جزاكم الله خيراالجزاء
Jangan lupa doakan kejayaan orang lain sepaya kejayaan akan tetap menemani langkah kehidupan kita.
Saya berharap dan berdoa agar apa yang anda lakukan akan membuahkan hasil seperti mana yang anda inginkan.
Saya dalam dua hari ini agak sebuk sikit dan keletihan, sibuk bukanlah sedang melakukan atau menguruskan projek juta jutaan.~ tapi sekadar kerja kampung kampung yang kena dilakukan serentak atau lepas satu, satu lagi kerja yang harus dilakukan.
Bulan yang lalu tempat saya dilanda banjir kilat, ada masa banjir kilat merosakan tanaman atau harta benda.
Bagi kediaman orang kampung yang berada dikawasan rendah, banjir kilat akan melampaui ketingian biasa, dan memasuki rumah-rumah penduduk kampung.
Walau pun dalam rumah penduduk kampung tidak mempunyai peralatan berharga bagi pandangan orang yang berada, tetapi bagi penduduk kampung apa saja yang dipandang biasa, itu adalah yang ada dan berharga bagi mereka.
Kediaman saya tidak terlibat dengan banjir kilat kerana terletak ditempat yang agak tinggi, ini adalah kediaman saya dikedah.
Kediaman ini sebenarnya bukanlah satu binaan yang besar cuma bolih dianggap seperti pondok atau sheley diatas bukit.
Kediaman di pontian adalah dikawasan perumahan atau rumah taman kata orang. Samalah seperti rumah ditaman-taman perumahan lainya.
Bagi yang mampu bolih memiliki rumah empat bilik atau tiga bilik atau pun dua bilik. Yang penting ada rumah untuk tempat berlindung dari panas dan hujan. Juga tempat untuk anak-anak membesar.
Bagi yang masih menyewa saya doakan anda akan memiliki rumah sendiri satu hari nanti aaminn. Dalam pada berharap untuk miliki rumah anda seharusnya menumpukan sepenuhnya pemikiran yang anda bolih memiliki rumah satu hari nanti.
Kerana impian yang kuat dan semanggat besar ingin memiliki rumah akan memacu tenaga dalaman bagi merealisasikan impian. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.! Ini bukan.ungkapan kosong semata.
Pekara yang susah pun bolih kita lakukan jika kita mahu. Yang penting tekat kita kearah cita-cita itu mesti sentiasa ada dalam diri, atau tertanam jauh dihati tidak berbolak balik lagi.
Berbalik kepada masaalah banjir kilat tadi, kediaman saya tidak terlibat seperti penduduk dikawasan rendah, tetapi jambatan saya pula yang roboh sedikit demi sedikit, ini lah projek saya kerana terpaksa membaiki semula.
Seperti kebanyaakan penduduk kampung yang berkeadan biasa-biasa sahaja ini, saya bukan orang luarbiasa! jadi kenalah melakukan sendiri menggunakan tenaga empat kerat.
Memang agak penat, penat sebab berdamping dengan usia lama.
Kebetulan sekarang musim cuti sekolah, saudara mara ramai yang kenduri kendara menyambut menantu. Sedikit sebanyak kita harus terlibat dengan kerja gotongroyong persiapan acara.
Itu semua biasalah bagi kami penduduk kampung, cumanya kita kadang harus melakukan beberapa pekara dalam satu hari, supaya kita tidak tertinggal diantara semua pekara penting tadi.
Dalam bersesak dengan waktu, saya masih
melakukan hal lain yang bersangkutan dengan diri saya sendiri.
Kami sempat lagi memanjat bukit bukau untuk melihat panorama alam disamping tersimpan secebis harapan untuk satu projek peribadi.
Jangan jadikan usia sebagai penghalang cita-cita.
Baiklah cukup dulu coretan saya buat kali ini, penjang umur jumpa lagi.
wassalam.
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!