Showing posts with label dituntut. Show all posts
Showing posts with label dituntut. Show all posts

August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

 Assalamualaikum,..
Salam sejahtera untuk anda semua,..

Walaupun masa untuk berinternet sangat terhad bagi saya sekarang ini,.. disebabkan keadaan lokasi pekerjaan saya ketika ini,.. saya cuba sedaya mungkin untuk hadir dihalaman ini,.. memang rindu pulak pada anda semua,.. kalu boleh setiap hari saya hendak datang kesini,.. ermm.. okey lah...

Hari ini sudah satu hari kita berpuasa,.. Jadi saya meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mulia ini kepada anda semua,.. dan selamat mengerjakan amalan berpuasa dengan penuh kesabaran,..

Walaupun dibulan ini kita berpuasa tapi segala kegiatan harian kita hendaklah berjalan seperti bisa juga,.. iaitu seperti mana dibulan-bulan lain,.. cuma bezanya kita berpuasa!

Teruskan belajar dengan lebih tekun lagi,.. atau teruskan lakukan pekerjaan harian kita dengan penuh semangat,.. saya rasa tak uasahlah kita jadikan alasan berpuasa, untuk kita memperlahankan kegiatan harian kita, samada belajar atau yang sudah bekerja,.. ini penting bagi kelangsungan kecermerlangan kehidupan kita bagi meneruskan kehidupan dibumi Allah ini,..

Berilmu, Beramal dan Beriman,.. ini adalah tiga ciri-ciri penting untuk kita mendalammi pengertiannya,.. adalah lebih dituntut pengertiannya didalam bulan Ramadan yang mulia ini,.. supaya tidaklah nanti kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tanpa memperolehi apa-apa kebaikannya!,..

ermm.... semoga menjadi ingatan pada diri saya,.. insyaallah!,..
Selamat Berpuasa, salam sayang selalu!,..
wassalam.