenarnya tak perasan adanya blog ni... selalu lah juga pergi ternet kat cc, tapi lebih focus dekat game je le.. tah macam mana stu hari terbaca kat Harian Mertro kesah orang buat blog yang hebat tu... kesah menceritakan tentang seorang wanita yang buat blog hebat! sehingga tersohor seantero dunia kut... heh...
adeh... jadi kononya nak juga lah buat blog, berangan nak jadi sehebat redmamay.com  ..tu..
tanpa ada panduan dari mana-mana terus je hemtam terjah buat blog ni...

Sebenarnya saya memang lah minat bab internet ni... bab html.. bab javascript .. bab berbagai code lagi..
semua saya belajar kendiri saja.. learn our self  ... ke.. ke.. omputih takpandai pun.. main hetam je.. sikit-sikit tu tahu la... apa tu... Yes.. No... Alright ... Thank you.... wakaka.... nak tegelak la tu...
..zero about the blogging! just test and run the blog! write and publish..  masa berganti masa... setelah banyak melancung kat blog-blog sahabat semua... baru lah terasa blog ni alahai... cekding nya..
Jadi saya berharap sangat jika ada sesiapa yang sudi menunjuk ajar saya ni....
Sahabat boleh komen atau menggunakan email saya ini:  xaturen@yahoo.com
bak kata omputih tu.. feel free to drop something about blog or something I must know!
Itu pun kalu sudi berkongsi ilmu... ilmu itu anugrah Allah... pahala banyak kalu sedekah ilmu kat orang len tau.. saya suka lah kalau ada guru kat alam maya ni...

Terlebih dulu saya ucapkan terimakasih... diatas kesudian sahabat nanti.
p\s sambil minum kopi o....

Julai 03, 2010

2010 World Cup foto

(L-R) Uruguay's defender Maximiliano Pereira, Uruguay's defender Andres Scotti, Uruguay's defender Mauricio Victorino, Uruguay's striker Diego Forlan, Uruguay's midfielder Nicolas Lodeiro, Uruguay's midfielder Diego Perez, Uruguay's midfielder Egidio Arevalo and Uruguay's defender Jorge Fucile wait for the final penalty shot during the 2010 World Cup quarter final Uruguay vs Ghana on July 2, 2010 at Soccer City stadium in Soweto, suburb of Johannesburg. Uruguay won 4-2 on penalty shots.


 Brazil's midfielder Kaka (R) is marked by Netherlands' defender Andre Ooijer during their 2010 World Cup quarter-final football match at Nelson Mandela Bay stadium in Port Elizabeth, South Africa. Brazil's dreams of a sixth World Cup title were shattered as the Netherlands came from behind to claim a famous 2-1 win in an enthralling quarter-final here on Friday.



A Brazilian fan reacts to Brazil losing to the Netherlands 2-1 in the World Cup quarterfinals on July 2, 2010 in the Brazil 46 restaurant in New York.



Brazil fans smile before the 2010 World Cup quarter-final soccer match between Netherlands and Brazil in Port Elizabeth July 2, 2010.



JULY 02: Xavi Hernandez of Spain looks on as he walks back to the team hotel after a training session, ahead of their World Cup 2010 Quarter-Final match against Paraguay, on July 2, 2010 in Potchefstroom, South Africa.




JULY 02: Carles Puyol of Spain looks on as he walks back to the team hotel after a training session, ahead of their World Cup 2010 Quarter-Final match against Paraguay, on July 2, 2010 in Potchefstroom, South Africa.





Spain's Fernando Llorente smiles during a soccer training session in Potchefstroom July 2, 2010 . REUTERS/Marcelo del Pozo.

Julai 02, 2010

Ramainya anak luar nikah.

Salam sejahtera semua!
Hari ini banyak keja sangat kat tempat kerja, sampai naik berpinau biji mata ni ha..
Tapi apa hendak dikata dah kerja macam tu la..
Belum pun siap satu kerja.. aik..! tambah lagi satu kerja, kekadang tu rasa nak jadi bos lagi baik.. main suruh orang buat, pas tu kita goyang kaki ha. ha..
Masa rehat tadi sempat juga belek-belek surat khabar kat warung simpang empat tu.. ada lah satu berita yang sangat sedih untuk saya pikirkan.

Selalu sangat kita dapati dalam berita kahabar tempatan tentang pembuagan bayi
di merata-rata tempat dalam negara, ada dibuang dalam tong sampah, di dalam belukar, dan ada juga yang dijumpai hanyut disungai. ada ketikanya bayi tersebut masih lagi bernyawa tetapi berada dalam keadaan yang menyedihkan, menagis kehausan serta dikerumuni serangga. Sampai hati mereka memperlakukan begitu terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa itu. Begitu kejam sekali perbuatan mereka.

Ada pasangan yang lambat mendapat anak, walau pun sudah belasan tahun mendirikan rumahtangga, mereka ini selalu mengharapkan kelahiran saorang anak, sedangkan mereka-mereka yang buang anak, senang saja membuang anak, yang mereka sendiri lahirkan.

Dalam berita yang saya baca itu mengatakan 'Bedasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 1999 hingga tahun 2008 seramai 30,978 orang anak luar nikah didaftarkan beragama Islam. begitu juga belasan ribu perangkaan pendaftaran anak luar nikah dari agama lain.
Walaubagaimanapun perangkaan bagi pendaftaran anak luar nikah keturunan Melayu semakin tinggi,!

Daripada 16,100 pada tahun 2007, naik kepada 16,541 dalam tahun 2008, dan menjadi 17,303 pada tahun 2009.

Begitu ramai sekali anak luar nikah yang didaftarkan,..
Pembuagan bayi dimerata-rata itu adalah dari kalangan mereka yang tidak mendaftar bayi tersebut. sebahagian yang dilapurkan diakhbar-akhbar adalah berketurunan Melayu Islam! samaada dijumpai sudah mati atau masih hidup.

Aduh... satu kenyatan yang pahit untuk diterima! Siapakah harus dipertanggungjawabkan untuk megelakan pekara ini dari terus berlarutan ha..?

Julai 01, 2010

Usah persoal biasisiwa khas pelajar Melayu

Khamis 1 julai 2010 [DEWAN RAKYAT]
PEMBERIAN biasiswa khas untuk pelajar Melayu melalui agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pehak, termasuk rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Bagaimanapun, kriteria untuk sesaorang pelajar mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diagihkan kepada pelajar berbilang kaum di negara ini perlu dikekalkan.

"Peruntukan biasiswa untuk orang Melayu melalui agensi seprti MARA tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pehak, malah tidak ada sesiapa boleh bandingkan biasiswa JPA dan MARA kerana tindakan itu seolah-olah mempersoalkan Perlembagaan".

"Pehak yang mempertikaikannya mungkin mempunyai agenda tersembunyi, malah tindakan pehak ini seolah-olah mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu serta memperkecilkan (tidak menghormati/ambil ringan) Pelembagaan Negara".

"Jika ada pelajar bukan Melayu tidak mendapat biasiswa JPA, jangan dijadikan asas menuduh kerajaan bertindak tidak adil, ini kerana pada masa yang sama, ada pelajar Melayu yang cemerlang juga tidak mendapat biasiswa bekenaan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

-
Kata saya; memang tidak sesuai jika ada orang berpelajaran serta berjawatan besar dalam kerajaan sendiri yang tahu apa itu Perlembagaan Negara, tetapi masih lagi mepertikaikan hak-hak atau isu-isu yang bersangkutan dengan kepentingan bangsa Melayu kan.

Sebabnya orang Melayu dah banyak sangat bertolak ansur dari sejak dulu lagi! baca lah sejarah.. walaupun tidak dinafikan orang bukan Melayu yang banyak memajukan ekonomi Negara, tetapi jangan lah melampau-lampau mengikis kepentingan orang Melayu, tidak eloklah seperti itu. Janganlah sampai nanti disamakan dengan apa yang berlaku satu bangsa dekat 'middle east' sana tu, dah dibagi betis nak paha, dah dibagi paha,.. nak apa lagi!

Saya sendiri tidak tegamak nak becakap benda ini, kenapa orang politik tergamak mempertikaikan benda-benda macam ini ha? Tan Seri, Datuk, kenapa..?
Hanya disebabkan nak mencari sokongan dalam politik saja? sanggup memputar belitkan kata-kata! Sanggup menyakiti hati orang lain! sanggup mengikis hak orang lain?
dan ada pulak orang Melayu sanggup bangsanya berputih mata sebab nak cepat atau kekal berkuasa!
ethnic Chinese continue to hold economic power and are the wealthiest community. Continues to growth year by year they never lose anything! more then enough for the better life and live here!
so pemimpin Melayu harus insaf.. jangan sebab politik, nak berkuasa.. rela pula menjadi penkhianat bangsa!
-

Jun 30, 2010

macam mana dengan perkembagan FIFA 2010?

Salam,
helo.. semua sahabat!
Apa cerita hari ini sahabat? macam mana dengan perkembagan FIFA 2010? Tinggal berapa team lagi yang terus berjuang sehingga ke matlamat nya? bagi sahabat yang memang kaki bola dah tak jadi masaalah nak menghitung tentang kalah menang sesuatu kumpulan kan, kalau macam saya ni ada susah sikit lah nak meramal dengan sesuai kumpulan mana yang kelak akan menjulang piala dunia, bab tidak le berapa buat kajian sangat cuma sekadar menghagatkan kerusi kat kedai mamak saje.. joint kekawan..
Saya harap sahabat lebih arif lah tengtang semua itu...

Ni saya nak cerita pasal gula!

KUALA LUMPUR: Mulai Khamis ini sehingga September depan, kerajaan akan menambah bekalan gula di pasaran sebanyak 15 peratus bagi menghadapi permintaan tinggi dan juga persediaan musim perayaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan langkah diambil itu akan memastikan tidak berlaku kekurangan gula di pasaran.

Langkah lain diambil kementerian dengan melantik persatuan tertentu untuk membekalkan gula secara terus kepada ahlinya.
Kementerian akan membekalkan gula kepada persatuan dilantik seperti Persatuan Kedai Runcit Kaum India, Persatuan Kedai Runcit Melayu Malaysia dan Persatuan Industri kecil dan Sederhana (IKS).
Kementerian memberi secara borong kepada persatuan yang dipilih itu supaya mereka dapat membekalkan terus kepada ahlinya, ” katanya ketika menggulung hujah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-10), di Dewan Rakyat, semalam.

-
Gula sudah memang susah nak dapat ni.. anak sudah mula bising bab minum tak ada gula..! entah mana disorok gula tu pun tak tahu la... mungkin kementerian berkenaan dapat mengesan dimana gula yang banyak itu disorokan? kita ni mana lah ada kuasa nak pergi selidik benda gula itu kat mana kan? kalau kat kedai tak ada! makna nya minum kopi pahit... le,

Bila lagi kementerian berkenaan hendak bertindak ha? rasa nya sudah lama bab gula ni... nak tunggu sampai bila lagi? Buka saja lah kepada penusaha-pengusaha lain supaya mereka bawak masuk gula dari luar negeri ke mana ke..
Tak kan lah cuma dua tiga orang saja yang pandai meniaga gula! yang lain-lain tak reti ke meniaga gula?
Sepatut nya kementerian bertidak lebih awal lagi.. supaya kerisis gula tidak sampai ketahap yang lebih keritikal..!

Ada sikit masaalah lagi bab gula ini.. ada sesetengah rakyat Malaysia yang memang tidak dapat bahadian gula sudah banyak hari.. pegi kedai sana.. pegi kedai sini... tak ada! gula belum sampai lagi.. itu tuan kedai kata. akan tetapi sesetengah rakyat Malaysia tidak ada masaalah tengtang gula.. (saya sebut rakyat supaya tak sebut yang lain' faham kan? kalu tak faham tanya, tanya orang yang faham.. ok.) mereka ini saya tidak dengar pulak keluhan pasal gula! sedangkan saya bejiran... sikit-sikit saya tahu lah pasal diaorang punya cerita kan..

Haa.. dah tu.. macam mana! kalu minyak ke, simen ke, ayam ke yang naik harga semua kecuh.. bab semua terkena lah kut? aaduii.. pening,!