February 13, 2013

Melayu Jangan Mudah Melatah.

Assalamualaikum...

Hari ini pun hujan lagi.. sampai air melimpah disesetengah kawasan yang rendah dikawasan sini.
Terpaksalah Makcik, Adik Kakak sigsing kain sampai paras lutut untuk meredah air kejalan menuju kekedai.
Semuanya kerana dihalaman rumah sedikit rendah dari jalan raya, jadi air mudah melimpah kehalaman dari saloran air tepi jalan. ermm.. kesian juga bila saya lihat mereka macam itu. *

Hah.. macam mana dengan anda semua? masih kat kampung lagi ke atau sudah balik semula ketempat kerja? Saya masih kat kampung lagi, cuti masih ada dua tiga hari lagi.. jadi relek saja.. boss panggil baru saya pergi kerja...

Nanti jika dia perlu saya segera kesana, tentu tak henti-henti diaorang talipon! sekarang relek saja... cuti puas-puas dulu.
Lagipun Kelang tu tidak lari kemana kan.. kan..

Maaf lah... kali ini saya hendak bercakap sikit bab politik semasa, bukan apa.. sekarang ini panas bahang pilihan raya sudah pun bermula. Apa pun saya tidak berapa arif sangat tentang tendang terajang politik ini.

Entah betul ketidak saya kurang pastilah dengan apa yang saya hendak cakap ini.. saya hanya bercakap atas kehendak sendiri sahaja, tidak terpengaruh olih sesiapa juga!

Yang saya selit sikit kat sini adalah kesahnya ada sebilangan orang Melayu suka sangat kutuk pemimpin Melayu yang sedang memerintah negara, tidakkah mereka ini sedar bahawa Pemimpin itu berbangsa Melayu dan berugama Islam!

Di-kampung ke bandar ke.. orang-orang biasa-biasa ni..(kelas bawahan) suka sangat mengutuk pemimpin Melayu dihadapan bangsa lain, mereka rasa megah mencaci pemimpin dari bangsa mereka sendiri. Kalau iyapun hendak berpolitik jaga sikit maruah diri dan bangsa sendiri...

Tidakkah orang-orang ini tahu, yang dikalangan orang biasa pun kita dilarang mencaci atau mengumpat, ini kan pulak saorang pemimpin Melayu Islam..!
Saya harap sesangat orang melayu dari mana parti pun jangan lah mengumpat, mencaci pemimpin melayu yang ada. Apalagi berasa megah diri bila mencaci, mengumpat dihadapan bangsa lain, tolonglah ye...
Jangan sama sekali membiarkan diri anda orang melayu disamakan seperti saekor 'katak' suara sahaja kuat, tapi hidup dalam longkang!

Bagi kaki kutuk pemimpin dari kalangan melayu yang sedang berkerja makan gaji dengan kerajaan, saya tidak tahulah apa pulak perinsip yang dia orang pakai. Hanya mereka saja yang tahu isi perut mereka semua.
orang-orang ini biasanya agak berpelajaran sikit, tapi masih sangat naif tentang harga diri bangsa sendiri.

Kalau saya, saya malu lah buat perangai semacam itu. Tidak mungkin saya akan berkerja dengan kerajaan lagi jika saya selalu sangat mencaci pemimpin bangsa sndiri dihadapan bangsa lain. Bangsa lain senyum sumbing saja dengan perangai kita. Kalau sukake tak sukake tiba hari mengundi buat lah pilihan, menang kalah pun awak tu banyak sangat ke dapat kelebihan ataupun kekurangan?

Kita ini, Bangsa Melayu sudahlah ketinggalan disemua bidang penting! dalam politik pun masih ketinggalan juga. Hendak jadi apa kita ni.. tolonglah.. jadi bangsa Melayu yang pandai sikit dan bermaruah sikit.

Ringkasnya..., jika sesaorang itu ikhlas kerana perpaduan bangsa dan rakyat, hidup matinya demi nasib orang Melayu, sangat perihatin dengan kehidupan orang Melayu, mereka-mereka ini tidak akan menubuhkan parti atas jenama lain selain dari parti yang telah sedia ada.

Kerana mereka ini sangat tahu dan sangat arif.., jika mereka menubuhkan parti jenama lain, nercaya kelompok Bangsa Melayu dalam Malaysia akan berpecah! Bila Bangsa Melayu berpecah, bermakna Bangsa Melayu akan menjadi semakin lemah. Bila Bangsa Melayu menjadi lemah, maka dengan senang bangsa lain akan mengambil tempat didalam politik Malaysia.

Jadi macam inikah pemimpin yang kita cari? pemimpin yang sengaja dengan pengatahuan luas memperjudikan nasib Bangsa Melayu hanya semata-mata kepentingan peribadi...?

Jadi saya harap kita yang jadi pejawat awam biasa-biasa jadi kuli-kuli biasa, orang kampung biasa-biasa ingatlah.. jangan jadi Melayu Mudah Lupa!

Jika mereka ini iklas mereka tidak tidak akan keluar dari parti sedia ada! mereka akan teruskan berjuang dalam parti yang sedia ada, jadilah pemimpin dalam parti yang sedia ada, supaya undi Bangsa Melayu tidak berpecah! Mereka ini sama sekali tidak akan menubuhkan parti lain, sebab bahayanya sangat besar akan menimpa Bangsa Melayu! Ini semua(perpecahan undi Bangsa Melayu) sangat lah mereka tahu, dan inilah yang mereka mahu, supaya kepimpinan Bangsa Melayu yang ada akan hancur... kononnya berlaku atas permintaan rakyat, pada hakikatnya mereka sendiri merancang...,

Cuba fikirkan baik-baik.. mereka ini (yang menubuhkan parti lain) tentu sekali berniat hendak menjahanamkan parti Bangsa Melayu yang memang telah sedia ada, dan menjadi tulang belakang pemerintahan Negara Malaysia. Sedangkan parti Bangsa Melayu inilah berjuang pada masa-masa susah dahulu.

[apabila undi Bangsa Melayu berpecah! memang akan memusnahkan Bangsa Melayu. jangan harap Bangsa Melayu akan terbela jika kita berkompelot(berkerjasama) dengan 'Musang' untuk mencuri ternakan! {undi melayu sudah berpecah: umno,Pas,PKR,DAP,bebas. serta beratus ribu lagi 'melayu' yang yang tidak pernah mengundi} jadi tolong insaflah, tidak ada sesiapa hendak tolong Bangsa Melayu, jika Bangsa Melayu sendiri jadi seperti baja sabsidi dipangkal tiang rumah.]

Janganlah begitu zalim dengan bangsa sendiri! hanya kerana satu ranting yang rosak sanggup menebang pohonnya sekali. Janganlah kerana sekumtum bunga yang layu sejambangan bunga dibuang terus kelongkang! satu perbuatan yang keterlaluan!

Dan janganlah dek kerana sekuntum bunga yang anda hulur, anda mengaku madu itu anda yang punya.
Okey.. macam inilah saya nak cakap, jadilah satu Bangsa Melayu yang bermaruah, mulai hari ini jangan lagi kita mencaci, mengutuk atau menghina Pemimpin Bangsa Melayu yang sedang memerintah dihadapan bangsa lain!

Bila tiba hari mengundi buatlah pilihan sendiri masing-masing itu sudah memang hak anda! dalam masa yang sama sedarlah bahawa diri anda juga Bangsa Melayu, peliharalah maruah Pemimpin Bangsa sendiri, tiada bangsa lain, hanya terletak ditangan anda Bangsa Melayu.

Sekian, Wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: