November 14, 2020

Budak 12 Tahun Dirogol Tiga Lelaki.

gambar hiasan
Ini Ada Kes Yang Mengejutkan.

Perak: Saorang budak perempuan berusia 12 tahun telah menjadi mangsa rogol olih tiga lelaki dalam kejadian dirumah tumpangan di Hutan Melintang, Bagan Datok.

Kanak-kanak yang tinggal bersama ibu saudaranya dan sudah tidak bersekolah dipercayai melarikan diri dari rumah ibu saudaranya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mangsa kemudian pergi ke taman permainan berhampiran sebelum dihampiri dua lelaki.

Menurutnya, dua lelaki itu mengajak mangsa mengikuti mereka dan disebabkan tiada tempat untuk dituju, kanak-kanak itu kemudian bersetuju dan dibawa ke sebuah rumah tumpangan yang dihuni seorang lagi rakan suspek.

"Mangsa diajak melakukan hubungan seks dan perbuatan itu dilakukan bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek sebelum mangsa ditinggalkan sendirian di rumah berkenaan.

"Mangsa juga mengakui mengenali seorang daripada lelaki itu yang tinggal berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anuar berkata, ibu saudara mangsa berusia 24 tahun yang menyedari kehilangan kanak-kanak itu kemudian mencari anak saudaranya, namun gagal sebelum dia dihubungi seorang daripada suspek pada 7.40 malam.

Menurutnya, suspek memberitahu wanita itu anak saudaranya sudah dirogol dan mengugut supaya diberikan RM4,000 untuk membebaskan kanak-kanak itu.

Katanya, ibu saudara mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

"Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menahan seorang lelaki di Hutan Melintang pada 6.30 pagi hari ini ketika cuba mendapatkan wang dari wanita itu.

"Dua lagi lelaki ditahan setengah jam selepas itu dan polis turut merampas beberapa barangan termasuk kenderaan dan telefon bimbit," katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 33 tahun itu positif methampethamine dan dua daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan berada di Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut.

"Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik," katanya.

Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih memberi perhatian kepada kanak-kanak dibawah jagaan mereka, supaya pekara yang sama tidak berulang.! Walaupun suspek sudah diberkas, namun untuk sentiasa berwaspada adalah perlu. Lebih-lebih lagi jika kanak-kanak dibawah jagaan mereka bermasaalah pembelajaran.






Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 12, 2020

Janda Tiger Woods.

Menakjubkan ia telah hampir sedekad sejak dunia digegarkan oleh berita bahawa, superstar golf Tiger Woods mempunyai hubungan dengan ramai wanita, sehingga dianggarkan seramai 120 wanita, ketika masih lagi berkahwin dengan Elin Nordegren.

Tidak menghairankan akhirnya inilah punca membawa kepada perceraian mereka berdua pada tahun 2010.

Tiger Woods dan Elin Nordegren Dengan Penyelesaian: U$ 110 juta.

Tiger Woods dan Elin Nordegren sudah tidak aman setelah beberapa tahun berkahwin, semuanya kerana sikap playboy Tigers Woods. Akhirnya kedua-duanya telah bercerai pada tahun 2010 selepas enam tahun bersama-sama dan Elin Nordegren mendapat perbelanjaan hidup dia dengan anak-anaknya sebanyak U$ 110 juta daripada harta Tigers Woods."

Apakah perkembangan terbaru bekas isteri Tiger Woods sejak 10 tahun yang lalu?






Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 11, 2020

BUAYA SEBERAT 800KG DI BUNUH!

PETALING JAYA, SELANGOR. Seekor Buaya seberat 800 kg yang dijumpai didalam sebuah longkang berhampiran sebuah sekolah di Limbang, wlau bagaimana pun buaya tersebut terpaksa dimatikan kerana luka yang parah dikepala disebabkan tembakan.

"Pihak keselamatan mensyakki sesaorang telah menembak buaya tersebut sebelum Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dapat sampai ke lokasi buaya dijumpai," Kataya CEO Zolkipli CEO Atom Sarawak Forestry Corporation (SFC) di The Star.

"Kami di SFC sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti siapa yang menembak buaya tersebut," katanya.

Reptilia sepanjang 5m itu terperangkap di dalam longkang berhampiran SK St Edmund di Limbang, setelah diketahui bahawa ia telah ditembak mati.

Pihak (SFC) mengambil keputusan menghantar bangkai buaya tersebut ke pusat 'perlindungan alam' dipinggir bandar untuk dikebumikan.


pera





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 10, 2020

Perlaksanaan PKPB Seluruh Negara Kecuali Perlis Kelantan Pahang.

Assalamualaikum...

Apa khabar anda semua hari ini? Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga. PKPB sudah bermula.. semua pegerakan mungkin sangat terbatas. Bagi mereka yang tinggal dikawasan yang luas, keterbatasan yang dirasa sangat berbeza dengan mereka yang tinggal dikawasan sempit.

Upamanya mereka yang tinggal dikampung, Taman Perumahan, Rumah Bertingkat atau Rumah Flet, suasana terbatas itu sangat berbeza.

Ada juga orang politik menggunakan suasana Covid-19 ini untuk menjadikan modal bercakap politik, kata orang mengambil kesempatan, memperkotak katikkan pemikiran rakyat bagi kepentingan politik.

Sekian untuk hari ini, patuhi SOP. jumpa lagi.


Dibawah ini ada petikan berita untuk hari ini.bukan dari orang politik


PETALING JAYA: Dua kumpulan perubatan berkata, tiada keperluan untuk Putrajaya melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

Akademi Perubatan Malaysia (AMM) serta Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial memberitahu FMT, PKPB tidak akan menyelesaikan krisis Covid-19 kerana ia hanya mampu mengurangkan kes baru buat sementara.

Hujung minggu lalu, kerajaan mengumumkan PKPB selama sebulan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Kerajaan berkata, ia susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri terbabit dan PKPB untuk semua 7 negeri itu bermula semalam hingga 6 Dis ini.

AMM berkata, pihaknya bingung dengan keputusan kerajaan kerana tiada tanda menunjukkan lonjakan kes di luar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Malah di Pulau Pinang, banyak kes baru dalam beberapa minggu lalu berlaku di penjara dan jumlah kes komuniti secara relatifnya kecil, yang boleh ditangani dengan melakukan pengesanan, ujian dan pengasingan secara agresif.

“Kami meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan menjelaskan sains di sebalik keputusan mengenakan PKPB secara meluas yang akan memberi kesan buruk terhadap kehidupan ramai.”

Katanya, Lembah Klang mempunyai kapasiti cukup untuk menangani kes baru Covid-19, yang bermakna sekatan pergerakan tidak diperlukan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Khalib berkata, walaupun perlu menekan butang panik, langkah seperti PKPB hanya bertujuan menangani penularan penyakit berjangkit dalam sempadan kawasan ditentukan, bukannya meliputi beberapa negeri.

“PKP adalah instrumen tumpul dan langkah sementara terbaik. Ia bukan penyelesaian. Ia bukan tongkat sakti untuk penularan penyakit jenis ini dan ia tidak boleh dilaksanakan terlalu lama atau ia akan merosakkan ekonomi tempatan serta kehidupan.”

Susulan penutupan itu, Azrul berkata, mungkin terdapat penurunan jumlah kes baru, tetapi beliau meramalkan lonjakan kes akan berulang melainkan rakyat, terutamanya ahli politik dan penjawat awam, mematuhi SOP. Beliau berkata, tiada gunanya penutupan separa atau tidak, kecuali rakyat memahami kepentingan amalan selamat seperti memakai memakai pelitup muka dan mencuci tangan.

“Ketika ini, mustahil untuk meramalkan bila dan bagaimana situasi akan bertambah baik, tanpa kehadiran vaksin yang selamat dan berkesan. Tiada siapa boleh meramal masa depan. Namun, pematuhan SOP adalah kunci untuk memastikan jumlah kes kekal terkawal.”

Photo by CDC on Unsplash
Photo by CDC on Unsplash






Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



November 05, 2020

Hubungan xaturen dengan burdibird facebook serta burdibird youtube channel.

Assalamualaikum...

Hai saudara saudari yang dikasihi sekelian.. erm...
Maaf lama dah tak update blog saya ini... Masa begitu cepat berlalu... Andai sesiapa yang masih mengigati... Saya is benarnya masih ada lagi... huhu... Cuma tak lancar lagi idea nak menulis apa..!

Buat julung-julung kalinya... setelah sekian lama saya senyap .. waktu ini covid-19 semakin marak.. mulai besok seluruh negeri dikenakan PKPB kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang tidak dikenakan PKPB setakat ini.

Saya cuba menulis sesuatu...

Baiklah kali ini saya ingin berkongsi laman sosial saya yang lain...

YouTube Channel,
Dan juga Facebook pages saya.


Saudara saudari bolih klik link dibawah ini. Senang-senangkan hati sila lawati FB dengan YOUTUBE saya..