April 10, 2023

Lazada Scam | Scammer Model Baru Lebih Cepat Mangsa Akan Tertipu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Sekarang kebanyakan orang mengeluh

kerana kenaikan harga barang, menyebabkan kebingungan ramai ketua keluarga untuk mencukupi keperluan harian keluarga mereka.

Dalam pada kesusahan orang ramai ini timbul bermacam scammer yang menambah pening kepala dan ada yang mengalami kerugian, tidak kurang yang rugi kerana mengikuti skim cepat kaya ada juga yang rugi disebabkan scam Telegram.

Sekarang ini muncul lagi scammer bentuk baharu yang dengan mudah mengikis wang kita didalam bank! bukan sahaja pengguna bank yang pening, pegawai bank pun ikut pening memikirkan scammer bentuk baru ini.

Scammer baru ini mengaitkan nama pembelian secara online terkenal iaitu Lazada. Akan ada sesaorang akan menalipon pengguna bank, mengatakan bahawa pengguna tersebut ada membeli sesuatu barang dari Lazada, kononnya nilai pembelian itu rm4500.

Wakil Lazada itu mengatakan barangan tersebut telah pun dibayar, kononya wakil Lazada itu menalipon untuk memastikan adakah benar pengguna bank itu ada membeli dan membayar barang yang bernilai rm4500.

Tentulah pengguna bank berkata tidak membeli barang apapun dari Lazada, wakil Lazada ini pura-pura heran kenapa barang ini sudah dibayar?

Bermula dari sinilah perangkap Scammer terpasang! jika kita tergopoh dan tidak berhati-hati maka akan lesap lah duit kita didalam bank!

Sila dengar cerita seperti mana yang diviralkan, info kepada sahabat handai tentang adanya scammer Lazada ini.

Konon wakil Lazada ingin memulangkan rm4500 tersebut kerana kesilapan tidak diketahui, scammer yang menyamar wakil Lazada itu pun meminta no pin bank atau no tac berurusan banking, jika pengguna akaun bank memberikan pin banking atau memberi nombor TAC banking sudah tentu scammer akan mencuri semua duit yang ada didalam bank!

Siapa yang tidak mahu duit kesilapan tranfer akan dimasukan kembali.! disini lah orang ramai akan terjerat.

Berhati-hatilah selalu, pesan dengan saudara mara sahabat handai akan adanya scammer seperti ini agar kita semua tidak tertipu.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 09, 2023

Tabung Haji Contact Centre

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam hormat dan salam sejahtera

buat semua sahabat yang hadir disini hari ini. Tahniah kepada anda kerana mempunyai sikap yang sangat baik iaitu sikap suka membaca. Zaman sekarang orang ramai sudah tidak cenderung untuk membaca lagi, mereka lebih suka menonton atau melihat FB tiktok dan berbagai lagi media yang lebih kepada hiburan mata sahaja.

Baik lah,

kali ini saya ingin memanjangkan maklumat yang didapati dari Lembaga Urusan Tabung Haji. Bagi anda semua yang menjadi ahli Tabung Haji bolih lah meneruskan

Tabung Haji Contact Centre

kini sedang menjalankan soal selidik kepada para pelanggan untuk mendapatkan pandangan dan maklumbalas terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Borang Soal Selidik tersebut boleh diakses dengan klik pada ayat “KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN”

Kami berharap dengan kerjasama yang diberikan bagi melengkapkan Borang Soal Selidik ini dapat membantu kami bagi merealisasikan hasrat kami untuk bergerak lebih maju di masa hadapan.

Sebarang Kemuskilan Atau Pertanyaan Sila Hubunggi:
Tabung Haji Contact Centre.
Talifon: +603 62071919
Email : th-info@lth.gov.my

BORANG MAKLUM BALAS TABUNG HAJI. Dibawah ini disertakan borang memberi maklum balas anda kepada Lembaga Urusan Tabung Haji.

Kongsikan Cadangan dan Maklum Balas Mengenai Perkhidmatan Tabung Haji.

klik link dibawah untuk isi borang maklum balas.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 08, 2023

Scammer | Cara Mengelak Menjadi Mangsa Scam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam ceria dan salam berbahagia selalu,

semua sudah lepas berbuka ni kembali letih, sebab makan banyak hihi..~

Baik, hari ini saya ingin berkongsi cara mengelak menjadi mangsa scammer.

1 - Jangan Screenshot apabila diminta berbuat demikian olih rakan Telegram.

2 - Jangan Update Telegram apabila diminta berbuat demikian olih rakan Telegram.

3 - Jangan transfer duit apabila diminta olih rakan Telegram.

Kebelakangan ini banyak akaun Telegram telah diceroboh, saya tidak pasti pulak samaada akaun WhatsApp pun ada yang diceroboh atau tidak.

Jika scammer hendak ceroboh akaun Telegram kita, scammer terlebih dahulu ceroboh akaun kenalan kita, kemudian menggunakan akaun kenalan yang telah diceroboh itu untuk ceroboh akaun kita.

Cara scammer ialah, menggunakan akaun kenalan kita, tentulah dengan profile gambar kenalan kita, kemudian meminta kita screenshot dengan alasan Telegram kenalan itu telah dihack.

Untuk mengelak acc Telegram kita pula diceroboh, jangan screenshot walaupun yang meminta itu berprofile kenalan rapat kita, sebab acc Telegram kenalan itu memang sudah diceroboh.! dia sudah jadi acc Telegram milik scammer!!

Jika anda tidak screenshot seperti yang diminta, akaun anda sudah selamat dari diceroboh.

Entah apa teknologi atau apa rahsia, kita screenshot saja dengan update Telegram akaun kita sudah diambil alih scammer.

Selalunya kita terpedaya dengan profile kenalan yang sudah diceroboh, profile kenalan itu meminta screenshot kemudian update Telegram, apabila kita ikuti arahan kenalan bukan asli itu, dengan screenshot hingga update Telegram, bermakna automatic akaun Telegram anda sudah pun diambil alih olih scammer.

Apabila acc Telegram kita sudah di ambil alih, scammer akan menggunakan akaun beserta profile kita itu untuk menipu seluruh kenalan kita secara auto kononnya ada masaalah keuwangan dan minta kenalan anda meminjamkan duit segera, dan akan membayar kembali besok paginya.

Anda bolih abaikan saja kenalan palsu itu atau terus menalipon kenalan itu samaada benar atau tidak dia meminta pinjaman dari kita? (ini untuk kes-kes yang sebenar jika anda ingin menolong kenalan, sila talipon dahulu minta kepastian.)

Langkah pertama :- Jangan screenshot dan Update Telegram bila diminta olih sesiapa saja, walaupun profile kenalan rapat. (biasanya kenalan tidak perlu hal yang begitu)

Langkah kedua :-Jangan memberi wang ringgit kepada siapa sahaja melalui akaun berprofile rakan Telegram. (kerana kemungkinan besar acc kenalan itu telah dicuri)

Apabila acc Telegram dihack scammer, mereka akan menggunakan nombor asing untuk mengawal acc Telegram tersebut, kebiasaanya nombor yang mengawal acc yang digodam ialan: +1203-902-2850 yang berasal dari Negeri Connecticut USA, samaada Stamford, New Hawen atau Hartfort tidak pasti.

Ada juga nombor +1346-474-4412 dari Texas dan nombor +1985-621-2044 dari Louisiana. Kumpulan pengodam ini sangat hebat! dengan advanced technology hacking mereka.

Hacker group akan terus memegang dan megawal akaun Telegram berkenaan selama dua ke tiga hari dan melepaskan bila tidak diperlukan lagi.

Walaupun anda delete acc Telegram anda dalam masa dua hari itu, acc anda tetap aktif dibawah kawalan mereka.

Berhati-hati selalu, tolong hebahkan kes scammer ini kepada kenalan anda supaya mereka tidak tertipu, anda juga bolih kongsikan article ini kepada saudara mara juga group whatsApp anda.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 07, 2023

Antara Hati Dan Hati-Hati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam Kasih Mesra Dibulan Ramadhan.

Otak Hati Pelajaran dan Ilmu sangat berbeza definasi atau maksud atau tahab kecerdasan yang ada pada sesaorang. Misalnya otak tidak melambangkan hati, hati tidak melambangkan pelajaran, pelajaran pula tidak melambangkan ilmu.

Wah.. berat sudah ini orang 😅.~
macam dia ni profesor pulak, cakap lebih saja macam dia tu pandai la sangat. haha..~ bukan apa saja nak tulis saja hanya keras tangan orang kampung.
baiklah..

Hati kita selalunya membuat keputusan hanya berdasarkan perasaan hati, biasanya dia memberi jawapan atau impak atau keputusan yang bolih dikatakan kurang baik, walaupun tidak ada cacat cela atau mudhorat apapun, seumpama kita mendapat keputusan pepereksaan 60/100 bolih la...tak ada apa salahnya...

Sementara Otak pulak kaedah dimana semua mkhlok alam ini ada otak. ~ usahlah menyebut, nak buat apa pun buat gunalah otak sikit! sebenaqnya ayat ni salah.. otak memang ada pada semua yang ada dimuka bumi ini.. termasuk juga tumbuhan atau pokok-pokok..

Manakala pelajaran pula sesuatu keputusan atau kerja buat dia berlandaskan kepada ilmu pelajaran yang mereka belajar selama ini sama ada memperoses pelajaran yang diajar disekolah-sekolah hingga tamat sekolah atau selepas sekolah dan dewasa, mengambil apa-apa krusus yang bolih menambah ilmu pelajaran.

Ilmu pelajaran ini juga bolih didapati dari pembacaan tambahan tentang sesuatu yang dia cenderung atau berminat atau pengalaman melakukan sesuatu yang dia minat secara berulang kali.

Keputusan kerja buat orang yang berilmu pelajaran lebih bagus keputusanya, malah orang-orang ini berjawatan kelas atas, kerja mereka memang tip-top tetapi ada kelemahan jika bukan dibidang ilmu pelajaran yang dia telah belajar.

Sementara ilmu yang bukan dari belajar iaitu ilmu yang tidak perlu belajar, orang ini sekolah juga belajar juga tetapi keputusan pelajaranya tidak seberapa mana pun dalam sekolahpun nombor diri dalam kelas pun, dalam lima terakhir atau kadang-kadang nombor bilangan yang satu atau dua terakhir.

Ilmu seperti ini sangat rare! atau susah didapati, sebab itu kita dapati seaaorang yang kaya berjaya dibidang kerja sendiri atau dibidang bersangkutan dengan kebisnessan, atau kerja perniagaan "business work" mereka, mereka berjaya melebihi kelas yang disebut diatas.

Kalaupun tidak terlalu tinggi berjaya pun, rata-rata mereka ini berjaya didalam kerja-kerja kontraktor kecil atau memang tahu berurusan dengan sumber untuk dapatkan projek dan sebagainya. Atau berjaya didalam keusahawanan berbanding dengan ilmu yang semata-mata dari pelajaran yang dibelajar.

Bukan pula mereka ini genius, untuk gunius masih jauh, okay cukuplah, nanti sambung lagi jika ada yang berminat - selamat berbuka puasa dan sekejap lagi nak bersahur .

Selamat maju jaya.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 06, 2023

Chef Wan Suka Ucap Yang Kontravensi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Sebelum Kita Pergi Kesyurga Selepas Mati Buat Dahulu Syurga Didunia.

Memang kalau difikirkan betulah juga, sebelum kita pergi kesyurga itu pun kalau layak masuk syurga la kan.. sebab nak masuk syurga ni banyak dia punya peraturan...

Jadinya.. kalau didunia pun kita tak bolih nak cipta suasana macam syurga, bangaimana kita nk tahu syurga macam mana. Ini cakap bukan cakap lyar buruk tapi cakap yang betul.lah...

Cipta syurga dunia dengan kekayaan.. dengan duduk bersama manusia syurga.. agak-agak kita sekarang hidup dengan ahli syurga ka? kita sendiri adakah memiliki sifat atau aura berbau syurga..?

Okay jangan pikir banyak sangat .. saya cuma tulis saja apa yang terlintas kat pikiran ni...

Kalau bermanafaat baguslah..







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen