March 21, 2014

Sedih Bila Dapat BR1M 2014

Assalamualaikum...

Salam sejahtera.

Diharap anda semua ok ok sahaja ye..!

ermm... Ni nak cerita sikit ni, pasal BR1M 2014 ini.  Alhamdulillah akhirnya ada rakyat yang sudah menerima BR1M untuk tahun 2014 yang dinanti-nantikan dengan sabar..

Ada kalangan rakan yang senyum lebar bila diumumkan pemberian tersebut. Ada yang berjanji untuk membelikan basikal untuk anak kesekolah, ada yang berjanji dengan isteri untuk menebus barang kemas yang sudah bertahun membayar bunga sahaja..!

Yalah suka hati penerima hendak buat apa dengan duit BR1M itu, asalkan tidak menggunakan dengan cara yang salah, itu duit satu keluarga jadi gunakan untuk kepentigan ahli keluarga...

Dalam padaitu ramai juga masam-masam manis bila menerima duit itu..! Kenapa..? Sudah dapat duit kenapa masam pula..? Sebabnya mereka hanya dapat RM450 sahaja.. sedihnya... hendak menjerit-jerit pun umo sudah tua.. alahaiii.. sedih bebenor le pak cik mak cik tu semua... tidak diketahui pulak apa sebabnya mereka ini hanya dapat RM450..! 

Cakap kata hendak bagi RM650... tapi kenapa pulak sudah turun jadi RM450...? Sedih sangat le dia tu.. sebab dalam fikirannya dia sudah 'lock' akan dapat RM650.. rakan sekerja yang tinggal dikampung berdekatan dapat pulak RM650, bezanya dia tinggal ditaman perumahan. Mungkin itu sebabnya dia hanya dapat RM450. walhal kehidupan lebih susah dari rakan yang ada rumah kampung..! macam mana ni..? tinggal kawasan perumahan semua hendak dibayar..! 

Walaupun duit itu 'free' saja.. tapi berilah seperti yang dicakapkan dahulu.... cakap tidak serupa bikin katanya.. Ini bukan pasal ungkit bab undi..! memang dia ahli umno seumur hidup. Katanya dia akan tetap sokong Barisan kerajaan.. apahal pulak rakan yang terang-terang pebangkang gitu mudah dapat RM650...!

Yang sangat dia sedih tu, masa ambik cek itu hari yang datang pandu kereta camry.. altis.. civic.. pun dapat RM450 juga..!!  Bagaiman pebantu BR1M berkenaan menilai rakyat dalam pemberian BR1M ini..? Lebih baik tak payah bagi langsung duit brim tu.. kalau dapat pun menyakitkan hati saja.. Lebih baik duit peruntukan tu buat beli peluru berpandu ke.. kereta kebal ke.. bolih juga mempertahankan negara takde siape yang sakit hati...

Marajuk benarlah rakan-rakan kita tu.. ermm.. apa nak dikata.. jika pemberian sebegini masa hampir megundi alamat kata jadi nasi jadi bubur kangkung le..

Bagi mereka yang dapat BR1M RM650 bersyukurlah.. apalagi mereka yang selama ini tidak segan silu mengutuk kerajaan..!  Dan bersyukur juga pada yang dapat RM450 walaupun anda penyokong setia kerajaan. Jangan berkecil hati walau berapa pun anda dapat, teruskan memberi sokongan pada BN.

Ok. Salam satu Malaysia.

Wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



2 comments:

Anonymous said...

ooowwah...! sedih nye..

Anonymous said...

Tak faham wehh...