June 27, 2010
Sunshine Sunday!
hi... Salam semua! Pagi ini saya nampaknya duduk umah je lah.. paling jauh pun pergi kat kampung belakang sana tengok2 lah apa yang patut, tebas-tebas sikit ke.. nak membodek pokok durian tu, maklum la ada dua tiga biji kat atas tu kan.. ini dusun bapak mentua.. bukan saya punya... saya punya ada la sikit nun jauh kat utagha sana nun.. nanti kalu pecen, cadang tu nak stay kat sana la for de and! hu.. hu.. so kalu ada blogger yang dah pencen juga nanti leh la kita joint kat Masjid disana nanti..
Pagi ni tak de ape nak komen. ni cuma nak ubah kan sponsor rabak! nuffnang kat atas sini, pasal dia tenggelam kat bawah...
ermm... kalu ada senang sila klik kat Video Clip! mungkin boleh menghiburkan hati anda yang.. akan menambah lagi keceriaan lagi.. lagi.. dan lagi..
ayah tukaren....?
Uruguay 2 South Korea 1
Scorers
Uruguay: Luis Suarez 8, 80
South Korea: Lee Chung-yong 68
Halftime: 1-0; Attendance 30,597
Referee: Wolfgang Stark (Germany)
Follow all matches live at http://live.reuters.com/Event/World_Cup_2010
(Editing by Patrick Johnston)
Uruguay's goalkeeper Fernando Muslera reacts on the pitch during the 2010 World Cup round of 16 football match Uruguay vs. South Korea on June 26, 2010 at Nelson Mandela Bay stadium in Port Elizabeth.
PORT ELIZABETH, SOUTH AFRICA - JUNE 26: Park Ji-Sung of South Korea is closed down by Jorge Fucile (L) and Diego Lugano of Uruguay during the 2010 FIFA World Cup South Africa Round of Sixteen match between Uruguay and South Korea at Nelson Mandela Bay Stadium on June 26, 2010 in Nelson Mandela Bay/Port Elizabeth, South Africa.
Uruguay's midfielder Alvaro Pereira (C) vies with South Korea's midfielder Lee Chung-Yong (L) and South Korea's defender Cha Du-Ri during the 2010 World Cup round of 16 match Uruguay vs South Korea on June 26, 2010 at Nelson Mandela Bay stadium in Port Elizabeth.
June 26, 2010
Kes Allahyarham Adik Mohamad Naim Mustaqim. 1 Digantung Sekolah, 4 Kena Tindakan.
Bagaimana dengan hari anda pada hari ini?
Diharapkan anda senantiasa berada didalam suasana yaang mengembirakan, apatah lagi ditemani anak-anak yang sihat comel, muda belia dan aktif dengan aktiviti remaja mereka. dan anda yang masih single atau masih bujang lagi, pandai-pandai lah cari pasangan,
walaupun jodoh pertemuan bukan kita yang tentukan, kita dikurniakan akal fikiran yang boleh kita gunakan, so... berusahalah.. tidak semesti nya kita pandang pada rupaa paras semata-mata.. pilihan seharusnya berada tahap sederhana...
..yang logiknya kita tidak akan mendapat pasangan yang betul-betul dengan sesuai, memang tidak akan dapat, tok sah mimpi la... asal siping-siping pun kira ok la... kalu ada kekurangan sesama lah me_ repair nya,.. sebab itu lah Manusia ini di kurniakan akal yang untuk digunakan..
jangan lah bila anak dah berderet... sanggup lagi becah belah.. yang jadi mangsa adalah anak-anak kesian mereka, gunakan akal untuk mengatasi masaalah.. bukan ikut napsu dunia belaka.. sampaikan ada orang tua-tua berkata.. 'bila dah ada anak-anak, hidup kita adalah untuk mereka'
.erm.. bagi yang masih bersekolah tu... jangan dok pikir yang lain-lain.. tumpukan 88% untuk target hendak score yang cemerlang dalam semua subject, dah pegang Ijazah.. diploma ke.. pastu pikirla... nak cari jodoh.. ye tak..? erm.. ok, ini nak sambung bab semalam... bab allahyarham adik Mohamad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, nak perbetulkan ni, perbuatan mereka bukan tahap membuli..
.mereka sebenarnya 'membunuh' jadi hukuman yang keras wajib kenakan keatas mereka-mereka tersebut!
kalau iye pun nak membuli.... ala-ala kadar lah sikit.. jangan lah 'buli bunuh',
Tindakan iaitu 1 digantung sekolah, 4 kena tindakan, tak paham la.. macam cakap lepas je.. nak bagi orang awam senang hati ke?
sedangkan mereka ditahan reman..? mana satu yang betul ni?.. lagi satu.. angaran kejadian pukul 10 setengah lebih... bagi rawatan pukul 1 lebih.. ke? bagi tahu keluarga pukul 2 lebih.. kata dah bagi tindakan segera untuk menyelamat? dari pukul 10 sampai pukul 1.. berapa jam tak sedar diri kesaorangan?
Jika kumpulan 'pembunuh' tu cepat bagi bantuan dimasa itu juga...iaitu masa katanya jatuh, kepala kena kelantai.., munkin satu nyawa dapat diselamat kan, Cuba duduk disebelah Ibu Bapa Allahyarham, apa perasaan anda? lagi satu.., kalau hendak buat apa-apa kenyataan akhbar.. buat lah yang betul-betul.. ok.
Ini saya yang bercakap macam ni.. apa lagi kaum kerabat Allahyarham!
Cuba katakan begini: "kelima-lima pelajar yang disyaki, kini ditahan reman selama tujuh hari, untuk siasatan. Siasatan masih dilakukan dengan cermat dan teliti supaya yang bersalah tetap akan menerima hukumam yang setimpal dengan kesalahan mereka" harap semua pehak bersabar.
.... tak usah lah dok itu la..ini la.. belum dapat lapuran dari keluarga mangsa la.. berbunga-bunga yang makin membuat lengit telinga dengar.!
erm ok lah...jumpa lagi.
1 Digantung Sekolah, 4 Kena Tindakan,
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar senior Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di sini, digantung sekolah serta-merta manakala empat rakannya disyaki terbabit membuli seorang pelajar junior sehingga mati Rabu lalu dikenakan tindakan tegas.
Malah, semua mereka kini sudah direman beberapa hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mereka juga bakal dikenakan tindakan di Mahkamah Tentera kerana semua mereka adalah pelajar kolej ketenteraan.
Kelima-lima pelajar berusia 17 tahun itu ditahan sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan tindakan membuli hingga menyebabkan kematian, Mohamad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sebagai perbuatan jahiliah.
“Kami mengambil tindakan serta-merta dengan menggantung seorang pelajar MTD dipercayai dilihat menendang mangsa, manakala empat lagi akan dikenakan tindakan keras.
“Selain itu, mereka juga akan dikenakan tindakan di mahkamah ketenteraan kerana mereka adalah putera (pelajar kolej ketenteraan),” katanya ketika menghadiri mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata, penahanan semua pelajar terbabit dilakukan bagi menyiasat sama ada mereka terbabit dalam kes membuli mangsa hingga menyebabkan kematian.
“Polis tidak menolak kemungkinan punca kematian mangsa disebabkan kejadian buli atau dera.
“Kalau dilihat luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka, bagaimanapun kami akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan,” katanya selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.
Abdul Samah berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada keluarga pelajar berkenaan berhubung kejadian itu.
“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan kejadian ini yang pertama berlaku dalam tahun ini, namun tidak dinafikan terdapat laporan mengenai pergaduhan membabitkan penuntut institut pengajian tinggi di ibu negara sebelum ini,” katanya.
Semalam Harian Metro melaporkan seorang pelajar MTD Sungai Besi, meninggal dunia dipercayai dibuli sekumpulan pelajar senior selepas kepalanya terhantuk pada lantai sejurus ditendang pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri.
[sumber berita, akhbar tempatan]
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
June 25, 2010
Maut Selepas Diarah Tekan Tubi
Salam hormat dan salam sejahtera,
Minta maaf, kali ini tak dapat nak selitkan gambar-gambar tengtang Bola..! Sebab ternet saya memang dah tak larat nak angkut gambar pun! Maklum le modem mahal.. jadi dia ada limited, tak boleh kerja berat. nak buat macam mana kan..! erm... nanti kalau dapat.. saya akan selitkan ok..
erm... Ini ada satu kesah yang membuat hati saya sangat sedih!
Utusan Malaysia. 25 Jun 2010.
Maut Selepas Diarah Tekan Tubi
Kesah sedih dan menyayat hati!.. 24 Jun - Seorang pelajar tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi disini, mati setelah tidak sedarkan diri selepas dikenaka hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakan-rakannya di dalam sebuah bilik disekolah itu.
Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 tahun, sempat diberi rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi tetapi disahkan meeninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
Walaupun ajal maut itu ditangan Tuhan, tetapi perbuatan mendera atau membuli macam tu memang tak masuk akal langsung! Tidak dinyatakan pula kesalahan apakah yang sampai dikenakan hukuman sampai sebegitu berat! (Hukum Mati). Kalau sudah satu Maktab atau Sekolah rakan-rakan yang ada, sebenar nya akan menjadi pelingdung apabila kita menghadapi sesuatu masaalah, bukan nya menjadi musuh ketat sehingga sanggup membunuh rakan sendiri! Saya percaya pelakuan ini dilakukan secara berkumpulan bukan nya seorang! Saya cop sesiapa yang bersekongkol sehingga Adik Mohammad Naim mati, mereka adalah 'pembunuh'. walau apa pun alasan, mereka tidak sepatutnya mendera atau membuli macam orang hilang akal! kalau terkena atas kaum keluarga sendiri macam mana? Saya harap pehak Polis bertanggung jawab menyelesaikan dengan adil dan saksama, saya juga percaya kumpulan ini (yang membelasah Adik Muhammad Naim) telah lama berkelakuan tidak baik! orang yang tidak biasa, tak akan dapat melakukan, dan takan mungkin sampai hati melihat kawan meraung-raung kesakitan! jadi pehak 'Polis' tak usah pilih bulu dalam mengambil tindakan! Kesian...! Harap pehak Maktab (MTD) mengeluarkan kenyataan jelas tentang pekara ini termasuk fakta-fakta kesalahan yang telah dilakukan sehingga dibiarkan Hukuman ini bebas dilakukan, [sila bertanyakan sesiapa yang pernah ke Maktab atau Sekolah Berasrama]. Selain orang ramai tahu duduk pekara sebenar serta pihak Maktab (MTD) tidak dipersalahkan.
erm...ok..lah.. Jumpa lagi.
June 24, 2010
BOLASEPAK DUNIA 2010 FIFA Afrika
Assalamualaikum.
hi... Salam sejahtera!
Pagi ini saya cergas, sihat dan tidak terlampau tertekan dengan kerja-kerja.
Selepas antar anak sekolah, balik umah jap.. baca surat khabar Utusan Mlaysia. Biasa nya terus pergi kerja.. tapi hari ini ada free sikit, so tak de masaalah kalu pegi keje lambat sikit, erm.. selak punya selak.. jumpa lah satu article yang sangat menarik!
Khairy pertahan Ka Siong [Muka surat 5 - Dalam Negeri]
..cerita yang timbul dari kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr, Wee Ka Siong - dalam Ahkbar The Star pada 16 Jun yang lalu. ape ke hal.. Encik Khairy Jamaluddin ni beria-ia sangat mempertahankan kenyataan yang telah dibuat Datok Dr Wee Ka Siong tu..!
Datok tu sudah cakap macam tu, macam tu lah,.. yang enko [Encik Khairy] sibuk.. mempertahan kan dia, yang nak tunjuk 'hero' kat orang dia tu, buat ape?
Encik Khairy ingat orang ramai ni tidak kenal ke Sape dia Datuk Dr Wee Ka Siong tu? Ni la Orang Melayu..! Sanggup menhentam Encik Ibrahim Ali sedangkan Encik Inrahim Ali itu daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa. [Perkasa] haduhh... Encik Khairy kenapa lah awak ni lupa sangat? ini lah juga dinamakan 'Melayu Mudah Lupa' gaji dah besar.. makan minum tak jadi masaalah.. dah lupa bangsa..? Saya harap manusia sebangsa ku yang berjawatan Besar, begaji Besar, berkereta Besar! supaya jangan mudah lupa diri.! lupa nasib anak bangsa sendiri!,... sedangkan dia Datuk Dr Wee Ka Siong sendiri tidak melupakan bangsa dia, ketika dia berjawatan 'Besar'..! saya kecewa dengan Encik Khairy Jamaluddin! Panjang cerita nya, so pergilah semak-semak akhbar ok..
haa... itu lah kesah nya, ok lah sentiasalah berhati-hati selalu kalau dengan Melayu yang mudah lupa, Sebab orang yang lupa, dia selalu tertinggal barang dia, jika anda kawan atau sahabat dia, anda juga dia akan terlupa! ...[hanya Tuhan saja yang tahu hati perut Manusia!]
erm... baiklah..
..kat bawah ini saya selitkan lagi beberapa keping gambar, harap semoga terhibur. Jumpa lagi.
Serbia's coach Radomir Antic reacts at the end of the Group D first round 2010 World Cup football match Australia vs Serbia on June 23, 2010 at Mbombela Stadium in Nelspruit. Australia defeated Serbia 2-1.
Australia's midfielder Brett Emerton (L) and Australia's defender Michael Beauchamp react at the end of the Group D first round 2010 World Cup football match Australia vs Serbia on June 23, 2010 at Mbombela Stadium in Nelspruit. Australia defeated Serbia 2-1.
Australia's striker Tim Cahill reacts at the end of the Group D first round 2010 World Cup football match Australia vs Serbia on June 23, 2010 at Mbombela Stadium in Nelspruit. Australia defeated Serbia 2-1.
Ghana's striker Kevin-Prince Boateng (R) shakes hand swith Ghana's defender Isaac Vorsah after their Group D first round 2010 World Cup football match on June 23, 2010 at Soccer City stadium in Soweto, suburban Johannesburg. Germany won 1-0.