November 29, 2017

Apa Erti Mimpi Ini. - Perdana Menteri Malaysia - Dato Najib -

Assalamualaikum...

Salam bahagia dan salam ceria selalu..
Maafkan saya sebab sudah lama tk update blog saya ini. Seperti biasa saya masih okay dan masih sihat walafiat...
Dan seperti biasa juga.. sebab kesibukan masa.. atau kekurangan masa .. jadi campur dengan kekeringan idea... so terbengkalai saja blog ini...

Okay maafkan saya..
Entah macam mana.. nak jadi cerita.. malam tadi saya bermimpi bertemu dengan Dato Seri Najib Bin Tun Razak.
Ermmm... saya terbangun.. dan terfikir.. apakah tafsir mimpi saya ini...
Ini lah pertama kali bermimpi orang kenamaan paling besar.. saya bersalam dengan Dato Seri Najib.. dan bertanya khabar... dan dengan gaya orang berkelibar beliu menjawab beliu sihat dan baik saja.

Memang saya nampaklah wajah dia dengan jelas, lagi pun bukan ke selalu kita lihat kat tv jadi memang jelas pertemuan dalam mimpi itu.
Tak tahu pulak apa maksud disebalik mimpi saya itu.. harap-harap ia memberi makna yang baik bagi diri saya.

Tolong bagi tahu saya apa erti mimpi saya ini, mungkin anda dapat membantu saya dalam memahami mimpi pelik ini.

jumpa lagi. wassalam..









Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



May 31, 2015

Masih Kat Pelabuhan Tanjung Pelepas. PTP.

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan berbahagia selalu.. hai...
Selamat datang lagi kemari.. oh ya, sudah lama saya tidak mengupdate blog ni..

Saya masih berkerja di PTP Pelabuhan Tanjung Pelepas, kawasan pembinaan membesarkan lagi pelabuhan. Harap semua tidak melupakan saya, sebab kekadang kita kekurangan idea untuk menulis, apa pun anda bolihlah meneruskan membaca cerita yang saya sediakan dibawah.
Kesah Fidah.

Kesah itu hanya rekaan dan sedikit cerita sebenar yang saya alami.

Mungkin suatu hari nanti saya akan sambung lagi cerita ini.



Tak ada apa masaalah pun cuma tak ada modal je..


sunting16/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 30, 2014

IS atau ISIS

Puak-puak dalam IS.

Pagi-pagi lagi sudah kesejukan menempuh laluan ketempat kerja. Memang dua tiga hari ini hujan sahaja, jika tidak turun pagi, petang atau malam tentu hujan turun.. Jalan menuju ke Tg Bin agak basah bertakung air, hampir sepanjang jalan menghampiri Tg Bin air bertakung disana-sini.. maklumlah jalan ini digunakan olih kenderaan besar dan berat untuk membawa peralatan bagi membina Janakuasa baharu disini. Yang lucunya penunggang moto yang terpaksa mandi dijalanan akibat disimbah percikan air lopak apabila dilanggar lori atau kereta yang tidak tahu perlahan, atau secara tidak disengajakan.. haha.. kesian pulak..

oklah.. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua yang tersudi datang kesini! Harap anda semua sihat-sihat sahaja ye..

Kali ini saya hendak merapu tentang IS, ISIS.

IS atau Islamic State sedang heboh dicanang akan keburukan kumpulan ini. Tidak ada yang baik melainkan buruk dan kejam belaka! IS, siapa mereka ini? Kenapa mereka ini digambarkan sangat kejam? Apakah mereka ini memang kejam.?

Kita semua kebanyakannya tidak tahu sangat apa sebenarnya yang berlaku di-sana? Iaitu di Iraq dan Syria dan negara sekitarnya, kita hanya mengetahui berita-berita itu melalui Berita TV Radio dan Akhbar sahaja. Apakah semua berita yang ada itu benar? Ataupun berita yang sengaja dibesar-besarkan untuk kepentingan puak lain..? Anda berkemungkinan besar tahu darimana punca sebenar berita yang disebarkan itu datang! ya... benar, semua punca berita yang kita baca dan dengar datangnya dari 'Barat', saya sebenarnya tidaklah pandai sangat hendak membicarakan hal-hal rumit sebegini, cumanya anda perlu berfikir yang nyata dan dengan hati yang seimbang.

Pada saya kumpulan ini pada awalnya bertujuan menghalau penjajah yang dengan rakus menipu, menjajah, membunuh dan mencuri hasil bumi dinegara mereka. Sama seperti mana-mana negara yang dijajah, sudah tentu rakyat lama kelamaan akan bangkit menentang penjajah tersebut. Terutama di Iraq, ada negara dengan sewenang-wenangnya menipu, menceroboh, membunuh dan menjajah negara tersebut, maka rakyat negara itu semakin lama semakin sedar tertipu dan bangkit menyokong puak yang menentang penjajah.

Apabila semakin ramai puak-puak ini menyertai dan menyokong kumpulan yang menentang penjajah maka lahirlah idea kumpulan IS ini... Apalagi dibawah kepimpinan yang yang agak berkelibar. Ada kuasa asing yang hanya mengambarkan keburukan kumpulan ini sahaja kononnya sangat merbahaya kepada Dunia, walhal mereka mempertahankan wilayah mereka dari terus dijajah, mempertahankan puak-puak mereka yang selama ini ditindas kuasa asing. Kuasa asing ini sangat bimbang dan takut jika IS ini bertambah kuat dan ini akan memberi ancaman kepada Israel sebenarnya.

Apa yang telah dilakukan olih tentera Israel menembak mengebom membunuh rakyat Palestin tidak pula menjadi pengganas yang perlu ditentang dunia. Pada mereka keganasan Israel terhadap rakyat Palestin adalah wajar dan bukan keganasan, jadi dunia tidak perlu takut dengan Israel, tapi takutlah kepada kumpulan IS yang tidak mempunyai satu pun peluru jarak jauh, apalagi peluru pemusnah besar seperti Israel.

Saya bukanlah penyokong IS apalagi hendak menghasut anda semua menyokong Kumpulan IS ini, cuma harap ingatlah jangan sesekali mempelawa kuasa asing masuk kenegara sendiri demi kepengtingan diri dan politik sendiri, jika mereka menyokong andapun bukannya iklas, mesti mereka ada kepengtingan sendiri hingga akhirnya kita sesama kita yang bertembak sesama kita, mereka kaut keuntungan seperti yang berlaku di Iraq dan Syria akhirya kita pula digelar pengganas.

Cuba anda fikir senjata puak-puak IS ini siapa pula yang bagi atau 'derma'? jual minyak kepasaran gelap siapa pulak yang beli? tidak mungkin Kuwit dengan Oman yang beli minyak itu?

oklah tepuk dada tanya naluri anda melalui fikiran yang waras, keganasan tidak sepenuhnya membantu untuk jangka masa panjang, orang yang dizalimi tetap akan bangkit menentang juga. Jangan jadi diri kita orang yang menzalimi orang lain, kalau bukan kita yang kena, anak cucu kita yang kena atau puak kita yang kena balasannya.

ermmm... sekian saja. Wassalam.





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



August 13, 2014

Tanjung Bin Power

Assalamualaikum... Salam hormat dan salam berbahagia selalu..

Mungkin ramai yang keliru ada kah orang bernama Tanjung dan berbinkan bapanya bernama power.?

Ini untuk yang tidak tahu.. saya terangkan sebenarnya Tanjung Bin Power itu adalah nama satu tempat di Johor sini...

Tempat ini namanya Tanjung Bin.

Dan olih kerana tempat ini telah didirikan sebuah janakuasa besar ( Power Station ) maka diambil perkataan, Power, diletakan dihadapan, akhirnya jadilah nama TANJUNG BIN POWER.

Buat masa sekarang pehak Malakof sedang membesarkan lagi Janakuasa disini, dengan mendirikan sebuah lagi penjana kuasa yang sangat besar.. Terbesar di asia tenggara ini..

ermmm... apa lagi ey..?

Saya berpeluang berkerja di tapak perojek ini sebanyak dua kali, iaitu semasa pembinaan pertama lagi dan ini adalah kali kedua.

Bekerja disini sangatlah panas, saya nampak memang kurang pekerja kasar atau pekerja buruh tempatan bekerja di dalam sini.

ermm.. kat sini sekarang ada hampir tiga ribu pekerja sedang bekerja di sini macam-macam orang ada kat sini.. dan salah saorangnya adalah saya le....

Ramai pekerja luar negara yang bekerja disini, Bangladesh, Indonesia, Veatnam dan berbagai negara lagi.

OK.. lama sudah saya tidak update kat blog ni..jadi tak tahu nak tulis apa...

maka cukup dulu sampai disini...jumpa lagi....

Wassalam.

Tanjung Bin Power sedang dalam pembinaan fasa tambahan.

Tanjung Bin dari sudut pandangan dari Pelabohan PTP







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

July 26, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera Semua Ya...

Semoga kedatangan Syawal memberi himpunan kecerian,serta alaf baru dalam kehidupan anda, didoakan agar semua akan mendapat kejayaan dan kemenangan dalam semua bidang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada anda sekalian..

iklas dari, xaturen.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen