March 29, 2011

Hantu Zaman Moden.

Assalamualaikum...
ermm... moga kebahagiaan tetap milik anda.
Terima kasih kerana masih dok nak mai kat blog hebat ni.. hehe.. bukan hebat apa, cuma hebat dengan ejaan yang tungang-langang.! Pun begitu saya tetap dok tulis juga, walaupun tak sama dengan blog-blog anda yang lebih 'Hebat' erm..

Dah kira sayang pulak blog ini.. bak kata pepatah, nak telan sakit nak diluah sayang.. haaa cam tu lah lebih kurang.. ye ke..? ermm.. kalau laman sosial yang lain dah lama saya delete dah.. tapi blog tak bolih lah nak wat gitu.. nape ye.?

Orang yang ada blog je yang bolih jawab kan kan... hee.. perasan..
Ok lah.. kali ni saya nak cerita pasal hantu.. eee.. hantu! hantu makan orang...! hey... manusia.. aku makan kau...
yang peliknya tu.. hantu ni kaki dia jejak tanah pulak.., tak seperti hantu-hantu yang orang kata kaki tak sampai tanah, tu..
eee.... mak ai.. macam macam lah.. hantu ni dia ada kat mana mana sama dengan hantu hantu lain juga.. dia ni suka sangat bergaul dengan orang, baik betul hantu ni tau.. tak sangka dia sebenarnya hantu yang sangat sangat kita tak suka. Kalau kita salah cakap sikit dah sampai kat 'Bos'. Masuk terlewat sikit, aii.. bos pun tahu, walhal line memang 'clear'! cam mana bos leh tahu ni? heee.. ini mesti kerja hantu kan?

Ada kekawan bagi tahu kat bawah sana, malam tadi dia nampak hantu tiang..! aii... hantu tiang pun ada ka? kita yang mingong ni pi tanya kat mana? alaa.. yang duk berdiri kat public phone tu..! ada dua ekor hantu tiang tunggu manggsa..! aii... tak faham lah aku. Tak berani lah nak gi public phone malam malam, ada hantu...

Ada juga hantu naik moto laju sangat.. bunyi exzos kuat dan nyaring mengalahkan suara hantu menjerit ekor tersepit kat pintu. Dengar bunyi suara moto.. bingit.. laju.. lampu moto pun tak ada.. malam pulak tu! sedangkan siang hari orang pun pasang lampu, inikan pulak malam.. eee... seram betul la kat hantu ni! maunya tengah melintas, dia datang, cam mana? tak ke dua-dua jadi hantu! hantu ni nama dia 'hantu rempit'..

Lagi satu hantu nescafe 3in1..! keh.. keh.. nescafe 3in1 aku cepat sangat susut la.. baru je 'godok' sepeket dua dah nak habis..! muhaha...

Ghost In The Mirror, alaa.. emak kawin kan aku..!

sekian cerita hantu, wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 28, 2011

Hebatnya Manusia Bila Berusaha!

Assalamualaikum...
Harap semua yang teredah kat sini, sentiasa berada didalam suasana yang indah dan hebat dalam mengharunggi kehidupan ini.
Hidup ini terlalu singkat buat kita berdolak dalik untuk memulakan sesuatu perkara yang baik, buat diri dan keluarga! contohnya bila ada rangcangan nak berniaga, kita tempohkan setahun kesetahun.. tak jadi jadi juga meniaga! memang payah sikit nak memulakan perniagaan apabila sudah ada commitment rumah tangga, jadi pospon lah dahulu.. pospon sampai bila pun tak tahu! apa pun, hendak seribu daya lah kan.. tapi eloknya, dimulakan ketika masih bujang, otak masih geliga buat bisnnes! kalau dah tua nanti otak lembab.. tak ligat, susah mau untung! he. he.

Bagi yang merokok bila nak mula berhenti? minggu depan..? bulan depan..? nak pospon sampai bila tu..? susah lah sikit kalau dah jadi sebati dalam sana..! umur 16 dah ngisap rokok habis cam na..? tapi ada orang senang nak berhenti merokok, zass... sekali berhenti berhenti terus, tak mahu merokok lagi.. tak usahlah dok pi pelawa dia rokok, dia tak hisap punya!

Jadi semua pekara bermula dari hati, apabila hati dah bulat nak buat sesuatu, dia terus berusaha sampai jadi! sampai jaya ke matlamat dan tujuan. Tapi kalau hati saya macam lalang, sekejap kekiri, sekejap kekanan sekejap hati besar, skejap hati kecik.... ermm... tok sah le dok berangan, pi mai pi mai tang tu juge lah.. he.he.. ni bukan nak mengata kepada sesiapa.. seperti kata iklan kopi janda tu.. " Bukan Nak Mengoda, Tapi Nak Meniaga!"

Pendek cerita.. meh kita lihat orang yang cekal bersemangat membuat sesuatu, tak kira bertapa susah pun diaorang bolih buat! Batang balak yang besar dibuat rumah, tak heran! Batu pejal pun bolih dipahat buat banggunan!


gambar asal diatas hilang, update 29jun2023.
How they made it
Bolih kah anda berusaha seperti itu ? ermm..







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

March 27, 2011

Suami Isteri Jangan Lekas Melatah!

Assalamualaikum...
Moga hari ini, adalah hari yang ceria bagi anda semua! saya macam biasa pagi pegi keja petang balik.. ha..ha..

Pagi tadi saya ada terbaca satu article yang agak parah juga isinya. Tak tahu pulak samada cerita rekaan ataupun kesaah benar!

Kesahnya berkisar pada keluhan seorang isteri yang mempunyai suami yang malas. Isteri itu merasakan dialah yang paling banyak menyara kehidupan keluarga mereka. Dia juga mengadu yang keluarga suami selalu menganggu kehidupan suaminya.

Dari apa yang saya baca nampak sangat dia tidak berterima kasih diatas apa yang dia dapat sekarang ini, misalnya dia sudah mendapat dua orang anak yang sihat dan tak lama lagi akan hadir lagi ahli yang kelima pula dalam keluarga.

Sepatutnya kita mestilah bersyukur dengan apa yang kita ada.. jangan pula sampai hendak yang belebihan pula! Jangan sesekali memberi tempoh kepada suami untuk berubah hanya kerana dia bergaji kecil.. kalau dah sijilnya setakat itu, macam mana dia hendak mendapatkan kerja yang bergaji besar macam isteri yang lebih tinggi pelajarannya?

Suami pemalas macam mana, sedangkan dia masih punya kerja cuma gajinya saja kecil, harap jangan lah kerana kita bergaji besar, kita jadi sombong pada suami sendiri pulak.

Sanggup pulak bagi tempoh untuk bercerai kalau tak berubah! iaitu berubah kepada kerja yang bergaji besar! Ataupun anda telah berubah hati kut..? yelah kat luar sana ramai yang bergaji besar kan..?

Kenapa dari awal kawin atas dasar sesama suka, tapi bila dah lama mula tak suka.? lain kali kalau nak kawin anda pilihlah yang bergaji besar bukannya atas dasar cinta! sebagai suami atau isteri kita jangan menyeksa jiwa raga pasangan sendiri setiap hari, kerana tak puas hati sebab gaji salah saorang kecil.
Jadi apa guna berkahwin? berkahwin adalah untuk bersama sama mengharunggi hidup, dan berbahagia bersama anak anak sebelum kita hilang didunia ini.

Tidak logik hanya sekadar suami gaji kecil dan hidup suami sering diganggu mertua dah nak mintak cerai! saya setuju isteri mintak cerai sebab yang lebih teruk seperti homosexual, dadah, bapak ayam. penyamun, rasuah, gila ha..ha.. dan yang seangkatan dengannya lah..

Lain pada itu tak usahlah mintak cerai kut.. opss.. lagi satu, kalau bakal suami akan datang seorang menteri, menteri apa pun tak kesah lah asal gaji besar.. pergilah.. mintak cerai.. betul tak..? lain yang kes ringan tu bolih disesuaicarakan untuk mendapat kehidupan yang lebih harmoni...

Ingat! kalau dah ada anak, apalagi dah dua tiga orang, tak payah lah fikir cerai... sebagai ayah atau ibu, hidup kita semata mata untuk kebahagiaan mereka, bukan hidup untuk kita lagi.. biasanya suami yang akan hilang dahulu daripada isteri kan?

Mungkin anda derita lebih teruk lagi dipenghujung hayat anda! sebab anak anak dah benci dan tak peduli kat kita pasal kita cerai dengan ayah dia.. dia tak dapat merasa hidup berkeluarga bahagia sebab kita bercerai...
alahai... banyak cerita kat akhbar tu! yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan!
Salah silap harap maap je ek..!

sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 26, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa

Assalamualaikum...
Apa cerita hari ini.. moga anda baik baik saja.

Seperti mana manusia lain, saya pun begitu juga.. iaitu senantiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini. Dan saya mengharapkan yang terbaik juga untuk anda semua!
Hari ini masa seperti sangat lambat berjalan.. ini kerana hari ini cuti!
Jadi saya dok terperap jelah kat hotel ini. Ada sekali dua turun pergi round kat bandar KB ni.. pagi pergi jelajah pasar, tengah hari pusing pusing lagi.. ye lah sekadar melihat sekeliling bandar, tak ada apa yang nak dibeli. Last beli nasik bungkus naik makan kat atas, ermm...
Petang kita orang pergi mancing dan menjala diseberang sungai KB ni.. sampan kecil suzuki 15kuda naik lima orang.. memang sarat! air tengah pasang, dapat sikit udang dan ikan masing masing ketawa, bagi menukarkan kekecewaan la kut.

Dalam pada bersaorangan kat sini teringgat pulak kenangan lama dimasa kecil dahulu! Masa yang tak pernah rasa bosan, sebab ramai kawan yang sealiran nakal dan adventure! ermm..  masa tu kami berlima ada lah kumpulan yang sering berkumpul. Kami membuat apa saja aktiviti yang bolih menghiburkan kami. Dikala itu usia masih belasan tahun.. masih power dan tak tahu penat.! kalau setakat Gunung Jerai tu selalu sangat kami naik turun.. erm.. sebenarnya saya dari tahun satu saya menetap di Kampung Titi Teras, jadi hanya kat kaki Gunung Jerai saja rumah saya bersama Nenek, mak aii... kenangan betulla.. awat aku sedih nii..?
Ada satu kali penjelajahan kami mendaki Gunung Jerai yang masih segar diingatan. Mahunya tak ingat! sedang kami dalam perjalanan menuruni Gunung, seorang rakan kami kelihatan terkejut dan pucat mukanya.. kami mendiamkan diri setelah diberi isyarat olih nya. Kami berempat menghampiri dan betanya kenapa? dia tidak bersuara melaikan memberi isyarat menyuruh kami memasang telinga betul betul.. saya pun ikut memasang telinga dan mengamati bunyi yang dimaksudkan itu.
Apa lagi meremang bulu tengkuk apabila bunyi ngauman Harimau yang semakin jelas saya dengar! Apa lagi masing masing langkah seribu lintang pukang, ada yang tersembam ketanah, tapi terus bangun dan lari. Masing masing lari nak menyelamatkan diri dari baham Harimau! Saya sendiri rasanya mahu terbang pergi dari situ dengan segera! bunyi Harimau tu... gila apa kalau tak ada yang kecut perut.. memang tak dapat dibayangkan perasaan takut yang saya alami.. terasa harimau sedang mengejar kami semua.. Tak berapa jauh kami berlari.. tiba tiba kedengaran suara orang dewasa menjerit.. woi.. woi.. jangan lari la.. masuk gaung nanti..! saya masih tidak menoleh kebelakang, terus berlari walaupun dah tahu yang berbunyi Harimau tu sebenarnya suara manusia saja...! Sungguh kurang asam betullah... Yang berbunyi Harimau tu sebenarnya suara tiga orang Jabatan Perhutanan yang berkerja kat situ.. eeeegeram nya...

itu kesah lama dulu.. saya percaya kami semua, masih ingat kesah seram itu bila saja memandang Gunung Jerai. Kesah itu semua hanya tinggal kenangan.. kini kami masing masing membawa haluan sendiri. Tak mungkin kami akan bertemu lagi.. kerana tidak lama selepas kejadian itu, saya kembali kepada keluarga yang jauh jaraknya dari kampung Titi Teras. Dan hanya sekali dua saja kesana, jika saya kesanapun mereka tidak akan mengenali saya lagi.! wakakaa..

March 23, 2011

Siapa Nak Jadi Lanun Pergi US..!

Assalamualaikum... ermmm.. apa khabar semua? moga hari hari berlalu meninggalkan seribu kenangan manis yang sungguh indah bagi anda semua... itu lah harapan saya untuk anda semua yang masih sudi menjengah kemari..

Besarlah harapan supaya.. negara kita tidak akan menjadi sasaran seterusnya daripada  kuasa demokrasi democratic yang selalu melaung laung kan kebebasan..! kebenaran.! tapi sebenarnya penyangak  dan lanun kepala dua..... hehe.. janganlah anda bersenang hati dengan memenuhkan perut anda yang memboyot tu..

Takala Negara Libya dan rakyatnya semakin panas dengan bahang bom yang dicampakan kearah mereka tu.. berkecai tulang-belulang... bercerai berai kepala dengan badan.. sepertimana yang pernah berlaku keatas Negara Iraq, peluru bom tidak mengenal kawan ataupun lawan..! dia akan meledak dimana saja jika dilontarkan. jadi tidak heran lah sekejap lagi bersepah kepala manusia disebelah pehak peberontak yang menyokong Negara sekutu US akan berkecai...

He..he.. jika nak meniaga memang bagus kalau dengan Amarika atau US tapi jangan sesekali berjanji dan percaya dengan Amarika..! dia ni penyamun atau lanun nombor satu dunia... dia akan bunuh sesiapa saja kalau dia nak.. macam lanun dalam wayang dulu dulu tu.. hehe... lebih baik kita ikut kominis. kominis lagi tak sesuka hati bunuh orang.kan? kominis bunuh orang yang percaya agama secara terang terangan.. tapi kalau ikut Amarika US, bebas berugama... tapi bebas pulak membunuh manusia... eheheh....

Alamak awat la plak saya hari ni dok pi melarat bab politik perang ni semua...?
Jangan la negara kita ni ada banyak telaga minyak... tak kaya pun tak apalah... asalkan jangan anak, cucicit, bakal isteri isteri yang bekecai kepala otak kena bom taiko sendiri dengan sebab salah maklumat seperti di Iraq... sebenarnya bukan salah maklumat pun.... tentera dia apa peduli..? sebab dia dari negara demokrasi,
negara yang memang bebas bunuh orang. Bom dulu salah ke, ape ke, belakang baru cerita..!

oklah.... dah, jangan banyak sangat cerita pasal politik yang dikuasai kepala lanun.. nanti bolih jadi lanun juga, sebab sekarang ni kita ikut ketua lanun. PBB adalah persidangan lanun lanun sedunia di kepalai US.

Yang negara kecik terpaksa ikut juga.. kakah..kah.. ok...ok.. saya bukanya apa ... cuma kesian dengan manusia manusia yang mati kerana bom yang dibuat olih negara negara demokrasi sendiri... wadoh... hasilnya demokrasi bersamaan dengan satu sijil untuk bebas membunuh manusia demokrasi juga... wakakaka.... hebatt.... sungguh uncle sam lanun ni.
sebab itu lebih elok bertuankan Komunis daripada Demokrasi. kerana demokrasi suka berperang! ermm..!!?




Page on facebook :-  burdibird.

Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!