February 10, 2023

CHAROLAIS Pakngah Saidin Penternak Lembu Secara Secara Orang Kampung

Assalamualaikum.

Salam hormat dan salam berbahagia

semua sahabat yang masih sudi meluangkam masa untuk hadir kesini.
Alhamdulillah saya lafaskan dan terima kasih saya ucapkan. Tak lupa saya doakan apa yang anda lakukan akan mendapat kejayaan.

Kali ini saya hendak kongsikan sedikit aktiviti sampingan penduduk kampung.
Kita pergi melihat ternakan lembu Pakngah Saidin, Kampung Carok Mokkan, Napoh, Jitra Kedah. Mungkin baka Charolais 😅

Setelah selesai menuai, adalah masa yang sesuai bagi petani melepaskan ternakan mereka didalam petak sawah.

Pemandangan di Kampung Charok Mokkan, Napoh ini pun sangat menarik, anak rumput yang baru tumbuh selepas padi dituai, tumbuh menghijau.

Tumbuhan anak rumput yang menghijau ini memberi peluang kepada lembu-lembu mendapatkan rumput segar, kalau sebelum ini rumput yang dipotong dan dibawa kekandang.

Peluang selepas musim menuai ini tidak dibiarkan begitu sahaja olih pakngah Saidin, beliu melepaskam lembu lembunya meragut dengan bebas dikawasan yang terkawal.



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



Pendapatan RM6000.00 Sebulan Pekerja Asing Meraih Pendapatan Yang Sangat Lumayan

Assalamualaikum.

Salam berbahagia dan selamat sejahtera semuanya.

Saya doakan dan berharap yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. Jangan lupa doakan kebaikan buat orang lain supaya kebaikan itu berbalik kepada kita juga..aaminn.
Dengan harapan juga agar hari ini hidup anda lebih indah dan ceria daripada hari semalam.

Seperti yang saya janjikan semalam, bahawa saya akan siarkan video dimana seorang pekerja ladang mengakui mendapat upah yang tinggi bekerja di Malaysia.

Warga Bangladesh ini bekerja diladang kelapa swwit diutara semenanjung. Dia juga berkata rata-rata pekerja disitu memperolehi pendapatan rm4000 ringgit keatas. Dan dia sendiri mendapat rm6000 pada bulan 12 yang lepas.


Kerja yang bahaya, pelepah sawit yang berat dan berduri


Bulan dua belas lepas RM6700.00 dapat gaji.


Mengumpul buah dari dalam ladang kekawasan tepi jalan, banyak tenaga digunakan.


Lapan ratus buat sendiri, lain semua antar kampung

Cerita Buruh Bangladesh



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 09, 2023

Pekerja Asing Gaji Lumayan Mampu Meraih Upah Sehingga RM6000.00 Sebulan

Assalamualaikum.

Salam muhibbah salam kenal salam ceria

untuk anda semua yang saya hargai. Dengan harapan anda semua senantiasa tenang tenang sahaja setiap hari.
Tentunya sebagai manusia, kita tidak lekang dari berbagai dugaan dalam kehidupan.

Baik buruk yang berlaku bukan petanda yang kita telah menang dan bukan petanda kita telah kalah. Tetapi sebagai petanda yang kita harus berwaspada supaya, apa yang kita menang jangan sampai kalah dan yang kita kalah, kita mesti bangkit kembali supaya kita menang.

Saya doakan kebaikan kebahagian kemenangan akan tetap menyebelahi anda. Tetaplah teguh dengan pendirian dan cita-cita.

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit gambar dan video tentang pekerja asing disini bolih mendapatkan gaji yang lumayan. Mereka bekerja diladang ladang sawit, dan sektor lain diseluruh Malaysia. 3D [dirty dangerous difficult] Kotor. Bahaya. Sukar. adalah sektor yang menghasilakan pendapatan lumayan.

Sebagai buruh ladang tentu kerja mereka sangat susah dan berat. Hanya mereka yang kuat semanggat dan bertenaga sahaja yang mampu melakukan kerja kerja ladang sawit.

Kita tidak bolih menyalahkan buruh asing mendapat upah besar, kerana kerja diladang tidak sama dengan kerja sawit dikampung kampung. Kerja sawit diladang harus kerja berterusan setiap hari, mereka cuti hanya pada hari yang telah ditetapkan.

Dari apa yang diberitahu sendiri olih mereka, mereka meperolehi pendapatan yang sangat lumayan berbanding pendapatan pekerja buruh dikampung kampung. Ini kerana cara dan masa kerja buruh kampung berbeza.

Adalah pekara biasa bagi kalangan mereka memperolehi upah RM4000.00 ringgit keatas. Ini semua kerana ketahanan mereka bekerja keras seharian demi untuk mendapatkan upah yang besar. Salah saorang buruh berkata pada bulan dua belas yang lepas dia mendapat upah RM6000.00 ringgit, hebat.

Saya rasa mereka berhak mendapat upah yang besar kerana, banyak masa kerja (3D) mereka dalam sehari. Video temubual salah saorang pekerja buruh dari Bangladesh saya akan siarkan besok.

Apakah tindakan yang harus diambil kerajaan, supaya buruh-buruh tempatan dapat upah yang sama? Bagaimana pandapat anda?

Cerita Buruh Bangladesh



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 08, 2023

Kolam Memancing Kg Haji Abas Satu Tempat Memancing Yang Sangat Sesuai Untuk Memanjakan Diri Beriadah

Assalamualaikum..
Salam berbahagia untuk semua

yang masih sudi datang kesini lagi hari ini.
Saya doakan semoga anda berbahagia bersama keluarga dan gembira dengan suasana kerja dan sabar menghadapi cabaran dilingkungan kerjaya yang anda lalui.

Dengan bersabar kita dapat menyelesaikan banyak masaalah, dan dengan bersabar kita dapat mengelak dari banyak masaalah.

Cuaca ditempat saya hari ini cerah dan baik sahaja nampaknya aktiviti orang kampung dapat berjalan dengan lancar.

Baik, dengan gembiranya saya meneruskan catatan saya....
Hari ini saya hendak kongsikan sedikit info berbentuk gambar dan video tentang Kolam Memancing Kg. Haji Abas.

Lokasi kolam memancing ini terletak di daerah Baling. Pemandangan kawasan kolam pancing tersebut sangat indah seperti dalam gambar dibawah. Dari kejauhan kelihatan Gunung Baling, gunung batu kapur.

Kalau kaki pancing, diaorang tahu lah kolam ini dimana. Kolam Memancing Kg Haji Abas. Hanya lima minit saja dari Bandar Baling.

Bagi orang luar daerah Baling, bila datang ke Baling bolih lah singgah sini memancing. Kolam Memancing Kg Haji Abas ini memang lama sudah ada.

kawasan sekitar kolam pancing

Dahulu ada banyak ekor rusa dipelihara disini, sekarang sudah tiada lagi sebab tidak menjadi, semua rusa dipindahkan ke Kelantan.

big praise to Norhisyam Rebin



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



February 07, 2023

ARIZONA - USA - Rumah Kami

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam berbahagia buat anda semua, semoga apa yang anda kerjakan hari ini akan berolih kejayaan dan kesempurnaan.

Hari ini hari selasa 07/02/2023 ingatkan baik-baik apa jadual anda hari ini? Apa kah pekara yang hendak dilakukan pada tarikh ini? Apa aktiviti perlu kita jalani, ada jemputan yang kena pergi? ada bayaran yang kena buat hari ini?

Dan mungkin ada jadual untuk bertemu dengan tuan Khodi? jumpa tok khadi.. pertemuan ini yang sangat penting! jangan sampai terlupa pulak! orang semua sudah tunggu kita.. kita pulak yang tidak sampai-sampai..! rosak program la..

Orang dah kecoh cari kita, anak cucu selongkar semua dalam kotak, bawah katil, eh.. awak berdentum berdentam kat kedai kopi.. ermm... maklum lah.. lupa..!

Jadi ingat balik apa jadual yang ada atau pekara penting yang kita kena lakukan pada hari ini.. jangan sampai akak-akak makcik-makcik masih duk buat bungkus tempe lagi.. orang dah lama tunggu kat masjid.. dah tak sabar nak nikah!

Yang kerja pejabat saya tidak tahu lah apa jadual yang selalu orang pejabat buat, sebab saya tidak kerja pejabat.. saya kerja chop sawit.. menoreh getah saja...😅

Ermm... jangan beratkan fikiran dengan kerja.. bawaklah berhibur hati biar jiwa tenang, insyaallah bolih awet muda..😅

Baiklah, kali ini saya letakan gambar-gambar dan video suasana atau keadaan dikediaman wakil kita di-Arizona, US.

Saya akan terus update dan kemaskini gambar video dari correspondent atau wakil kita di-Arizona, US. Kita doakan semoga wakil kita itu sentiasa sihat dan bersemanggat!
terima kasih.

big praise to Abdullah Mat Zain



salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!