February 12, 2013

Aku Sayang Kamu Selamanya!

Kelmarin hujan renyai-renyai dari pagi sampai kepetang, jadi tidak bolih buat apa-apa aktiviti luar...
So, duduk rumah saja sampai kepetang.. ada sorang teman ajak keluar kepekan, tapi saya tidak pergi sebab sedap terperap kat bilik time cuti-cuti ni.. he.. he..

Assalamualaikum...
hai.. awak ada pergi Gong Xi Fa Cai kat rumah member cina tak..?

Apa pasal tak pergi.... rugi la... sebab depa ada sedia banyak buah limau serta jajan untuk awak semua yang datang kat rumah dia tau..
Okey lah.. pergi je pada tahun depan.. ahak.. ahak..

erm.. kejap lagi saya nak kena betulkan paip air kat bilik air tu.. dah bocor pulak dia, memang tak bolih tengok orang nak senang sikit, ada-ada saja nak kena buat.
Tak betulkan tak bolih, sebab air sudah meresap kat dinding simen tu.. kalau dibiar mau roboh bilik air tu pulak!

Awak tahu tak, bila cuti panjang begini dan banyak masa lapang.. sidia juga yang segera menyelinap masuk kedalam fikiran, entah kenapa hati ini jadi berdebar kencang bila teringatkan dia!
Semakin dicuba menyibukkan diri tapi dia juga yang bermain dimata..

Semoga dia berbahagia dihari cuti-cuti begini... nantikan saja, kita akan bertemu juga.
Walaupun berjauhan ini terasa berat hendak dilalui, namun ini juga dugaan kita yang mesti ditempuhi.

Seperti yang ingin kau tahu, aku ulanggi lagi yang Aku Sayang Kamu Selamanya.
Salam sayang buat CNA, wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




February 11, 2013

Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum. dan salam sejahtera.

I would like to wish "GONG XI FA CAI" - Happy Chinese New Year - to all my friends, and readers of my Blog, also to my boss and my co worker..
May you have a happy and prosperous new year..

Hari berganti hari, masa begitu pantas berlalu.. teringat Gong Xi Fa Cai masa saya kat kampung nun jauh diutara sana.

Dimasa itu saya tidak perasan sangat pasal Tahun Baru Cina dan kemeriah yang mereka lalui, maklumlah duduk kat kampung yang tidak ada orang cina pun kat situ. Jadi tidak tahu sangat apa yang mereka buat pada perayaan Tahun Baru Cina.

Sekarang ini semenjak keluar dan duduk kat bandar, memang terdedah dengan kegiatan keagamaan yang orang cina lakukan. Selalunya masa dahulu cuma dari sumber bacaan disekolah saja. Paling meriah dan gembira sudah tentulah kanak-kanak! Yang dewasa tu macam biasa saja... cuma mereka ingat macam mana nak cari duit saja...

Apapun yang mereka lakukan pada perayaan mereka, itu terpulanglah kepada kepercayaan mereka! Semoga mereka gembira menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Kebetulan saya pun ada mendapat dua beg makanan ringan semperna Tahun Baru ini yang diedarkan dikawasan perumahan ini. Banyak juga buah limau yang saya dapat dari jiran bersebelahan.

Dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa ini, kita tidak dapat elak lagi.. macam mana pun kita mesti kena saling hormat menghormati dan saling menyokong kepada keharmonian negara. Bersama bersatu mengekalkan keamanan. Bersatu untuk kemajuan negara!

Dan jangan sesekali bersatu untuk memecahkan perpaduan rakyat. Kekalkan keamanan yang ada!

Saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum cina di Malaysia. Gong Xi Fa Cai.
Wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




February 08, 2013

Bukan Salah Ibu Mengandung.

Assalamualaikum...

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Bukan nak kata pada sesiapa tetapi itulah terjadi kepada dua daripada empat perompak yang membuat kerja yang menyalahi undang-undang.

Mengikut apa yang diberitahu olih pasukan keselamatan, bahawa kumpulan ini telah banyak kali membuat kerja merompak dan menyamun ini. Dan mereka juga menggunakan senjata yang sangat merbahaya.

Kasihan sekali bakat keberanian mereka ini telah disalah gunakan untuk membuat kerja-kerja yang tidak baik, merugikan diri sendiri dan melemahkan semangat mangsa-mangsa mereka. Siapa yang tidak lemah kepala lutut..? Siapa yang tidak lemah semangat.. Siapa tidak fobia separuh mati jika diacukan pistol atas kepala?

Oooii... senang senang acu pistol atas kepala! mau tersalah gemgam meletup.. haa apajadi..? Lain kali fikirlah bebanyak kali kalau nak menyammun tu.. kesihan simangsa, carilah kerja lain, jangan kerja merompak-menyamun ni, orang tentu benci tau...

'Kumpulan Aime' sesiapa yang rajin tu bolihlah pergi semak tenggok siapa dan apakah latar belakang mereka ini semua! saya tak kuasalah nak cek semua tu.. cuma sayanglah bakat berani mati mereka itu disalah gunakan!!

Saya sangat bersimpati dengan apa yang telah berlaku keatas adik Muhammad Hanif Zahadi, mungkin mengambil masa yang lama untuk menghilangkan taroma dirompak! Harap dia banyaklah bersabar, jangan lemah semangat untuk meneruskan kehidupan, setiap yang berlaku ada hikmahnya, dia masih muda kehidupannya masih jauh lagi.. jangan jadikan secebis kesah duka ini halangan untuk terus maju!

Kepada mereka-mereka yang selalu memusuhi Polis, atau yang selalu menfitnah Anggota Keselamatan ini dengan berbagai fitnah! anda wajib ingat Anggota Keselamatan ini lah yang bergadai nyawa untuk menjaga keamanan sehari-hari.

Rakyat Malaysia yang berbuat salah sahaja yang takut dengan Polis, mencaci Polis. Jika anda tidak berbuat salah tidak perlulah benci dengan Polis. Polis menjalankan tugas mereka, dan mereka akan membuat apa yang sepatutnya untuk menjaga keamanan.
Memang ada sesetengah Polis nampak naif... ada juga yang terkurang ajar.. tetapi biasalah mereka pun manusia macam kita juga.. dia orang pun ada masaalah peribadi juga, tentulah kekadang anda menerima layanan yang kurang baik dari mereka. Sama seperti anda yang bermasaalah peribadi dan bawak sampai kepejabat.. habis rakan-rakan sepejabat jadi mangsa biadap anda tu.. tak ke gitu.?

Tapi keseluruhan Anggota Polis di Malaysia ini bagus!, dan saya harap Anggota Keselamatan ini lebih tegas lagi dengan mereka-mereka yang memang buat salah.
Wassalam.


Mati Kerana Menyamun Duit!


Hanya Kerana Menyamun Wang 50ribu Nyawa Tergadai!


Bukan Salah Ibu Mengandung!


Sedia Bergadai Nyawa Demi Kewajipan Kepada Negara!


Kuala Krai: “Saya begitu takut ketika itu dan hanya teringat mati apabila penjenayah mengacukan pistol di kepala,” kata kakitangan sebuah syarikat pembalakan, Muhammad Haniff Zahadi, 23.

Menurutnya, detik cemas itu dilaluinya apabila dilarikan empat penjenayah selepas mengeluarkan wang RM50,000 dari sebuah bank di Kuala Krai, di sini, tengah hari semalam.
Bagaimanapun, dua daripada empat suspek anggota ‘Kumpulan Aime’ itu tidak sempat berjoli hasil rompakan apabila ditembak mati polis di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, kira-kira jam 12 tengah hari.

Suspek yang ditembak mati itu masing-masing berusia 22 dan 29 tahun manakala dua lagi rakan mereka berjaya melarikan diri dalam kejadian berkenaan.

Kejadian bermula selepas mangsa beredar dari bank berkenaan pada jam 11 pagi sebelum kereta dipandunya tiba-tiba dirempuh oleh kereta dinaiki empat penjenayah terbabit berhampiran Dataran Damar, di sini.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




February 02, 2013

Manusia Bukan Malaikat.

Assalamualaikum...
Hai.. macam mana dengan keadaan anda hari ini? Harap anda ceria selalu atau bagaimana?
Selagi kita bernafas kat dunia ini selagi itulah berbagai kerenah dunia yang harus kita atasi. Samada berat atau ringan masaalah tersebut bergantung bagaimana kita mengatasinya.

Jika kita merasa buntu untuk menyelesaikanya sila dapatkan nasihat dari kekawan atau mereka-mereka yang lebih berpengalaman.
Jangan sekali membiarkan sebarang masaalah begitu saja tanpa kita menyelesaikan atau mengatasinya, sebab ianya akan memberatkan fikiran kita untuk hari-hari seterusnya.

Contohnya jika kita ada bermasaalah dengan rakan sekerja, jangan pendamkan didalam hati cari jalan penyelesaian, jadi orang bijak.. cuba selidiki apa puncanya sampai jadi sebegitu!
Dapatkan nasihat dari rakan-rakan lain yang berkebolihan menolong menyelesaikan antara kedua hati.. apabila kerenah remeh ini dapat diatasi, nercaya kehidupan kita dalam pekerjaan akan jadi lebih ceria.

Buatapa kalau lari dari sesatu tempat kerja hanya kerana bermasaalah dengan rakan lain! sedangkan bolih diatasi! dan lagi, semalam saya ada terbaca yang mengatakan sesiapa yang memendam perasaan marah, dia bolih memudaratkan kesihatan kita.
Selalu ingat, yang manusia ini semua bukannya Malaikat, jadi semua orang ada kelebihan serta kelemahan sendiri. Termasuklah kita sendiri juga...

Apa-apa pun anda harus bijak menguruskan diri sendiri supaya menjadi lebih baik untuk Tahun Baru 2013 ini..
Okey.. selamat majujaya, wassalam.


Bunga hutan yang mekar dan harum.


Pekerja sedang berehat, panas kat sini..


Pekerja India mari begaya dengan belangkasnya.


Masaalah biasa dikawasan Paya Bakau, excavator terbenam, perit juga hendak dinaikan semula.


Tayar puncit lagi..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




January 30, 2013

Pulau Indah Kelang.

Assalamualaikum...
Aha... Kita jumpa lagi ye.. Sudah hampir sebulan saya kat Kelang ini.
Tapi baru sekarang saya berpeluang mengupdate blog xaturen ini. ermm... okey saya harap anda semua sihat sahaja ye..
Sampai tempat kerja baru ini, banyak yang kena buat, penatlah juga. Sampai nak tulis apa kat sini pun tak tahulah..
Kerja yang saya buat sekarang adalah kerja penambakan pasir dikawasan bakau. Jika anda melalui jalan menuju ke Pulau Indah Pelabuhan Kelang pandanglah disebelah kiri, anda akan nampak perojek penambakan tersebut.
Harap kerja-kerja katsini cepat siap, supaya saya dapat kembali ke Johor secepat mungkin, rindulah...
Disini saya dapat kenal dengan ramai kenalan yang berasal dari negeri kelahiran saya iaitu dari negeri Kedah. Okeylah.. kat sini saya letakan satu dua gambar yang saya ambil.


Kapal yang berisi pasir menghampiri tebing untuk memunggah pasir.


Pasir yang disedut ditengah laut sedang dipunggah kedarat menggunakan alat khas.


Tiga buah kapal sedang berlabuh untuk menanti giliran memunggah pasir.


Saekur Ketam Nipah meminta makanan dari anda!


Orang asli membuat kerja sambilan menangkap Belangkas.




Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!