November 16, 2020

Coronavirus: COVID-19. 15/11/2020

Tiga lagi kluster baharu. COVID-19 coronavirus. 15/11/2020.
Hari ini Kemeterian Kesihatan telah melaporkan bahawa tiga kluster baharu telah muncul, dalam pada itu, satu kluster sebelumnya telah diisytiharkan tamat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga kluster baharu itu dikesan di Sabah dan Johor.

Beliau berkata, Kluster Plaza dikesan di Kota Kinabalu dan kes indeks bagi kluster adalah kes ke-42,299, dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November lalu.

Katanya, kes indeks itu dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kota Kinabalu.

"Saringan hubungan rapat atau kontak rapat telah ditemukan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19 manakala sejumlah 19 individu sudah disaring.

"Kluster Jalan Kalabakan di Tawau membabitkan kes indeks iaitu kes ke-31,309 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober lalu dan sudah dimasukkan ke Hospital Tawau.

"Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Jeri pula dikesan di Kota Tinggi, Mersing dan Muar di Johor.

Beliau berkata, kes indeks bagi kluster Jeri dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Singapura pada 6 November lalu.

Katanya, hasil saringan hubungan rapat atau kontak rapat di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 26 kes positif COVID-19 dan kes itu ditempatkan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

"Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sejumlah 1,170 individu sudah disaring dan 26 kes dikesan positif COVID-19 termasuk tiga kes baharu dan 535 individu dikesan negatif, manakala 609 individu masih menunggu keputusan," katanya.

Sementara itu, Kluster Bah Arnab diisytiharkan tamat hari ini.

Beliau berkata, kluster itu direkodkan di Kuching, Sarawak dan seramai 72 individu sudah disaring setakat hari ini.

Katanya, seramai 12 kes dikesan positif COVID-19, manakala 60 individu lagi adalah negatif.

"Tiada kematian dilaporkan bagi kluster Bah Arnab ini," katanya.

Kita mestilah tidak mengabaikan SOP, dengan cara kita mematuhi SOP kita bolih mengelak dari penularan virus covid ini.
Walau pun sering diingatkan.. namun masih ada segelintir rakyat tidak mengambil berat akan merbahaya jangkitan virus ini kerana mereka tidak mematuhi SOP yang di tetapkan olih Kerajaan.


mylink





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 15, 2020

Ceroboh Hutan Simpan Lesong.

Assalamualaikum...
Bab ceroboh tanah atau hutan simpan ini bukanlah satu pekara baru, pencerobohan ini sudah lama berlaku dan akan terus berlaku jika tindakan tegas tidak diambil.

gambar hiasan
Pejabat Tanah dan juga Pejabat Hutan Negeri mesti berkerja sama untuk membenteras penceroboh-penceroboh ini. Jangan dibiarkan walau siapa sahaja yang menceroboh Tanah Kerajaan.

Jangan hanya digempur dan ditangkap hanya kepada sesetengah kumpulan penceroboh sahaja, sedangkan ada penceroboh yang lain masih bebas meneroka tanah simpanan kerajaan.

Faham lah dunia ini hanya melihat kepada wang ringgit sahaja. Siapa ada wang ringgit banyak meraka bebas melakukan apa sahaja sesuka hati. Dan mereka yang miskin dan susah tidak punya banyak wang ringgit, terutamanya orang melayu! dengan cepat sangat diambil tindakan.

Orang miskin tanam durian dan padi huma dihalau konon Kerajaan hendak jadikan Ladang Felcra, bila penceroboh yang kaya raya wang ringgit, mereka bebas hingga berpuluh tahun memakan hasil dari Tanah Hutan Simpan yang mereka ceroboh.

Pehak Kerajaan, mana-mana yang berkenaan dengan Hutan Simpan atau Tanah Kerajaan sila update kembali batu-batu sempadan yang dimiliki olih Ladang-ladang swasta yang berhampiran Hutan Simpan, sebab ada banyak wang ada banyak kuasa, orang kampung bolih lihat sahaja, pekara yang menjenkelkan hati ini.

Jika lima kali nasihat diberikan, bermakna sudah berapa lama itu.? Ada yang sampai Hutan Simpan Kekal untuk Tadahan Air pun bolih diceroboh tu, heran aku lah... semua pasal sapa duit banyak.. kalau orang Asli memang kena ganyang la...

gambar hiasan
gambar hiasan
Ini Berita Terbaru.

Rompin: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin mengesan aktiviti penerokaan secara haram kawasan Hutan Simpan Lesong seluas 18 hektar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengusahakan tanaman durian Musang King, di sini.

Pegawainya, Shairani Mamat berkata, kegiatan berskala besar itu dilakukan di Kompartmen 74 dan 75 membabitkan penggunaan pelbagai jentera berat untuk membersih dan meratakan kawasan selain aktiviti menanam pokok.

Katanya, tindakan tegas diambil berikutan kedegilan pihak terbabit terutama selepas lima kali sesi nasihat dan amaran diberikan supaya mereka memberhentikan kerja penerokaan seterusnya meninggalkan Hutan Simpan Lesong.

Menurutnya, serbuan semalam diketuai Pegawai Pemelihara Hutan Daerah (PPDH) Rompin Yusof Othman bersama lebih 10 anggota penguat kuasa yang sebelum ini beberapa kali melakukan intipan.

"Bagaimanapun amaran yang diberikan tidak dipedulikan pihak terbabit, justeru kita terpaksa bertindak tegas melakukan serbuan bagi memastikan pihak berkenaan dikenakan tindakan undang-undang.

"Kita menahan empat lelaki berumur antara 29 hingga 63 tahun, turut disita sebuah jentolak, masing-masing dua traktor dan jengkaut serta tiga kenderaan empat roda," katanya dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana kesalahan menceroboh dan berada dalam hutan simpan tanpa permit.

"Jentera yang disita ditempatkan di pusat simpanan barangan rampasan Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Temerloh," katanya.

Shairani berkata, selain Musang King, pihak terbabit turut menanam pokok durian belanda, nangka dan kelapa, mereka juga turut membina stor simpanan barangan dan pejabat dalam kawasan berkenaan.

"Pihak terbabit dipercayai akan membuka lebih luas kawasan tanaman durian Musang King kerana terdapat jentolak sedang melakukan kerja membersihkan hutan selain benih durian yang belum ditanam juga masih lagi banyak disimpan di tapak semaian.

"Kita memandang serius kegiatan menceroboh hutan simpan untuk aktiviti pertanian dan kegiatan lain tanpa lesen atau kebenaran, tindakan tegas menanti pihak yang bersalah," katanya.

Jentera Berat Yang Dirampas


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 14, 2020

Budak 12 Tahun Dirogol Tiga Lelaki.

gambar hiasan
Ini Ada Kes Yang Mengejutkan.

Perak: Saorang budak perempuan berusia 12 tahun telah menjadi mangsa rogol olih tiga lelaki dalam kejadian dirumah tumpangan di Hutan Melintang, Bagan Datok.

Kanak-kanak yang tinggal bersama ibu saudaranya dan sudah tidak bersekolah dipercayai melarikan diri dari rumah ibu saudaranya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mangsa kemudian pergi ke taman permainan berhampiran sebelum dihampiri dua lelaki.

Menurutnya, dua lelaki itu mengajak mangsa mengikuti mereka dan disebabkan tiada tempat untuk dituju, kanak-kanak itu kemudian bersetuju dan dibawa ke sebuah rumah tumpangan yang dihuni seorang lagi rakan suspek.

"Mangsa diajak melakukan hubungan seks dan perbuatan itu dilakukan bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek sebelum mangsa ditinggalkan sendirian di rumah berkenaan.

"Mangsa juga mengakui mengenali seorang daripada lelaki itu yang tinggal berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anuar berkata, ibu saudara mangsa berusia 24 tahun yang menyedari kehilangan kanak-kanak itu kemudian mencari anak saudaranya, namun gagal sebelum dia dihubungi seorang daripada suspek pada 7.40 malam.

Menurutnya, suspek memberitahu wanita itu anak saudaranya sudah dirogol dan mengugut supaya diberikan RM4,000 untuk membebaskan kanak-kanak itu.

Katanya, ibu saudara mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

"Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menahan seorang lelaki di Hutan Melintang pada 6.30 pagi hari ini ketika cuba mendapatkan wang dari wanita itu.

"Dua lagi lelaki ditahan setengah jam selepas itu dan polis turut merampas beberapa barangan termasuk kenderaan dan telefon bimbit," katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 33 tahun itu positif methampethamine dan dua daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan berada di Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut.

"Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik," katanya.

Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih memberi perhatian kepada kanak-kanak dibawah jagaan mereka, supaya pekara yang sama tidak berulang.! Walaupun suspek sudah diberkas, namun untuk sentiasa berwaspada adalah perlu. Lebih-lebih lagi jika kanak-kanak dibawah jagaan mereka bermasaalah pembelajaran.






Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 12, 2020

Janda Tiger Woods.

Menakjubkan ia telah hampir sedekad sejak dunia digegarkan oleh berita bahawa, superstar golf Tiger Woods mempunyai hubungan dengan ramai wanita, sehingga dianggarkan seramai 120 wanita, ketika masih lagi berkahwin dengan Elin Nordegren.

Tidak menghairankan akhirnya inilah punca membawa kepada perceraian mereka berdua pada tahun 2010.

Tiger Woods dan Elin Nordegren Dengan Penyelesaian: U$ 110 juta.

Tiger Woods dan Elin Nordegren sudah tidak aman setelah beberapa tahun berkahwin, semuanya kerana sikap playboy Tigers Woods. Akhirnya kedua-duanya telah bercerai pada tahun 2010 selepas enam tahun bersama-sama dan Elin Nordegren mendapat perbelanjaan hidup dia dengan anak-anaknya sebanyak U$ 110 juta daripada harta Tigers Woods."

Apakah perkembangan terbaru bekas isteri Tiger Woods sejak 10 tahun yang lalu?






Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 11, 2020

BUAYA SEBERAT 800KG DI BUNUH!

PETALING JAYA, SELANGOR. Seekor Buaya seberat 800 kg yang dijumpai didalam sebuah longkang berhampiran sebuah sekolah di Limbang, wlau bagaimana pun buaya tersebut terpaksa dimatikan kerana luka yang parah dikepala disebabkan tembakan.

"Pihak keselamatan mensyakki sesaorang telah menembak buaya tersebut sebelum Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dapat sampai ke lokasi buaya dijumpai," Kataya CEO Zolkipli CEO Atom Sarawak Forestry Corporation (SFC) di The Star.

"Kami di SFC sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti siapa yang menembak buaya tersebut," katanya.

Reptilia sepanjang 5m itu terperangkap di dalam longkang berhampiran SK St Edmund di Limbang, setelah diketahui bahawa ia telah ditembak mati.

Pihak (SFC) mengambil keputusan menghantar bangkai buaya tersebut ke pusat 'perlindungan alam' dipinggir bandar untuk dikebumikan.


pera





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!