February 10, 2013

Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum. dan salam sejahtera.

I would like to wish "GONG XI FA CAI" - Happy Chinese New Year - to all my friends, and readers of my Blog, also to my boss and my co worker..
May you have a happy and prosperous new year..

Hari berganti hari, masa begitu pantas berlalu.. teringat Gong Xi Fa Cai masa saya kat kampung nun jauh diutara sana.

Dimasa itu saya tidak perasan sangat pasal Tahun Baru Cina dan kemeriah yang mereka lalui, maklumlah duduk kat kampung yang tidak ada orang cina pun kat situ. Jadi tidak tahu sangat apa yang mereka buat pada perayaan Tahun Baru Cina.

Sekarang ini semenjak keluar dan duduk kat bandar, memang terdedah dengan kegiatan keagamaan yang orang cina lakukan. Selalunya masa dahulu cuma dari sumber bacaan disekolah saja. Paling meriah dan gembira sudah tentulah kanak-kanak! Yang dewasa tu macam biasa saja... cuma mereka ingat macam mana nak cari duit saja...

Apapun yang mereka lakukan pada perayaan mereka, itu terpulanglah kepada kepercayaan mereka! Semoga mereka gembira menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Kebetulan saya pun ada mendapat dua beg makanan ringan semperna Tahun Baru ini yang diedarkan dikawasan perumahan ini. Banyak juga buah limau yang saya dapat dari jiran bersebelahan.

Dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa ini, kita tidak dapat elak lagi.. macam mana pun kita mesti kena saling hormat menghormati dan saling menyokong kepada keharmonian negara. Bersama bersatu mengekalkan keamanan. Bersatu untuk kemajuan negara!

Dan jangan sesekali bersatu untuk memecahkan perpaduan rakyat. Kekalkan keamanan yang ada!

Saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum cina di Malaysia. Gong Xi Fa Cai.
Wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: