November 30, 2014

IS atau ISIS

Puak-puak dalam IS.

Pagi-pagi lagi sudah kesejukan menempuh laluan ketempat kerja. Memang dua tiga hari ini hujan sahaja, jika tidak turun pagi, petang atau malam tentu hujan turun.. Jalan menuju ke Tg Bin agak basah bertakung air, hampir sepanjang jalan menghampiri Tg Bin air bertakung disana-sini.. maklumlah jalan ini digunakan olih kenderaan besar dan berat untuk membawa peralatan bagi membina Janakuasa baharu disini. Yang lucunya penunggang moto yang terpaksa mandi dijalanan akibat disimbah percikan air lopak apabila dilanggar lori atau kereta yang tidak tahu perlahan, atau secara tidak disengajakan.. haha.. kesian pulak..

oklah.. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua yang tersudi datang kesini! Harap anda semua sihat-sihat sahaja ye..

Kali ini saya hendak merapu tentang IS, ISIS.

IS atau Islamic State sedang heboh dicanang akan keburukan kumpulan ini. Tidak ada yang baik melainkan buruk dan kejam belaka! IS, siapa mereka ini? Kenapa mereka ini digambarkan sangat kejam? Apakah mereka ini memang kejam.?

Kita semua kebanyakannya tidak tahu sangat apa sebenarnya yang berlaku di-sana? Iaitu di Iraq dan Syria dan negara sekitarnya, kita hanya mengetahui berita-berita itu melalui Berita TV Radio dan Akhbar sahaja. Apakah semua berita yang ada itu benar? Ataupun berita yang sengaja dibesar-besarkan untuk kepentingan puak lain..? Anda berkemungkinan besar tahu darimana punca sebenar berita yang disebarkan itu datang! ya... benar, semua punca berita yang kita baca dan dengar datangnya dari 'Barat', saya sebenarnya tidaklah pandai sangat hendak membicarakan hal-hal rumit sebegini, cumanya anda perlu berfikir yang nyata dan dengan hati yang seimbang.

Pada saya kumpulan ini pada awalnya bertujuan menghalau penjajah yang dengan rakus menipu, menjajah, membunuh dan mencuri hasil bumi dinegara mereka. Sama seperti mana-mana negara yang dijajah, sudah tentu rakyat lama kelamaan akan bangkit menentang penjajah tersebut. Terutama di Iraq, ada negara dengan sewenang-wenangnya menipu, menceroboh, membunuh dan menjajah negara tersebut, maka rakyat negara itu semakin lama semakin sedar tertipu dan bangkit menyokong puak yang menentang penjajah.

Apabila semakin ramai puak-puak ini menyertai dan menyokong kumpulan yang menentang penjajah maka lahirlah idea kumpulan IS ini... Apalagi dibawah kepimpinan yang yang agak berkelibar. Ada kuasa asing yang hanya mengambarkan keburukan kumpulan ini sahaja kononnya sangat merbahaya kepada Dunia, walhal mereka mempertahankan wilayah mereka dari terus dijajah, mempertahankan puak-puak mereka yang selama ini ditindas kuasa asing. Kuasa asing ini sangat bimbang dan takut jika IS ini bertambah kuat dan ini akan memberi ancaman kepada Israel sebenarnya.

Apa yang telah dilakukan olih tentera Israel menembak mengebom membunuh rakyat Palestin tidak pula menjadi pengganas yang perlu ditentang dunia. Pada mereka keganasan Israel terhadap rakyat Palestin adalah wajar dan bukan keganasan, jadi dunia tidak perlu takut dengan Israel, tapi takutlah kepada kumpulan IS yang tidak mempunyai satu pun peluru jarak jauh, apalagi peluru pemusnah besar seperti Israel.

Saya bukanlah penyokong IS apalagi hendak menghasut anda semua menyokong Kumpulan IS ini, cuma harap ingatlah jangan sesekali mempelawa kuasa asing masuk kenegara sendiri demi kepengtingan diri dan politik sendiri, jika mereka menyokong andapun bukannya iklas, mesti mereka ada kepengtingan sendiri hingga akhirnya kita sesama kita yang bertembak sesama kita, mereka kaut keuntungan seperti yang berlaku di Iraq dan Syria akhirya kita pula digelar pengganas.

Cuba anda fikir senjata puak-puak IS ini siapa pula yang bagi atau 'derma'? jual minyak kepasaran gelap siapa pulak yang beli? tidak mungkin Kuwit dengan Oman yang beli minyak itu?

oklah tepuk dada tanya naluri anda melalui fikiran yang waras, keganasan tidak sepenuhnya membantu untuk jangka masa panjang, orang yang dizalimi tetap akan bangkit menentang juga. Jangan jadi diri kita orang yang menzalimi orang lain, kalau bukan kita yang kena, anak cucu kita yang kena atau puak kita yang kena balasannya.

ermmm... sekian saja. Wassalam.





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



No comments: