December 13, 2012

Namun Aku Rindu Kamu

Assalamualaikum...
Apa khabar anda semua..? Diharapkan anda baik-baik saja ye.

Andai rasa tidak berapa baik tu.., silalah berjumpa dengan orang-orang yang bersesuian.

Jangan salah orang untuk bertemu sudahlah.. misalnya jika kita demam sila jumpa doktor! Jika hendak makan ubat kat famasi tu bolih juga, tetapi janganlah diulang-ulang pergi famasi sekiranya masih belum sembuh. okey..?

Pergilah jumpa doktor kerajaan, belanjanya murah. Walaupun lambat sikit, tapi kita dapat rawatan dari doktor asli. bukan palsu!

Gunakanlah apa yang disediakan olih kerajaan ye.. Adakalanya sakit yang sedikit itu sebenarnya amaran awal kepada penyakit yang lebih teruk, bila kita jumpa doktor kita bolih mengelak daripada menjadi lebih parah.

erm.. lagi satu kalau anda sakit hati, sakitnya hati ini... namun aku rindu kamu.. yang saya maksudkan bukan sakit hati kat kekasih tau.

Tetapi sakit hati pada orang atau makhluk yang membuat kita sakit... hati.
sila jumpa bomoh.. eh.. salah, salah tu..
sebenarnya sakit hati tidak ada ubatnya. itu sakit rohani, atau sakit dalaman.. jadi nak berubat pun kena dari dalam jugalah...

Cara nak mengubat sakit hati sebenarnya sangat mudah!
Ingatlah, yang kita tidak dilahirkan bukan berpasangan dengan creature atau makhluk yang kita sakit hati itu.

Dunia ini terlalu luas dan ramai makhluk yang lebih baik dan bagus,, kerugian besarlah seandainya kita masih dok ingat makhluk atau creature yang kita sakit hati.

Mungkin sudah tiba masanya anda jangan menyakiti hati orang lain... waakaka... lepas itu mudah-mudahan kita tidak sakit hati lagi...

Tuan blog pun sakit hati jugak ni.. sakit betul nak learn how to hack a bank, lepastu transfer money at my bank account .. kaya aku...
ada sesiapa nak ajar ke..?

erm.. okey.. kat Rengit ini hujan dari tengah hari sampai pukul 6.30 jangan banjir sudahlah.. ermm.. jumpa lagi wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




December 11, 2012

Hargailah Masa Kamu Yang Ada.

Assalamualaikum.

Apa khabar anda semua? Terima kasih kerana masih sudi kemari lagi ye.. Sejak semenjak ini saya lihat ramai orang sibuk dengan Bola! Tidak kurang juga yang sibuk dengan politik.

Buatlah apa saja yang anda suka dan dapat mengembirakan diri serta keluarga anda. Apa-apa hal, utamakanlah keperluan keluaga anda dahulu ye.. alahai..

Saya..
Saya seperti biasa sibuk dengan kerja yang semakin banyak, sehingga sudah tidak terlarat rasanya hendak buat semua itu. Walaupun segala kelengkapan, tempat tinggal ditanggung beres olih majikan, tapi tumpuan tidak menyimpang seperti orang lain.

Alangkah indahnya jika bolih hidup santai saje.. erm.. jeles juga bila lihat orang yang bolih santai.. mereka ada banyak masa melepak ditempat-tempat yang banyak terdapat di-sepanjang jalan pergi dan balik dari tempat kerja saya.
Walau bagaimana pun saya harap kita dapat menghargailah masa-masa yang ada untuk sesuatu yang lebih berfaedah. erm..

Okeylah.. Hari minggu lepas saya ada membuat satu blog yang mengunakan adf.ly punya ads. Ini hanya percubaan sahaja. Saya tidak pasti pula samada sesuai atau tidak. Kepada yang berminat tu bolih lah pergi keweb adf.ly tersebut.

adf.ly

adf.ly - shorten links and earn money!

Dibawah ini contoh blog telah saya buat.. pada sesiapa yang berminat silalah singgah dan perhatikan, yeaahh... saya tahu anda pun bolih buat kan.... selamat mencuba.


Bolihlah anda kelik link ini untuk ke-belog itu. silakan.. nilahijau.com

Polis pandu laju terbunuh langgar toll..! kasihan..!



Terima kasih!


Baca Lagi Sini!




December 06, 2012

Sayangilah Sesama Pengguna Jalan Raya.

Assalamualaikum... Cuba lihat sifat mulia dan macam ada hati perut lah pulak rimau ini.

Bagaimana kita tidak mempunyai perasaan begini bila mana kita sedang memandu? Sayangilah nyawa pengguna lain dijalan raya... supaya kita juga akan turut selamat.

Sekarang ini serangan dijalan raya lebih berbahaya dari serangan harimau didalam hutan.

Kemungkinan manusia lebih selamat didalam hutan belantara di-Malaysia daripada berada dijalan raya!

Jangan jadikan kita pemandu yang mendorong kepada kemalangan! Kereta hanya untuk memudahkan pergerakan manusia. Jangan salah guna kenderaanyang kita ada!

Tiada guna mempunyai lesen dan cukai jalan yang konon-nya kita cukup segalanya! Jika memasang lampu yang silau..! Memandu seperti semut atau memandu macam pelesit! Lebih muatan dan sebagai-nya yang tentunya perbuatan seperti itu, kata orang tua-tua tidak banyak kali jumaat le tu...

Jadi...! Jadilah pengguna jalan raya yang ada hati perut campur ada jiwa nurani yang murni.. erm... jadikan jalanraya selamat. Selamat Memandu.




Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




December 04, 2012

Kemalangan Yang Mungkin Bolih Dielakan.

Assalamualaikum... erm...apa khabar anda hari ini?
Semoga anda selamat sejahtera. Ini hendak cerita hal kemalangan yang mungkin dapat kita elakan ketika berada dijalan raya!

Setiap hari bila buka surat khabar saja, berita kemalanggan yang menjadi berita yang mesti ada dimuka hadapan. Heran juga kenapa semakin kerajaan membuat berbagai kempen jalan raya, semakin banyak pulak kejadian kemalanggan yang berlaku.

Pada saya punca pertama berlaku kemalangan ialah sikap pengguna itu sendiri! Sikap orang malaysia bila memandu dia akan berubah! Dari yang biasanya bersopan santun atau lemah lembut, akan bertukar menjadi manusia lain bila memandu dijalan raya.

Apa pendorong mereka bertukar sikap, tidak siapa bolih jawab. Mereka ini, bila pegang setereng kereta saja mulahlah bertukar jadi manusia lain.

Tidak kira siapa, asal mula memandu saja sudah menjelma jadi manusia berlainan sikap yang tidak ada ketika dia tidak memandu. Pelik kan...?
Bukan setakat pemandu berumur tiga puluhan kebawah, malah pemandu yang lebih berumur lagi daripada itu pun bertukar juga kepada sikap berani mati ketika sedang memandu!

Kebanyakan kemalangan berlaku adalah melibatkan pemandu yang berani mati belaka.. yang takut mati kemungkinan menjadi mangsa dalam kemalangan. Contohnya kemalangan yang berlaku didaerah Batu Pahat, sebuah kereta memandu laju dan hilang kawalan diselengkoh menuruni bukit lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah teksi.

Pemandu kereta cedera parah dan tersepit didalam kereta tersebut, manakala tiga dari empat orang yang berada didalam teksi disahkan meninggal ditempat kejadian.

Mengikut saksi kejadian, ketika kemalangan itu berlaku dia berada di belakang teksi tersebut tapi agak jauh dibelakang. Dia dalam perjalanan pulang dari menjemput anak sekolah.
"Nasib baik saya tidak mengikuti rapat dibelakang teksi tersebut, jika tidak kami anak beranak akan terlibat sama"

Difahamkan kereta tersebut terbabas dan menghentam bahagian sisi kiri teksi diantara pemandu dan penumpang, pemandu adalah diantara tiga mangsa yang terbunuh.

Polis menasihati pemandu supaya berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut kerana selain dari kawasan perkampungan kawasan tersebut juga berbukit serta berselengkoh merbahaya.

Sikap pemamdu kereta yang memandu laju tanpa memikirkan keadaan jalan yang merbahaya telah mengakibatkan berlaku nya kemalangan, walaupun dia memandu dalam keadaan tidak takut mati tetapi dia bernasib baik tidak mati, namun sikapnya itu membuatkan orang lain yang mati.

Banyaklah kejadian malang seperti ini yang berlaku timbul, dari sikap pemandu berani mati. Jadi sikap pemandulah yang menjadi punca kemalangan.

Ingat.. walaupun tidak yakut mati, tapi orang lain yang banyak tanggungjawab kepada keluarga takut mati.. sebab dia memikirkan nasib keluarga yang ditinggalkan. Beringat selalu jika terasa hendak memecut dijalan raya.. ramai orang yang akan merana jika anda tiada, paling kurang pun buah hati yang merana, itu pun kalau ada buah hati.
Jangan membunuh dan mengsengsarakan ornag lain disebabkan tindakan memandu tidak takut mati. Kalau nak rempuh pun, rempuhlah pokok sawit.. eeehh, tak bolih, sebab pokok sawit itu ada orang yang punya.
Eeermm.. jangan rempuh apa-apa, memandu dengan selamat, biar lewat sejam dua jam tidak mengapa daripada langsung tidak sampai.. kan.?

Sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




December 02, 2012

Berhati-hati di-jalan raya!

Assalamualaikum,

Ayuh... anda semua..!
Diharapkan anda senantiasa berhati-hati di-jalan raya.

Sedikit kesilapan, akan banyak padahnya!

Jangan memandu sewaktu anda didalam keadaan terdesak mengejar masa, kerana takut nanti masa anda kat dunia yang sampai dulu....

Biarkan pemandu lain memotong kenderaan anda, biarkan... Paling lewatpun anda akan terlewat setengah jam sahaja, atau kekadang beberapa minit sahaja!

Jangan ambil mudah penumpang yang anda bawa, apalagi anak isteri, atau ayah bonda. Ingat, sayangilah mereka, kalau sudah terkena menyesal tak guna!

Cuba bayangkan pemandu-pemandu lain seperti ahli keluarga anda juga, keselamatan mereka mesti dijaga juga.
Jangan buat samseng tidak bertempat....

Adakala nya sungguh sedih! ahli keluarga sendiri pun dilanyak begitu saja.... Sebab nya kita tidak ambil berat keselamatan pemandu lain...

Akhirnya baru disedari yang kita himpit masuk longkang itu bapak mentua sendiri.. ayoo.. mana mau letak muka...?

Cuba Elakkan Diri Dari Keadaan Sebegini!



Gambar-gambar dibawah ini tidak kena mengena dengan cerita, hanya gambar terbaru ditapak perojek IDPT di Tanjung Kapal, Sungai Rengit.

Ini sahaja untuk kali ini harap anda semua berbahagia selalu,

Sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Sini!