Assalamualaikum..
Salam sejahtera untuk anda!
Terima kasih kerana tersesat ke halaman blog yang tercanggih ini..!
ahaak.. bagi yang baru pertama kali jengah kat sini, tentu terasa len macam je blog ni kan?
Tidak mengapa,... lama-lama nanti,.. bila dah biasa kemari anda jadi tak heran lagi,...
so.. hari ini ada satu cerita nak kongsi bersama,.. acehh,.. kongsi konon... sapa la yang nak kongsi cerita diye agaknya tu..
ermm.. kesahnya masih dalam lingkungan diri saya lagi... iaitu tentang kesilapan saya masuk kat blog orang pas tu bagi ucapan 'assallamualaikum', punya baguih..! sopan santun,.. mengalahkan Pak Hj. Deraman tu haa..
bagi salam tak salah kan? tetapi dah salah tempat la pulak...
Pening-pening...you nak tau,. tuan umah tu non muslim le... waaka.. ka..
hadehh.... mesti tuan umah tu bertambah peningnya dengan blogger yang seorang ini,.. hai... harap kalau jika sidia tu datang kat sini,.. saya mintak maaf lah ye... anggap lah ianya sesuatu yang tidak disengajakan..!
Silapnya saya tak baca dulu atas bawah betul-betul... ha kau.. nak cakap ape lagi kan.. bende dah jadi..
wakaa ka.. kaa..
Saya pi hentam gelak sesorang... kah.. kah.. kah.. sampai kan girl disebelah muncung semacam je... jeling pulak tu... ikat ngan tali muncung tu karang... ha..
So kepada anda sahabat semua, saya harap bersabar lah kalu keadaan blog ni cacamerba sikit,...
okey... ini ada gambar yang menarik!
Ini dia satu contoh yang harus diguna pakai untuk semua orang, termasuk saya juga... ada sipulan bahasa yang berbunyi 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.' ni dia orang nya.. cuba lihat air yang tenang itu... bermakna berapa jam dia berendam dalam air tu.. dengan sabar dan senyap, supaya dia dapat shot yang cantik dan menarik!
Ini contoh yang tak boleh dicontohi selalu... silap hari bulan, anak akan kelemasan dalam timbunan makanan! alahai... kesiaannn... adik tu..! Abah sapa la tu...