April 09, 2013

Slim River - Felda Terolak.

Assalamualaikum...

Salam hormat tuan-puan, adik kakak.. apa khabar hari ini? semoga anda semua sihat ye..

Hari ini saya berada di Terolak dekat Slim River Perak.

Ini pertama kali datang kesini, udara segar kat sini sebab banyak pokok-pokok menghijau, berpemandangan bukit dan gunung berkabus sayup mata memandang.

Semalam petang raund kat dalam kawasan Felda Terolak, masa dalam perjalanan ketempat semaian Felda tu, untuk cari benih sawit.

Inilah duit punya pasal bukit-bukau yang begini punya tinggi pun habis ditarah buat tanam sawit, jika tidak berapa bermodal.. lupakan saja kalau berhajat hendak jadi tokey ladang sawit, kerana banyak wang diperlukan untuk membeli dan mengerjakan ladang ini.

Keluasan tanah saja 200 ekar lebih. Agak lah sendiri kalau kita hendak membelinya..?

Atasnya jalan Lebuhraya Utara Selatan. Saya melaluinya setiap hari untuk keladang ini. Selepas lintasan ini ada jalan lama utara selatan la kut, saya pun tak pasti. Dari sini untuk sampai keladang pun jauh lah juga rasanya dalam enam km untuk sampai.

Ladang Sawit tahap gaban.. sebab bukit bukau berbatu, dan ada kawasan curam pun tanam sawit jugak.. agaknya bagaimana hendak petik sawit itu nanti..?

Harta yang dikerjakan ini tentunya untuk keturunan tuan punya ladang ini, jika untuk dia sendiri, duit buat modal saja tak habis pakai dua tiga keturunan ooii.. memang besar lah jumlah kapital nya kata orang.

Dikawasan pejabat Risda Semaian.

Bunga kuning diatas bukit ini, cuba teka bunga apa?


edited15/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



April 07, 2013

Bandar Kelang Ramai Pekerja Asing.

Assalamualaikum...

Apa khabar anda semua? harap anda semua sihat dan ceria selalu ye..

Tentu anda semua heran, kenapa sudah berhari-hari saya tidak buat entry terbaru kan..

Sebabnya selain dari sibok dengan kerja alasan lain ialah laptop saya jahanam.. tahu tak apa itu jahanam? ertinya laptop rosak le..

Puas juga cari masa nak betulkan bende tu.. last pergi Kelang cari kedai computer, berpusing-pusing lah kat sana, sebab jarang pergi bandar Kelang ini.

Fuh... ramainya manusia kat Bandar Kelang hari ini... macam-macam orang pun ada, kebanyakan memenuhi isi bandar adalah para pekerja asing yang berkerja dedaerah ini. Untung lah peniaga disini sebab ramai pelangan..

Hari pun masih panas lagi walaupun sudah pukul tiga petang.. sekali ternampak kedai Cendol Kelang, terasa hendak cuba lah cendol kelang ini, tapi bila dekat depan kedai sekali lihat yang menyediakan dan pelayannya macam cina, macam siam, macam gurka! aii.. pelik lah pulak...!

Tahan le dahaga sekejap... nanti cari mesin air tin, tekan air tin perasa halia bergas, fuh.. memang sejuk sedap.. he..he..

Ada satu kakak tu.. tak tau pulah dia tu asal dari mana.. buat selembe.. saje duduk kat kaki lima jalan, sebab sudah terlalu penat agaknya. Saiz badannya pun macam terover nampak.. tu..la.. kan dah semput..

Mana letaknya kedai computer ni.. sudah dua kedai tanya tak ada barangnya.. macam mana nak buat.

Akhirnya masuk satu Komplek membeli-belah kat aras bawah baru jumpa kedai yang bolih betulkan laptop saya ni.. erm.. habis juga duit, buat makan KFC pun sodap tu.. apa bolih buat.. kenalah betulkan juga...

okey... habis cerita laptop, mai cerita lain pulak! cerita demam pilihan raya, pilihan raya dah dekat ni.. anda sudah buat keputusan ke hendak pilih parti ape?

Pilihan raya ini penting kita ambil berat..! sebab ia akan menentukan hala tuju Negara kita untuk tahun-tahun yang akan datang.. kepada anda yang layak dan sudah mendaftar sebagai pengundi, jangan lepaskan peluang untuk mengundi pada tahun ini..

Jangan sibok memanjang pasal politik, kutuk pemimpin-pemimpin yang ada.. sedangkan diri sendiri tidak pernah mendaftar sebagai pengundi! nak nasihat pun bukannya budak-budak lagi... kalau kawin sudah pandai jadi bapak..!

Tapi itulah... kecuh menghentam UMNO segala macam, depan bangsa lain pulak tu.. erm... sedangkan dia tidak pernah mendaftar pun. dan tidak pernah mengundi pun... adoohhh... macam ini olang pun ada oo..

Saya sudah dapat surat dari SPR suruh buang undi diKedah sana nun.. pasti balik kampung lagi ni..

Best aa.. balik kampung... dapat juga lihat bekas kekasih... ermm..

okey aa.. jumpa lagi,
wassalam.

Pasaraya Segi - Telok Panglima Garang.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 25, 2013

Salam Sayang Untuk Kamu.

Assalamualaikum...

Salam hormat serta salam sayang semua!
Moga anda semua yang sudi ziarah kesini berada didalam keadaan sihat sentiasa.

Buat sesaorang yang saya sayang juga, diharapkan kamu kini berada didalam suasana yang aman saja.
Harapanku agar kamu tenang-tenang saja walaupun kita kini jarang lagi bertemu, mungkin sekarang bukan masa lagi kita berjumpa, bersabar saja mungkin tidak lama lagi kita akan bertemu juga.
Sebelum itu teruskanlah kehidupan kamu seperti biasa, jaga dirimu baik-baik.. ingatlah yang diri kamu ada orang yang menyayagi. Dan bagai kata orang 'biar jauh dimata, namun kasih kita tetap dihati'.
Seperti janjiku dahulu, yang aku tetap sayang kamu walaupun kita berjauhan. Bagai apapun cabaran yang mendatang namun tetap aku sayang hanya kamu.

Aku harap kamu juga menyimpan kasih kita jauh didalam hatimu supaya tiada akan mudah jatuh atau tertumpah dimana-mana.
Aku sangat yakin kemeriahan bandar 'M' tidak akan sesekali mengugat kasihmu pada aku. Percayalah jika tiada kamu dihati ini, nercaya tiada cerialah hidup aku, jadi kuncilah kasihmu didalam hatimu agar kasih aku tiada untuk siapa melaikan untuk kamu.

Sekian, salam sayang untuk kamu 'A' dari yang selalu mengigati kamu 'Z'

wassalam.


sunting23/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!


March 18, 2013

Pengajaran Lahat Datu.

Assalamualaikum...

Salam berbahagia semua, apa yang anda sedang fikirkan apabila ketika mula mendapat khabar yang Negara kita diceroboh diLahat Datu sana?

Apakah anda tidak merasa apa-apa langsung didalam diri anda? Apakah anda sibuk sehinggakan terlupa yang kejadian tersebut sangat besar pengajaranya terhadap Negara Kita.

Mungkin anda tidak terlibat secara langsung dalam kes ini, maka sudah tentunya anda tidak merasai apa-apa, anda hanya berdoa supaya kerajaan akan mengambil tindakan yang betul untuk menyelesaikan isu ini dengan segera.

Ok.. betulah kalau begitu.. sebab kita orang biasa ini tidak mampu hendak membuat keputusan yang bolih mempegaruhi kepimpinan yang ada.

Hanya mungkin didalam fikiran anda, yang kita ini telah tersilap membuat percaturan berkenaan dengan keselamatan Negara. Atau mungkin juga kita terperanjat dengan musuh-musuh yang tidak disangka ini.

Saya pun tidak reti nak cakap apa-apa kerana hal yang membabitkan Pulau Batu Putih masih lagi bermain difikiran... masih ramai orang yang belum lagi dapat menerima kehilangan P. Batu Putih.

Kita harus sentiasa awas dengan jiran kita yang berada disekeliling kita, kerana mereka tidak jujur dan sentiasa mencari jalan hendak mencuri apa-apa saja daripada kita.

Untuk pengatahuan pemerentah atau kerajaan Malaysia, kita berharap segera mengambil tindakan bijak bagi melindugi pulau-pulau yang ada diperairan kita.

Jangan diberi peluang untuk mereka mencuri dalam senyuman, pastikan pulau-pulau yang ada, tidak diduduki olih warga asing, jangan dibiarkan sama sekali membina penempatan apa lagi membina atau mengelola bangunan batu contoh seperti pusat kajian sains, pusat pelancungan, rumah api dan sebagainya.

Jika dibiarkan dikelolakan olih 'Warga Asing' atau sumber keuwagan 'Negara Asing' maka lambat laun mereka akan menuntut bahawa harta benda itu mereka yang punya.

Jangan sesiapa cuba ketawa... tapi hendaklah menangis semahu-mahunya..... kerana ini telah berlaku....

Saya harap segera diambil tindakan sewajarnya diatas pulau-pulau yang masih ada, supaya kita tidak menggigit jari lagi seperti kehilangan P. Batu Putih.

sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 16, 2013

Anak Perempuan David Beckham.

Dia hanya hanya berumur 19-bulan, tetapi Harper Beckham sudah meminati bola sepak. Gadis kecil comel ini dilihat bersorak pada bapanya ketika bapanya beraksi dipadang.

Go Daddy! Harper, 19 bulan, sudah jadi peminat bola sepak kerana dia mengetuai keluarganya bersorak untuk David di Paris.
Kelihatan duduk dibawah ialah abang Harper iaitu Cruz 8th.

Berada dipangkuan ibunya Victoria 38th sambil berdiri, Harper kelihatan sebagai pemberi semangat kepada Beckham untuk membantu pasukannya menang 2-0 dalam perlawanan tersebut, perlawanan berlansung di Parc des Princes di ibu kota Perancis.

Harper masih kecil untuk memahami peraturan bola sepak! ada ketikanya, Ted ayah David telah dilihat menjelaskan sesuatu kepada cucunya kesayanganya.

Brooklyn 14th dan Romeo 10th kelihatan gembira berbual sesama mereka ketika rehat separuh masa permainan.

David seolah-olah didorong oleh sokongan semua ahli keluarganya sebagai satu pasukan, bagi memenangi perlawanan 2-0.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!