February 08, 2013

Bukan Salah Ibu Mengandung.

Assalamualaikum...

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Bukan nak kata pada sesiapa tetapi itulah terjadi kepada dua daripada empat perompak yang membuat kerja yang menyalahi undang-undang.

Mengikut apa yang diberitahu olih pasukan keselamatan, bahawa kumpulan ini telah banyak kali membuat kerja merompak dan menyamun ini. Dan mereka juga menggunakan senjata yang sangat merbahaya.

Kasihan sekali bakat keberanian mereka ini telah disalah gunakan untuk membuat kerja-kerja yang tidak baik, merugikan diri sendiri dan melemahkan semangat mangsa-mangsa mereka. Siapa yang tidak lemah kepala lutut..? Siapa yang tidak lemah semangat.. Siapa tidak fobia separuh mati jika diacukan pistol atas kepala?

Oooii... senang senang acu pistol atas kepala! mau tersalah gemgam meletup.. haa apajadi..? Lain kali fikirlah bebanyak kali kalau nak menyammun tu.. kesihan simangsa, carilah kerja lain, jangan kerja merompak-menyamun ni, orang tentu benci tau...

'Kumpulan Aime' sesiapa yang rajin tu bolihlah pergi semak tenggok siapa dan apakah latar belakang mereka ini semua! saya tak kuasalah nak cek semua tu.. cuma sayanglah bakat berani mati mereka itu disalah gunakan!!

Saya sangat bersimpati dengan apa yang telah berlaku keatas adik Muhammad Hanif Zahadi, mungkin mengambil masa yang lama untuk menghilangkan taroma dirompak! Harap dia banyaklah bersabar, jangan lemah semangat untuk meneruskan kehidupan, setiap yang berlaku ada hikmahnya, dia masih muda kehidupannya masih jauh lagi.. jangan jadikan secebis kesah duka ini halangan untuk terus maju!

Kepada mereka-mereka yang selalu memusuhi Polis, atau yang selalu menfitnah Anggota Keselamatan ini dengan berbagai fitnah! anda wajib ingat Anggota Keselamatan ini lah yang bergadai nyawa untuk menjaga keamanan sehari-hari.

Rakyat Malaysia yang berbuat salah sahaja yang takut dengan Polis, mencaci Polis. Jika anda tidak berbuat salah tidak perlulah benci dengan Polis. Polis menjalankan tugas mereka, dan mereka akan membuat apa yang sepatutnya untuk menjaga keamanan.
Memang ada sesetengah Polis nampak naif... ada juga yang terkurang ajar.. tetapi biasalah mereka pun manusia macam kita juga.. dia orang pun ada masaalah peribadi juga, tentulah kekadang anda menerima layanan yang kurang baik dari mereka. Sama seperti anda yang bermasaalah peribadi dan bawak sampai kepejabat.. habis rakan-rakan sepejabat jadi mangsa biadap anda tu.. tak ke gitu.?

Tapi keseluruhan Anggota Polis di Malaysia ini bagus!, dan saya harap Anggota Keselamatan ini lebih tegas lagi dengan mereka-mereka yang memang buat salah.
Wassalam.


Mati Kerana Menyamun Duit!


Hanya Kerana Menyamun Wang 50ribu Nyawa Tergadai!


Bukan Salah Ibu Mengandung!


Sedia Bergadai Nyawa Demi Kewajipan Kepada Negara!


Kuala Krai: “Saya begitu takut ketika itu dan hanya teringat mati apabila penjenayah mengacukan pistol di kepala,” kata kakitangan sebuah syarikat pembalakan, Muhammad Haniff Zahadi, 23.

Menurutnya, detik cemas itu dilaluinya apabila dilarikan empat penjenayah selepas mengeluarkan wang RM50,000 dari sebuah bank di Kuala Krai, di sini, tengah hari semalam.
Bagaimanapun, dua daripada empat suspek anggota ‘Kumpulan Aime’ itu tidak sempat berjoli hasil rompakan apabila ditembak mati polis di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, kira-kira jam 12 tengah hari.

Suspek yang ditembak mati itu masing-masing berusia 22 dan 29 tahun manakala dua lagi rakan mereka berjaya melarikan diri dalam kejadian berkenaan.

Kejadian bermula selepas mangsa beredar dari bank berkenaan pada jam 11 pagi sebelum kereta dipandunya tiba-tiba dirempuh oleh kereta dinaiki empat penjenayah terbabit berhampiran Dataran Damar, di sini.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: