April 14, 2013

Susah Senang Ku Tanggung Juga.

Assalamualaikum...

Salam berbahagia semua.. apa khabar anda hari ini? hari ini hari Ahad.
Anda tidak ada apa-apa rencangan hendak bercuti kemana-mana ke? Selepas anda seminggu bekerja mungkin anda tertekan kerana banyak kerja hendak dibereskan.. jadi jika ada terluang pada hari ahad inilah masanya anda menghiburkan hati sendiri dengan berpergian kema-mana yang bolih memenuhi hobi dan memberi ketenangan serta kegembiraan kepada anda.

Adat diperantauan susah senang kena tempuhi juga..
Hari ini saya masih lagi kat rumah sewa, baru sekejap tadi mencuci segala macam pakaian yang berlonggok penjuru dinding. Nak cuci setiap hari manalah ada masa.. balik kerja lepas makan main game! ha.. ha..
Lagipun malaslah nak basuh hari-hari ni.. simpan saja sampai belonggok lepas tu baru basuh le.. apa nak buat kalau sudah tinggal kesaorangan begini semua kena buat sendirilah..

Jangan ikut contoh seminggu tak basuh pakaian macam ini kecuali anda ada stok pakaian yang banyak ok.. sebab pakaian kemas dan bersih memberi penampilan yang dihormati! jangan suka pakai pakaian yang sudah digunakan serta berbau, kerana ia membayangkan keperibadian sesaorang itu.

Penampilan yang kemas baik untuk pandagan umum, jika serabut penampilan orang tidak peduli.. bila orang tidak peduli saham kita jatuh, kita cakap pun orang tidak berapa percaya.
Sebab itu bila hendak interview kerja, kita mesti berpakaian kemas supaya menarik dan dipercayai. Dan jangan memakai cermin mata hitam! pakailah cermin mata jernih kalau anda rabun, sentiasa perhatikan mata bila berbicara dengan penemuduga!

Okeys... demi kasih dan sayang kepada keluarga tercinta, semua susah payah diperantauan ku tanggung juga. Sayangku hanya, hanyalah untuk kamu.

sekian. wassalam.

Dalam laluan menuju kewarung makan yang enak!

Kempen PRU 13 hebat melanda Felda Terolak Selatan, sila undi UMNO dan BN untuk Najib dan Negara!

Sekolah Kebangsaan Terolak Selatan.

Ha... inilah warung yang makananya sedap juga.. ada ikan bakar juga..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 12, 2013

Hari Juma'at Jumpa Dua Ekor Kucing.

Assalamualaikum...

Pagi tadi bangun awal sikit sebab ada keja hendak dibereskan segera, tidak bolih tunggu petang sebab petang selalu hujan.. jalan agak lengang sikit masih kurang kenderaan yang lalu.

Sebelum jalan, pergi Petronas dulu isi minyak full tank! isi penuh pun tak pe.. moto Modenas saja.. lepas tu jalan ke Terolak Selatan, pranggggg.... pranggg.... pulas minyak, minyak baru isi pulas saja lah... semua boss yang tanggung! rumah, kereta, moto, minyak, tol.. jika melalui tol.

Moto kat sini bunyi kuat...! macam bunyi helicopter.. ha. ha.. sejuknya jalan pepagi macam ni.. masih ada kabus sikit-sikit tambah sejuk le.. lepas tu singgah kat warung kat sebelah Sekolah Kebangsaan Terolak Selatan sarapan dulu...

Sebab apa bawak moto saja..? sebab senang panjat bukit-bukau kat situ..
fuhh... bila sampai kat puncak bukit tu.. nyaman udara dan suasana kat situ.. tongkat saja moto baru nak tinjau-tinjau kan.. eh.. ada kelibat saekor Kucing hutan, agak besar juga tu.. matanya tegak tak berkelip, lama juga dia tenung saya biasa nya binatang hutan akan lari lingtang pukang kalau nampak manusia kan?

Sempat lagi ambil handpone tangkap gambar.. sayang tidak berapa jelas! memang kalau handpone mahal tak terang ye.. kenape heh..! ha.. ha..
Habis tu saya tanya dia, hang pagi-pagi ni nak pi mana..? dia lompat hilang dalam semak..

Nak jadi ceritanya pada sebelah tengah hari, saya beli nasi tapau kat warung yang sama, balik rumah baru tangah makan dua tiga suap.. eh.. eh.. ada pulak sekor kucing jantan megiu.. masuk rumah mintak makan, saya kata nak makan ke? mai la sini.. eh dia datang.. bagi lah nasi dengan lauk yang saya makan... dia bedalnya lauk dulu pas tu baru makan nasi.

Lepas makan siap berehat cuci mulut kat depan pintu bilik atas alas kaki, saya biarkan saje..
okeh.. cukuplah, nanti penat baca!
Semoga anda sihat ceria selalu ye..

sekian. salam hormat.
wassalam.

Kucing Hutan, tengoklah sampai nampak!

Kucing cari makan, dia makan ikan dulu..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 11, 2013

Hanya Untukmu Duhai Kekasihku.

Assalamualaikum...

Macam mana cuaca ditempat anda? semalam masa balik kerja dalam pukul lima lebih, hujan turun mencurah-curah.
Kemudian gerimis sampai kemalam... bagaimanapun saya harap cuaca dalam diri anda semua cool saja okey.. jangan cepat panas atau cepat naik angin, nanti kekawan lari.. ha.. ha..

Seksanya bila waktu malam hujan gerimis.. sejukk.. kat Slim River ni, biasanya kat Kelang waktu malam kena pasang pendigin udara, sebab panas! tapi kat sini cuaca malam sejuk betul.

Lebih-lebih lagi tidak ada kawan hendak dibuat teman.. teman memalam hari!? apa nak buat, selimut saje lah sampai ke pagi..

Okeh... jangan difikir pasal saya yang kesaorangan kat sini... :(
Kita masing-masing ada kehidupan sendiri yang mesti kita lalui, saya tidak memikirkan sangat, kerana sesusah-susah kita, masih ada lagi insan lain yang hidup lebih susah. Juga jika kita merasakan kita ini senang, masih ramai lagi yang hidup lebih senang daripada kita kan..

Kita, tidak salah kalau memikirkan bagaimana orang lain lebih senang [kaya] tapi janganlah sampai tahap merana badan! harus juga mencari kelainan dalam hidup untuk menambah baik keadaan disamping itu teruskan pekerjaan kita seperti biasa..

Dalam keluarga kita sekalipun, semua tidak mungkin sama, ada yang mampu naik Haji, walau masih muda dan sudah Umrah, tahun ni masih berkemampuan Umrah nak pergi lagi...

Pada 16hb/05/2013 ini satu rombongan keluarga nak pergi Umrah. Mereka berkumpul kat Putrajaya. Semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali.
Sebenarnya [keluarga sendiri, kawan, kekasih tidak pernah tahu saya mempunyai blog ini!] dan mereka tidak mungkin baca ini semua.. hanya anda yang setia mendengar nukilan saya disini.. ha. ha..
Terima kasih kerana masih setia kemari..

ermm.. Senikata lagu dibawah ini ditujukan khas buat ahli Keluargaku Tersayang.[Pontian], Ibu dan Ayah dikampung. [Air Kepar], Adik Abdullah. [Putrajaya], juga buat Cik Nur 'A' [Melaka].
wassalam.


Sikapmu.. tawamu.. hadir dimataku..

Yang membuat aku jadi rindu..
Rindu kepadamu..
Hati ku.. jiwaku hanyalah untukmu, hanya untukmu duhai kekasaihku..
o.o.oo.. habis satu.. tambah satu, bahagia engkau berikan..
Dan disetiap waktu, kau sirami aku dengan kasih sayang..

Sikapmu.. tawamu.. hadir dimataku..
Yang membuat aku makin sayang.. sayang kepadamu..
u.u.u.. habis satu, tambah satu, bahgiakanku berikan..
Tiada habisnya, kasih sayangku terhadap, dirimu..

Walau berjuang untuk selamanya..
Cintaku tetap hanyalah dirimu..
Akan berdua untuk selamanya...


sunting23/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!


April 09, 2013

Slim River - Felda Terolak.

Assalamualaikum...

Salam hormat tuan-puan, adik kakak.. apa khabar hari ini? semoga anda semua sihat ye..

Hari ini saya berada di Terolak dekat Slim River Perak.

Ini pertama kali datang kesini, udara segar kat sini sebab banyak pokok-pokok menghijau, berpemandangan bukit dan gunung berkabus sayup mata memandang.

Semalam petang raund kat dalam kawasan Felda Terolak, masa dalam perjalanan ketempat semaian Felda tu, untuk cari benih sawit.

Inilah duit punya pasal bukit-bukau yang begini punya tinggi pun habis ditarah buat tanam sawit, jika tidak berapa bermodal.. lupakan saja kalau berhajat hendak jadi tokey ladang sawit, kerana banyak wang diperlukan untuk membeli dan mengerjakan ladang ini.

Keluasan tanah saja 200 ekar lebih. Agak lah sendiri kalau kita hendak membelinya..?

Atasnya jalan Lebuhraya Utara Selatan. Saya melaluinya setiap hari untuk keladang ini. Selepas lintasan ini ada jalan lama utara selatan la kut, saya pun tak pasti. Dari sini untuk sampai keladang pun jauh lah juga rasanya dalam enam km untuk sampai.

Ladang Sawit tahap gaban.. sebab bukit bukau berbatu, dan ada kawasan curam pun tanam sawit jugak.. agaknya bagaimana hendak petik sawit itu nanti..?

Harta yang dikerjakan ini tentunya untuk keturunan tuan punya ladang ini, jika untuk dia sendiri, duit buat modal saja tak habis pakai dua tiga keturunan ooii.. memang besar lah jumlah kapital nya kata orang.

Dikawasan pejabat Risda Semaian.

Bunga kuning diatas bukit ini, cuba teka bunga apa?


edited15/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



April 07, 2013

Bandar Kelang Ramai Pekerja Asing.

Assalamualaikum...

Apa khabar anda semua? harap anda semua sihat dan ceria selalu ye..

Tentu anda semua heran, kenapa sudah berhari-hari saya tidak buat entry terbaru kan..

Sebabnya selain dari sibok dengan kerja alasan lain ialah laptop saya jahanam.. tahu tak apa itu jahanam? ertinya laptop rosak le..

Puas juga cari masa nak betulkan bende tu.. last pergi Kelang cari kedai computer, berpusing-pusing lah kat sana, sebab jarang pergi bandar Kelang ini.

Fuh... ramainya manusia kat Bandar Kelang hari ini... macam-macam orang pun ada, kebanyakan memenuhi isi bandar adalah para pekerja asing yang berkerja dedaerah ini. Untung lah peniaga disini sebab ramai pelangan..

Hari pun masih panas lagi walaupun sudah pukul tiga petang.. sekali ternampak kedai Cendol Kelang, terasa hendak cuba lah cendol kelang ini, tapi bila dekat depan kedai sekali lihat yang menyediakan dan pelayannya macam cina, macam siam, macam gurka! aii.. pelik lah pulak...!

Tahan le dahaga sekejap... nanti cari mesin air tin, tekan air tin perasa halia bergas, fuh.. memang sejuk sedap.. he..he..

Ada satu kakak tu.. tak tau pulah dia tu asal dari mana.. buat selembe.. saje duduk kat kaki lima jalan, sebab sudah terlalu penat agaknya. Saiz badannya pun macam terover nampak.. tu..la.. kan dah semput..

Mana letaknya kedai computer ni.. sudah dua kedai tanya tak ada barangnya.. macam mana nak buat.

Akhirnya masuk satu Komplek membeli-belah kat aras bawah baru jumpa kedai yang bolih betulkan laptop saya ni.. erm.. habis juga duit, buat makan KFC pun sodap tu.. apa bolih buat.. kenalah betulkan juga...

okey... habis cerita laptop, mai cerita lain pulak! cerita demam pilihan raya, pilihan raya dah dekat ni.. anda sudah buat keputusan ke hendak pilih parti ape?

Pilihan raya ini penting kita ambil berat..! sebab ia akan menentukan hala tuju Negara kita untuk tahun-tahun yang akan datang.. kepada anda yang layak dan sudah mendaftar sebagai pengundi, jangan lepaskan peluang untuk mengundi pada tahun ini..

Jangan sibok memanjang pasal politik, kutuk pemimpin-pemimpin yang ada.. sedangkan diri sendiri tidak pernah mendaftar sebagai pengundi! nak nasihat pun bukannya budak-budak lagi... kalau kawin sudah pandai jadi bapak..!

Tapi itulah... kecuh menghentam UMNO segala macam, depan bangsa lain pulak tu.. erm... sedangkan dia tidak pernah mendaftar pun. dan tidak pernah mengundi pun... adoohhh... macam ini olang pun ada oo..

Saya sudah dapat surat dari SPR suruh buang undi diKedah sana nun.. pasti balik kampung lagi ni..

Best aa.. balik kampung... dapat juga lihat bekas kekasih... ermm..

okey aa.. jumpa lagi,
wassalam.

Pasaraya Segi - Telok Panglima Garang.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!