August 18, 2010

Saya Nak Hiburkan Anda Semua Sikit.

Assalamualaikum,..
Semoga anda ceria selalu,..
ermm... dipagi isnin ini saya ada sedikit kelapangan,.. jadi tak de tempat len lagi saya nak pergi, kalau tak datang sini kan kan... erm.. begitulah saya dengan dunia saya,.. pantang ada masa sikit,.. mesti kat sini saya akan datang,.. hehe...

erm.. kalu saya nak hiburkan anda semua sikit leh tak,..? tak pe lah.. sekali sekala dengar lagu ni.. hehe.. lagu cinta,.. nak bercinta lagi ke saya ni,.. alahai... anak isteri kat rumah nak letak kat mane bang,...? tp kalu nak kira lelaki boleh kawin tiga kan,.? bagi yang mampu lah kan,.. macam saya ni,... aii... mampu sesangat ni,.. kehkeh..
jangan lah dok percaya sangat,.. tak kan le saya nak wat cam tu,.. walaubagaimanapun saya ni pencinta wanita,..
waaa.... aa..

Lagu nya cam ni,.. lagu lama kut,.. entahlah tak tahu sangat...

Kelap kelip ditengah laut..
Lampu perahu nelayan..
Sembilan ribu bintang bintang..
Sempurna bentuk bulan..
Perhiasan malam...

Panjang-panjang batang pohon kelapa..
Kerang-kerang di pasir putih..
Diantara mereka..
Kita duduk berdua,..
Menyayikan lagu cinta,..

erm.. macam tu lah lagunya,.. hanya sekadar hiburan saja... ok cukup dulu,.. saya nak pegi tenggok kat site kejap.. ok see you...
kalu nak dengar lagu tu klik kat sini,..rindu-aku-rindu-kamu
...



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




August 17, 2010

Ramadhan Bulan Perjuangan.

Assalamualaikum,..
Salam sejahtera semua,..! bagaimana dengan puasa anda hari ini,..?
Saya harap anda semua sabar dalam mengerjakan puasa, yang mana bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, banyak pekara lain yang perlu juga puasa!

Kebetulan saya ada berurusan dengan sebuah syarikat swasta yang agak gah lagi besar,.. saya bukan nak mengata atau mengumpat,.. cuma saya sedih dengan kakitangan yang saya berurusan,..
Kita semua maklum sekarang bukan kah bulan puasa,..! jangan lah menunjuk sangat yang dia tak puasa,.. sudah lah kerja dalam banggunan berhawa dingin,.. masih juga ponteng puasa tanpa segan silu dengan kaum bukan islam dalam pejabat tu,..

ermm,.. tak tahulah saya nak cakap,.. semoga pekara begitu akan menjadi ingatan buat saya,..!
okey dah penat hehe,.. nak tidur,.. jumpalagi,..
wassalam.

August 16, 2010

Salam Ramadhan Almubarak.


Assalamualaikum,

Salam sejahtera dan salam penuh kasih mesra dibulan yang mulia ini, untuk anda rakan dan sahabat yang masih sudi datang kemari walaupun saya tahu anda semua dah kepenatan belajar, bekerja dan berpuasa juga.

Sama seperti anda saya juga agak capek sikit dimasa ini,.. maklumlah saya dah bekerja jadi tanggungjawab tetap kena teruskan juga seperti biasa,.. jari jemari ni pun rasa mulus saja nak tip tap katsini,.. namun saya gagahi juga kerana kemahuan berbuat begini lebih kuat dari terus tarik selimut dan berdenkur.. zzzz...

Sekejap lagi mungkin saya dah berlayar kealam ghaib tanpa menutup alat electronic ini.. hehe..
Saya bersyukur kepada Allah kerana masih dapat berpuasa dan berbuka dengan hidangan yang sesuai dengan kemampuan saya. Kebanyakan juadah saya main tunjuk kat bazar ramadhan saja,.. kekadang tu tak terkawal pulak tangan dan jari dok tunjuk suruh saya beli dan angkut bawak balik kat umah,.. eee jahat juga lah tangan saya ni tau,.. apa lagi nampak ayam bergolek sekor-sekor kat atas bara api tu,.. pergh,.. dia punya bau,.. memang sodap, ayam panggang bermadu lah katakan,..

Saya kalau kat bazar tu tak boleh lama-lama, mau kurang pahla posa saya ini,.. sudah lah kuih muih, lauk pauk bebagai jenis,.. buat terliur saja,.. ermm.. tambah-tambah yang jual dan yang membeli kat situ pergh... satu hal, eyy... comey dan lawa pulak tu.. eee mana boleh tahan,.. hehe.. jadi,.. cepat beli, cepat balik wakaka..


ermm... okey,.. selamat bersahur dan selamat berpuasa.
Jumpa lagi. wassalam.

August 15, 2010

Selamat Berpuasa, jaga tingkah laku, perkataan dan pengelihatan.!


Get the Selamat Berpuasa code at Myspace Graphics

August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

 Assalamualaikum,..
Salam sejahtera untuk anda semua,..

Walaupun masa untuk berinternet sangat terhad bagi saya sekarang ini,.. disebabkan keadaan lokasi pekerjaan saya ketika ini,.. saya cuba sedaya mungkin untuk hadir dihalaman ini,.. memang rindu pulak pada anda semua,.. kalu boleh setiap hari saya hendak datang kesini,.. ermm.. okey lah...

Hari ini sudah satu hari kita berpuasa,.. Jadi saya meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mulia ini kepada anda semua,.. dan selamat mengerjakan amalan berpuasa dengan penuh kesabaran,..

Walaupun dibulan ini kita berpuasa tapi segala kegiatan harian kita hendaklah berjalan seperti bisa juga,.. iaitu seperti mana dibulan-bulan lain,.. cuma bezanya kita berpuasa!

Teruskan belajar dengan lebih tekun lagi,.. atau teruskan lakukan pekerjaan harian kita dengan penuh semangat,.. saya rasa tak uasahlah kita jadikan alasan berpuasa, untuk kita memperlahankan kegiatan harian kita, samada belajar atau yang sudah bekerja,.. ini penting bagi kelangsungan kecermerlangan kehidupan kita bagi meneruskan kehidupan dibumi Allah ini,..

Berilmu, Beramal dan Beriman,.. ini adalah tiga ciri-ciri penting untuk kita mendalammi pengertiannya,.. adalah lebih dituntut pengertiannya didalam bulan Ramadan yang mulia ini,.. supaya tidaklah nanti kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tanpa memperolehi apa-apa kebaikannya!,..

ermm.... semoga menjadi ingatan pada diri saya,.. insyaallah!,..
Selamat Berpuasa, salam sayang selalu!,..
wassalam.