Salam,
helo.. semua sahabat!
Apa cerita hari ini sahabat? macam mana dengan perkembagan FIFA 2010? Tinggal berapa team lagi yang terus berjuang sehingga ke matlamat nya? bagi sahabat yang memang kaki bola dah tak jadi masaalah nak menghitung tentang kalah menang sesuatu kumpulan kan, kalau macam saya ni ada susah sikit lah nak meramal dengan sesuai kumpulan mana yang kelak akan menjulang piala dunia, bab tidak le berapa buat kajian sangat cuma sekadar menghagatkan kerusi kat kedai mamak saje.. joint kekawan..
Saya harap sahabat lebih arif lah tengtang semua itu...
Ni saya nak cerita pasal gula!
KUALA LUMPUR: Mulai Khamis ini sehingga September depan, kerajaan akan menambah bekalan gula di pasaran sebanyak 15 peratus bagi menghadapi permintaan tinggi dan juga persediaan musim perayaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan langkah diambil itu akan memastikan tidak berlaku kekurangan gula di pasaran.
Langkah lain diambil kementerian dengan melantik persatuan tertentu untuk membekalkan gula secara terus kepada ahlinya.
Kementerian akan membekalkan gula kepada persatuan dilantik seperti Persatuan Kedai Runcit Kaum India, Persatuan Kedai Runcit Melayu Malaysia dan Persatuan Industri kecil dan Sederhana (IKS).
Kementerian memberi secara borong kepada persatuan yang dipilih itu supaya mereka dapat membekalkan terus kepada ahlinya, ” katanya ketika menggulung hujah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-10), di Dewan Rakyat, semalam.
-
Gula sudah memang susah nak dapat ni.. anak sudah mula bising bab minum tak ada gula..! entah mana disorok gula tu pun tak tahu la... mungkin kementerian berkenaan dapat mengesan dimana gula yang banyak itu disorokan? kita ni mana lah ada kuasa nak pergi selidik benda gula itu kat mana kan? kalau kat kedai tak ada! makna nya minum kopi pahit... le,
Bila lagi kementerian berkenaan hendak bertindak ha? rasa nya sudah lama bab gula ni... nak tunggu sampai bila lagi? Buka saja lah kepada penusaha-pengusaha lain supaya mereka bawak masuk gula dari luar negeri ke mana ke..
Tak kan lah cuma dua tiga orang saja yang pandai meniaga gula! yang lain-lain tak reti ke meniaga gula?
Sepatut nya kementerian bertidak lebih awal lagi.. supaya kerisis gula tidak sampai ketahap yang lebih keritikal..!
Ada sikit masaalah lagi bab gula ini.. ada sesetengah rakyat Malaysia yang memang tidak dapat bahadian gula sudah banyak hari.. pegi kedai sana.. pegi kedai sini... tak ada! gula belum sampai lagi.. itu tuan kedai kata. akan tetapi sesetengah rakyat Malaysia tidak ada masaalah tengtang gula.. (saya sebut rakyat supaya tak sebut yang lain' faham kan? kalu tak faham tanya, tanya orang yang faham.. ok.) mereka ini saya tidak dengar pulak keluhan pasal gula! sedangkan saya bejiran... sikit-sikit saya tahu lah pasal diaorang punya cerita kan..
Haa.. dah tu.. macam mana! kalu minyak ke, simen ke, ayam ke yang naik harga semua kecuh.. bab semua terkena lah kut? aaduii.. pening,!