July 18, 2010

Kawan Sepermainan.

Salam sejahtera!
Hari ni saya bangun lewat sikit,..
Tak pe lah,.. lagi pun hujan,.. nak buat aktiviti ape kan..
ni.. baru balik dari bandar makan...! dah tu..terus.. dok tip..tap.. tip.. tap..
dengan bende ni laa.. dari tadi lagi.. hee..

Malam tadi tidur lewat.. bab melayan sepupu sebelah Mak datang ziarah kat umah.
Jadi saya bawak le jalan-jalan keliling sambil nyinggah kat kedai kopi.

Sudah agak lama juga kami tidak jumpa, masa kami kat kampung dulu.. dia lah kawan sepermainan saya. Selepas kami masing-masing dewasa dan mempunyai haluan hidup sendiri kami jarang berjumpa. Dia sekarang kerja kat Melaka. Kami hanya bertemu atau berjumpa hanya jika ada kenduri-kendara dirumah yang sama kami hadiri.

Kali terahkir tak salah saya, tiga tahun yang lepas iaitu masa Pak Ngah sebelah Bapak saya buat kerja kawin anaknya.. kat Seremban.. belakang Pasar Raya..

Tapi saya bukan berasal dari situ, itu tempat Pak Ngah saya dapat jodoh orang situ, asal saya nun... kat utara sana.. sapa orang Baling sini? dan sekarang ni dah menetap kat selatan ujung benua Asia sini. siape orang Kukup sini?

Seperti keluarga lain, kami juga berselerak satu Semenanjung. Ah... sungguh cepat masa berlalu..! rasanya tak puas jadi budak kecik.. uwaaaaa...

Kenagan masa kecil dulu macam baru saja berlalu.. macam mana kami berkongsi menjual air batu bulan Ramaddan! perhh.. best gila kira untung.. idea jual air tu Mak yang bagi, siap modal lagi.. untung Mak tak nak, ko simpang saja bang, buat tambah besok lagi..

Emak memang hebat! walau pun Mak orang kampung. dah tu dah tak ingat dah bagi balik ke belum duit modal tu.. keh. keh..

Pas tu saya terpikir, bagaimana kah agak nya keturunan aku besok? boleh kah mereka mengenali sesama mereka bila aku tak ada nanti... sebab terlalu ramai sangat adik beradik..! macam mana cara supaya mereka mengenali bahawa mereka asal nya dari satu Datuk dan Nenek? ermm.. apa la saya boleh pi pikir semua ni ha.. buat pening kepala saja oi..

Tak apa lah, pening sikit.. saya nak bagi kekawan pun pikir juga, macam mana dengan keturunan kekawan tu.. ada kah mereka akan tahu dari mana asal mereka? tah macam mana boleh datang persoalan macam ni? aduii.!

Saya cadangkan kita tambah nama keturunan sebelum nama kita, sekurang-kurangnya dapat juga anak cucu kita kesan  darimana asal usul mereka! Ini sesuai bagi mereka yang belum, baru nak kawin dan baru nak dapat anak.... macam Osama Bin Laden... Osama tu le nama keturunan kan.. so.. itu pendapat saya je.. ermm... cam mana ey..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




July 17, 2010

Tidak puas seks punca keretakan rumah tangga!

Salam sejahtera semua!
Saya harapkan hari sabtu ini lebih lebih ceria bagi anda semua,

Bagi yang berkerja berasa lapang sikit sebab kebanyakan nya kerja setengah hari saja hari ni kan..?
boleh balik umah cepat, sebab kat umah nanti boleh le lepak-lepak sikit sambil berbaring kat sofa yang soft tu ye tak? bab kalu kat tempat keje man leh wat cam tu ey..
dan bagi yang belajar.. tentunya berehat seketika,.. petang ni buleh le g riadah ke shopping ke.. paling tidak pun jalan-jalan kat Pasar Malam sana...
saya tak dapek le semua itu.. ni orang ni kena keje jugak sampai kul lima tegak! ape nak buat.. ni bukan salah Ibu mengandung.. tapi salah pilih subject ooo.. lain minat, lain target... len pulak keje nya... ermm...

aaaha,.. kalu pandang pada title kat atas tu you'll ada rasa len macam tak tulisan saya ni..! Itu sebenarnya petikan dari surat khabar tu.. bukan nya saya reka sendiri... dan ini juga bukan bermakna saya nak buat buat cerita merapu tu atau agak nakal kan..

Ni.. saya iklas nak bagi tau kat you'll.. samada yang dah kawin pun.. yang masih belajar tu belajar lah dulu, nanti dah pegang ijazah ke.. dah berkerja ke boleh le cari jodoh kawin ey.. saya nak bagi tahu tip sikit ni..
andai.. andai lah pasangan anda sama masaalah macam ini... jangan lah sampai bercerai berai.. saya ni sangat bersimpati dan sedih lihat anak-anak yang jadi mangsa.. terabai, sebab Ayah Ibu bepecah...
Kita sebagai pasangan yang setia, semestinya berusaha untuk kekalkan jodoh sehingga ke akhir hayat. so.. berjumpa dengan jiran atau orang yang lebih tua dan berpengalaman supaya kita dapat idea yang bernas untuk mengelakan dari bercerai berai!..usahakan juga perubatan yang seharusnya bagi pasangan kita,..

Sambil-sambil tu.. rajin-rajin berjalan kekedai buku,... pilih dan beli lah buku-buku yang membincangkan hal-hal rumah tangga! belilah dua tiga tajuk yang menjurus kepada penyelesaian masaalah yang kita hadapi..
letakkan buku-buku tersebut didalam bilik supaya dapat dibaca oleh pasangan kita! mungkin bagi kebanyakan orang agak kelu lidah untuk membincangkan pekara ini suami isteri! jadi masing-masing belilah buku-buku untuk pasangan sendiri.. Suami belikan buku untuk isteri, Isteri belikan tajuk buku yang sesuai untuk suami, dengan usaha dan keiklasan yang kita lakukan, hanya perlu bulatkan hati yang kita tiada yang lain selain dia lah sahaja suami atau isteri kita! mohon perkenan Allah, semoga Allah jualah yang turut membantu.
- - -
KOTA BHARU 16 Julai
Kegagalan mencapai kepuasan seks menjadi antara punca utama keretakan rumahtangga di negara ini bagaimanapun kebanyakan pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk tidak mendedahkan perkara tersebut.
Ketua Klinik Kesihatan Lelaki, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Profesor Madya Saiful Bahari berkata, masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi kebanyakan lelaki merupakan masalah utama namun kaum itu lebih suka berdiam diri daripada mencari jalan penyelesaian.

Katanya, hasil kaji selidik yang dijalankan mendapati kaum lelaki menganggap perkara tersebut adalah sesuatu yang bersifat taboo dan perlu dipendam.
Jelasnya, kaum wanita pula lebih rela menderita daripada membincangkannya secara terbuka untuk menjaga perasaan pasangan masing-masing.

July 16, 2010

mengawal penyakit lebih baik dari mengubati!

Assalamualaikum...

Sihat semua ye..? memang saya mengharapkan kesejahteraan sahabat semua.!
Nanti kalu tak berapa sihat,.. cepat-cepat g ambik ubat tau.. kut nanti tak de siape nak datang jengok sini lak.!
aaa.... lagi satu, sentiasa ingat, mengawal penyakit lebih baik dari mengubati!
Kawal makan dan minum, supaya kita sentiasa sihat waiafiat sentiasa! Bab ape, sekarang ni banyak sangat makanan dan minuman yang tidak berape baik untuk badan kita ni...
Kalau nak di ikutkan selera, memang sesetengah orang boleh makan apa saja makanan. Makan tu boleh la makan, tapi perhatikan juga sama ada benda tu sesuai untuk badan atau tidak! jika sekali sekala makan atau minum macam itu tidak mengapa lah... jangan diamalkan buat menu tetap setiap hari... nanti badan pulak yang merasai nya kan..?

Contoh makanan dan minuman yang kureng dia puya kebaikan, sebenar banyak! endak-endak zaman sekarang ni kan? saya rasa you'll semua pun tahu gak bende ni..
kalau tak salah saya...  makanan yang kita rasa enak atau sedap tu lah yang banyak dia punya tak baik, seperti air minuman bergas, juga air minuman bercampur ais batu, peghh.... kalu kena segelas.. wahh.. rasa nak lagi.. tapi itu le.. minuman cam tu perlu  di-control sikit..

Kalau boleh la cuba sedaya upaya untuk elak dari minun minuman dalam tin yang melambak-lambak dipasaran tu... samada you'll tahu ke, buat-buat tak tahu, yang sebenar-benar nya minuman begitu.. tersangat very very bad for your health, tapi kalu tengok dia punya iklan... ermm... nyaman, segar berseri.....
Dah memang dia orang nak jual, nak duit,.. memang le dia kata baguih..! nanti tak laku pulak kalu dia kata tak bagus kan... so.. dia orang jual.. kita yang pandai ni... pandai-pandai lah pulak menhadapi dugaan itu!
elak... elak... kan dari terpengaruh dengan iklan air minuman bergas..
dan air bercampur air batu... ookey..

Bab makanan pulak, banyak juge nakanan yang tidak berape sesuai untuk kesihatan jika diamalkan selalu... kalu sesekali nak lepas giat tu is okey le.... lagi-lagi makanan yang kat luar... semua ada dicampurkan dengan berbagai perasa makanan supaya sedap! serbuk perasa tu la yang cukup tak elok untuk kesihatan, kalau dia orang masak, dia orang campak bebanyak biar sedap!

ermm.... dah banyak lak saya dok pi bagitau ni... karang ada orang perli pulak! eee sudah le xaturen.. nak buat ceramah ke? edak le cam tu.... cuma nak ingatkan diri saya dan juga sahabat semua, agar berhati-hati bila makan kat luar sana....
wassalam.

halaman blog yang tercanggih ini..!

Assalamualaikum..
Salam sejahtera untuk anda!

Terima kasih kerana tersesat ke halaman blog yang tercanggih ini..!
ahaak.. bagi yang baru pertama kali jengah kat sini, tentu terasa len macam je blog ni kan?

Tidak mengapa,... lama-lama nanti,.. bila dah biasa kemari anda jadi tak heran lagi,...
so.. hari ini ada satu cerita nak kongsi bersama,.. acehh,.. kongsi konon... sapa la yang nak kongsi cerita diye agaknya tu..

ermm.. kesahnya masih dalam lingkungan diri saya lagi... iaitu tentang kesilapan saya masuk kat blog orang pas tu bagi ucapan 'assallamualaikum', punya baguih..! sopan santun,.. mengalahkan Pak Hj. Deraman tu haa..
bagi salam tak salah kan? tetapi dah salah tempat la pulak...
Pening-pening...you nak tau,. tuan umah tu non muslim le... waaka.. ka..
hadehh.... mesti tuan umah tu bertambah peningnya dengan blogger yang seorang ini,.. hai... harap kalau jika sidia tu datang kat sini,.. saya mintak maaf lah ye... anggap lah ianya sesuatu yang tidak disengajakan..!
Silapnya saya tak baca dulu atas bawah betul-betul...  ha kau.. nak cakap ape lagi kan.. bende dah jadi..
wakaa ka.. kaa..
Saya pi hentam gelak sesorang... kah.. kah.. kah.. sampai kan girl disebelah muncung semacam je... jeling pulak tu... ikat ngan tali muncung tu karang... ha..

So kepada anda sahabat semua, saya harap bersabar lah kalu keadaan blog ni cacamerba sikit,...
okey... ini ada gambar yang menarik!

Ini dia satu contoh yang harus diguna pakai untuk semua orang, termasuk saya juga... ada sipulan bahasa yang berbunyi 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.' ni dia orang nya.. cuba lihat air yang tenang itu... bermakna berapa jam dia berendam dalam air tu.. dengan sabar dan senyap, supaya dia dapat shot yang cantik dan menarik!

Ini contoh yang tak boleh dicontohi selalu... silap hari bulan, anak akan kelemasan dalam timbunan makanan! alahai... kesiaannn... adik tu..! Abah sapa la tu...

July 14, 2010

mana celah pun dia masuk! korek sana, korek sini,

Assalamualaikum.

Semoga seperti biasa juga hendaknya ok...
Maksudnya seperti biasa, seperti biasa yang susses dan ceria serta semakin maju kehadapan!

huii... hari ini banyak kerja yang kena buat,.. lepas satu-satu... sampai makan pun sudah kena pakai sudu dengan garpu,..! nak tahu kenapa makan dah macam mat saleh? sebab tangan dah tak larat nak gemgam nasi lagi...ahak.. ahak.. lagi pun sesekali makan pakai sudu garpu ni bagus juga.. sebab kalau makan guna tangan, kena cuci betul-betul.. kan? kalu setakat cuci segera tu... mana nak bersih....!

Cuci kuat mana pun mana boleh bersih... habis sabun seketui pun belum tentu jernih air tangan... tangan ni, hari ni.. ooiii...mak!. mana celah pun dia masuk! korek sana, korek sini, habis hitam bercabon semua dah..!   so.. hari ni, saya ngap guna sudu garpu la... walaupun saya ini ada cerewet sikit kalu guna sudu gapu kat luar... warong ka... Restaurant ka... memang saya cuci lagi sudu garpu tu... cam tak selesa kalu guna sudu garpu luar... tambah-tambah lagi, garpu tu... u pikir le... garpu tu kan ada dia jari-jari kan..kan.. haa... kat situ lah saya tidak puas hati tentang kesucian nya tu... ewah...!

Sesekali terjeling tukang cuci, main godak-godak, krong.. krang.. krong.. krang..dalam besen pas tu.. ceprang..! kat dalam besen lagi satu, tu dah kira berseh latu... entahlah.. saya macam tak berapa minat makan guna sudu garpu,. kalau makan juga pun.. dia punya selera, akan jadi tidak sehebat guna tangan, sebab dok ingat cara cuciannya. bukan le saya ni pembersih sangat... entah la..
tapi itu kat tempat saya... saya rasa kat tempat you biasa makan selalu tu.. bersih! jangan lak lepas dengar ni, dah tak makan tengah hari lak..! lagi-lagi girls yang montel-montel tu... kalu kurus nanti sape yang susah? saye,... juge.!

Seperti biasalah gambar FIFA dah tak ada lagi..kan..? mula lah saya nak letak gambar len pulak! kalu gambar yang saya letak ni, sudah biasa lihat macam mana? ooo.. itu kana cekgu saya la...
ermm... gambar satu..

tu.. dia... kalu orang len tunggang kuda ka.. tunggang moto ka.. brother sorang ni punya baguih... tunjuk terer tunggang kereta la pulak.. siape nak lawan rempet kereta pergi cari dia! ini baru ada class...! tersangat la hebat nya.. betul tak?


Brother yang gambar dua ni lagi hebat..! cuba lihat betul-betul sorang yang kat bawah
perut kereta tu...
ishh... ishh... nak kata kalu silap sikit saja, erm.. dapat sakit le dia tu...  jangan risau.. mereka sangat terlatih..!
Kalau dia orang boleh buat stunt yang hebat macam itu! kita-kita yang biasa pun boleh berjaya macam dia orang juga, dalam bidang kita, jika kita berusaha bersungguh-sungguh melakukannya.! Diaorang ini banyak buat latihan.. tidak mudah putus asa.. jadi akhirnya dia orang hidup agak mewah dengan membuat pertunjukan stunt professional ni keseluruh dunia!