June 06, 2010

Orang Tersayang.

Salam.
Serta salam sejahtera semua, bagaimana dengan percutian anda semua? erm.. besok ada lagi satu hari lagi yang bolih dimenafaatkan sebagai hari riadah bersama keluarga tersayang! Hari Sabtu saya tidak kemana-mana hanya berkunjung ke rumah Pengantin disekitar daerah saya. Sebenarnaya ada tiga jemputan yang saya dijemput. Tetapi olih kerana kenderaan saya buat hal, terpaksalah saya batalkan keJemputan tersebut.

Cuaca disini agak kurang memuaskan bagi pehak Tuan Rumah! Ini kerana kedua-dua Jemputan yang saya hadiri disambut dengan hujan yang tidak menentu, sekejap reda sedikit.. kemudian hujan semula dengan agak lebat. Masing-masing berselindung dibawah khemah untuk jamuan, suasana agak sesak! disebabkan tetamu tertumpu hanya pada tempat yang terlindung dari hujan. Walaupun demikian ia memberi sedikit kelebihan kepada pasangan pengantin.! Ye..la, setiap yang berlaku itu mempuyai serbu rahmat bagi orang-orang yang mengerti dan bersukur, betul tak...?
Kanak-kanak, mungkin dari kampung yang sama, kelihatan kesejukan, mereka berkumpulan meredah gerimis dan hujan disekeliling kawasan rumah pengantin. Mana yang berbedak, gincu habislah... cair la.. agaknya!

Rasa ralat juga sebab tidak dapat memenuhi jemputan yang lagi satu, keadaan hujan membuatkan masaalah kenderaan saya tidak dapat disengarakan! Memikirkan jarak destinasi jemputan jauh, dengan melalui jalan pedalaman saya tidak sanggup meminjam kenderaan kekawan yang lain. Saya khuatir sukar untuk menjaganya didalam cuaca yang begini! Walaubagaimanapun saya telah menalipon Adik kepada tuan rumah memberitahu keadaan yang saya alami.
Besuk tentunya saya terperap lagi dirumah! Anak-anak dah merunggut tidak dapat kemana-mana, saya diamkan saja.. sebab kalau dilayan makin banyak nak kena jawab, ok.. erm.. besok masih ada Jemputan yang kena hadir.. tetapi tidak jadi masaalah kerana berdekatan dengan kawasan kediaman saya, naik motosikal pun bolih.

Harap cuaca bertambah baik besok. Kasian dengan tunah rumah.. risau takut banyak makanan yang kena buang! Kalau dah banyak tiada siapa terlarat nak makan! Ok.. cukupla dulu catatan hari ini..! oh ya 12/06/2010 saya terima jemputan yang paling jauh.. nun.. hampir 600 kilometer disana! Kakak sendiri hendak bermenantu! So tepuk dahi tanya kereta.. larat ke ko nak golek tayar ko.?
erm.. tidak mengapalah nanti saya fikirkan.
salam 1MALAYSIA!



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




June 04, 2010

GULA.

Salam,
dan salam sejahtera!
Tengah hari tadi iaitu sebelum Jumaat saya pergi ke beberapa kedai disekitar kawasan kediaman saya untuk mencari Gula. Sebenarnya sudah dua tiga hari saya mendengar runggutan dari Puan Seri saya, yang dia susah untuk membeli gula. Dengan sebab itulah saya cuba membantunya mencari.. mana tahu rezki saya lebih senang dapat.! Tapi nampaknya dugaan saya meleset sama sekali.. Bila saya tanya penjual dia kata gula tak ada! Tetapi jika anda mendengar berita di TV gula ada.. banyak..! Habis tu kemana pergi gula-gula!.. mana gula tersebut? Hilang kemana?
Dan jika anda semua perasan, ini semua taktik lama penjual, pengedar, pembekal, dan toke-toke gula di Malaysia! Mereka mereka ini sebenarnya lebih berkuasa dari semua orang yang ada di Malaysia ini! Percaya atau tidak, itu hakikatnya yang berlaku di dalam Bumi Bertuah ini! Bumi Malaysia..! 1 Malaysia..! Maknanya satu Malaysia tak dapat gula jika gula disorok..! Jika gula tidak disorok Satu Malaysia akan dapat Gula pagi besok..!
Saya nak tanya sikit kat anda semua! Mana kita punya kementerian? Apa yang Menteri serta konco-konco nya buat ha? buat kerja ke! atau cuma tunggu gaji tiap-tiap bulan? Kalau anda semua nak tahu.. Mana-mana Menteri sekalipun.. tidak kira apa Kementerian waimah Kementerian yang bersanggkut paut dengan Ugama Islam! Agama resmi negara Malaysia sekali pun.! peratusan yang betul-betul buat kerja sangat rendah sekali, seperti rendahnya nilai seorang bayi yang di buang dimana-mana tu!
Tidak setara dengan peruntukkan yang disalurkan keKementerian tersebut.
erm.. Berbalik pada gula tak ada, ini adalah tragedi menyayat hati yang sengaja diulang-ulang olih sesetengah manusia didalam 1MALAYSIA ini!
Yang saya peliktu.. kita ni selalu saja membuat tndakan yang salah sebagai pengguna.. walaupun sesuatu pekara itu sangat mudah difikirkan! Contoh.. nya, Contoohh.. nya.. Simen! tak da habis! apa yang kementerian berkenaan buat??? Tak buat apa...punnnn. sampai sekarang..! Kita pulak dengan mudah menyalahkan peniaga simen, sebenarnya salahtu.. yang salah Kementerian yang berkenaan! kementerian simen, kementerian gula, hu.. hu.. hu.. Kementerian Simen dah kena simen.. keras! Kementerian gula.. dah kena gula-gula! habis tu macam mana? kementerian gula..?
Ada kapatut Kekurangan Gula Adalah Disebabkan Pembelian Panik! orang Kampung pun tahu la.. ini semua sebab harga gula nak naik..! Tidak usahlah dok dolak dalik cakap buat bagi orang Menyampah mendengarnya! Kalau perut dah kenyang! cakappun ikut suka hati ja... macam la rakyat ni buta, pekak, tuli! yang sebenarnya diaorang tak buat kerja..! dia orangpun 2x5 dengan kita jugak..! sekadar tunggu dan lihat je..! dia orang yang bercakap tu tidak mengapa lah, 15 ringgit sekilo pun diaorang bolih beli, gaji besar.. yang kita ni, sapa suruh jadi orang susahkan? hu.. hu.. hu..! Yang aku paling, paling, paling bengkak tu sampaikan sebuah Pulau.. Pulau beb!
Pulau! pun bolih kena curi tu....! Kalau bagi kat aku pun kira ok lah jugakan! aku kan Rakyat Melaysia? Kalau aku buat apatu.. Genting kedua pun, (faham-faham le kan..) hasilnya tidak pegimana, kat kerajaan jugak kan? Dah terlepas, disuruh relek la.. berader. relek.. kita terima ja apa yang telah diputuskan.
Singapore is very careful in what they do. PLus they do their homework on the case very well (unlike some people in our country) so that is why during the case we kena taruh betul-betul.
Cuba kita selami hati rakyat kita yang tinggal hidup dikawasan tersebut! kecewa hati mereka, mereka mengharapkan kita orang yang bertanggungjawap memberi hak, kepada yang berhak! Siapa yang salah sekarang? Jawabnya sama seperti yang saya tulis kat atas sama serperti kes simen, kes gula jugak, makan gaji buta tak buat kerja betul-betul.. kalau nak tahu, kalau sekadar aku ni saja yang marah tak mengapa, siapalah aku ni kan.. Tetapi cucu cicit kita, masih menyumpah seranah walaupun tulang belulang kita sudah reput dimakan cacing tanah!
Hisss... takkan lah sampai macamtu sekali, mestila.. kita mesti bertanggungjawab diatas segala apasaja yang telah kita lakukan! Pekerjaaan diamanahkan kepada kita kat dunia ni.
Buat kalau ditanya itu Pulau siapa? Kenapa jadi macam tu punya Indah, Kaya, dan gah.. Nak bangun jawab apa? Takan nak kata awak rabun ni.. kan Pulau Batu saja tu..! Kalau bab Islam, seksa kubur menanti kalau buat kerja tak sebenarnya, bab Ugama aku tak pandai sangat la..
Jadi aku tak nak cakap! takut dapat dosa kering! Kalau bab yang aku cakap diatas semua orang tahu!
Salam Hormat.

Closer To Me.

June 02, 2010

Kemampuan Malam Pertama.

Salamsejahtera!
Hari ini hari yang mengkofiuskan buat diri saya, kerana memikirkan sesuatu yang agak berat bagi saya tapi mungkin ringan bagi orang lain..erm..

Pertama, pada perkiraan saya, saya berbelog ni.. pada awalnya hanya sekadar suka-suka saja.. bagaimana pun, ianya telah terjadi sebaliknya pulak!

Saya terpaksalah pulak cuba memberikan sesuatu yang agak diluar kemampuan saya.
Contohnya dari segi bahasa, ayat, serta berbagai lagi pekara tentang penulisan.. memang saya kurang mahir penulisan..erm..

Walaupun saya tahu anda semua tidak mengenali saya, anda hanya mengenali blog dan tulisan saya saja.. itupun sudah cukup bagi anda membayangkan siapa saya kan?

Saya untuk sekiankalinya mitaklah sangat-sangat, jangan ada lah tulisan saya yang akan datang nanti memberi kesan yang menyakitkan dan tidak anda sukai.. anggaplah seperti iklan kat TV.. je!
Sebab iklan tetap ditayangkan walaupun dah muak kita tenggok,

seperti iklan ubat gigi tu.. tiap kali iklan tu tayang dengan mengaga mulut dan menghembus kat member sebelah tu, tahukah anda mulut tetap berbau walaupun gigi bersih! walaupun pakai ubat gigi cap naga kembar tiga sekalipun!

Jangan dok pi beli ubat gigi sebab percaya kat iklan,.. belilah yang 'halal' jika anda bukan Islam beli lah yang tidak terlalu mahal, sebab bahan utama nya sama sahaja.. cuma ditambah perasa, macam mi segera. tetap tepong gandum juga...

Pasal mulut berbau tu, kalau tidak percaya tanya doktor ok, janganlah confident sangat dok ngaga mulut kat orang.. erm..

Mulut yang berbau sedap hanya mulut Baby je.. saya sangat suka dengan Baby. Tak
kira lah baby siapa pun..asal baby manusia! yes.. i'love baby!..

Ok, berbalik pada konfius saya tadi tu, pada penulisan saya nanti banyak agaknya pendapat saya bercanggah dengan anda semua, jikalau anda semua tidak puas hati, nanti saya bolih terangkan semampu saya, akan tetapi saya tetap saya dan tidak bolihlah mengiakan saja pandangan anda nanti.

Lagi satu konfius.. ialah sama ada saya nak meneruskan ketidak belog ini! Belog merapu ni.. kan..

Jika saya senyap tidak buat enteri tu bukan bermakna saya tidak ada, cuma saya banyak buat blogwalking dok tengok anda punya blog la.. semua hebat-hebat belaka!

Kekadang tu saya dapati ada sesetengah blog tu terlalau berat nak panjat! nak 'done' kesemua kesemuanya lama sesangat nak tunggu tu.. saya tidak tahu pulak kenapa! Kalau ada sesiapa yang tahu bolih la bagitahu ey..

Yang berat nak panjat saya 'close' pi baca yang lain le.. ok, cukupla.. dah banyak saya tulis ni.. see u!
Salam Sayang.




Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




June 01, 2010

KEMAKNUSIAAN

Hai.. Salam semua!
ada apa-apa perubahan hari ini? Saya harap jika ada perubahan pum tentunya perubahan yang mengembirakan anda. Saya macam biasa juga..
Mencari idea nak wat entry...
Kalau hendak cakap pasal Kapal Kemaknusiaan kena bom dengan Israel tu.. saya rasa terlalu complex nak diceritakan! dah tahu Israel tu mempunyai ketenteraan tercanggih!
Kenapa la dok cari pasal.. Ada la macam budak kecik dok pi jolok sarang tebuan yang besar.. memang lah kena! Kita kena faham Israel tu dah kira sebuah negara yang berdaulat pada mata Dunia. Dia berhak menangkis sebarang keadaan yang bolih mengancam Negara mereka. Kalau Amarika bolih ceroboh... sebuah Negara yang Berdaulat seperti kita semua ketahui.? Apa salahkah dia Israel, salah mempertahankan keberangkalian yang bolih menggugat Negara Mereka..?
Saya samasekali bukan menyokong Israel tetapi kita bukan tidur ketika ini kan?
Tidak kah kita mengerti semua tindakan Negara Israel adalah dengan restu Negara Barat! Negara kaya, Negara Ketenteraan! Negara yang menubuhkan Negara Israel kan?
Kalau setakat membuat perarakan bantahan jalanan saja.. Nak buat apa kat israel tu..
Dengan kuasa besar Barat, Eropah pun dia tak heran! apa lagi dengan apa tu.. Kumpulan Bukan Kerajaan, umpama kata kentang dengan stimroll je la jadi nya.
Jika bantuan yang lepas dapat sampai ke tujuanya pun.. itu semua atas dasar perikemaknusian Negara Israel sendiri! bukan kerana bijak nya NGO menyelit masuk!
Dah berapa banyak Ketua Palestine yang kena bom.. Berkecai!
ermm..NGO? nak tahu makna N.G.O? saya tak mahu komen banyak-banyak pasal kes ni!
Baik kita ambil berat pasal Harta Orang Melayu kena roboh kat P.Pinang tu..
Kesian Abang bro tu, dah siap-cantik tempat niga kena roboh..
Hancur luluh seluruh badan! Jangan sebut salah tempat!
Kalu tak cukup Jentolak nak roboh nanti! Tolehlah sepanjang perjalanan perjalanan anda ketempat kerja.. layak ka bukak bengkel kat situ? dengan minyak hitam terus masuk longkang?
fuh.. panas lak malam ni.. maklum la... dah dua hari tidak hujan.
ermm.. Jumpa lagi. Salambahgia.
Wassalam.