June 15, 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas [PTP] Kerja-Kerja Tambahan 2013.

Assalamualaikum...

Salam ceria semua yang kebetulan tersinggah disini!

Setiap hari kerja berterusan tanpa mengira panas dan hujan. Panasnya hingga tidak terkata! sebab itu kebanyakan pekerja yang bekerja buruh disini adalah dari luar negara.

Bilangan tenaga buruh tempatan adalah amat kurang, mungkinkah disebabkan mereka tidak tahan panas atau kerana imbuhan terlalu rendah! Tidak pasti pulak apakah sebab kurang pekerja buruh tempatan yang bekerja disini.

Hanya mereka sahaja yang tahu sebabnya, inilah.. kekadang itu, banyak peluang pekerjaan seperti ini sepatutnya diutamakan penduduk tempatan, akan tetapi sebaliknya pekerja luar yang disanjung dan dibayar gaji hampir sama dengan gaji penduduk tempatan.

Bila pembesar melaungkan perojek besar akan dilaksana dan memberi beribu peluang pekerjaan, namun yang sebenarnya hanya segelintir saja yang mendapat peluang bekerja disini, selebihnya dibolot olih pekerja dari luar negara.

Erm.... apa nak buat!!

Kebanyakan syarikat pembinaan yang ada, mereka lebih suka menggajikan pekerja luar negara, daripada anak-anak tempatan.

Seperti PTP ini, kekadang kerenah pentakbiran keselamatan dipintu masuk 'B' untuk kekawasan pembinaan ini pun satu kesilapan kerana mereka tidak membenarkan orang 'Tempatan' untuk memasuki dan meminta pekerjaan didalam sini!

Pernah terjadi kepada saorang penduduk tempatan memohon 'Pas sementara' untuk memasuki kawasan pembinaan, tetapi dihalang olih petugas wanita yang begitu sombong sekali dengan keras tidak membenarkan, alasanya tempat tersebut merbahaya!

Sedangkan semua syarat telah dipenuhi, seperti meletakan 'Lesen Memandu' nama Syarikat Pembinaan Tersebut pun telah diberitahu.

Nampak sangat 'Pengawal Keselamatan Wanita' tersebut tidak berhati perut! sedangkan Pak Cik berkenaan berhasrat untuk mendapat kerja disitu untuk menyara keluarganya. Tidakkah 'Pengawal Keselamatan Wanita' itu mengatahui ada beratus-ratus pekerja warga asing didalam tapak perojek situ? Sepatutnya benarkanlah Pak Cik itu masuk berjumpa dengan 'mandor' seperti yang diberitahu rakan Pak Cik itu.

Jika hendak menjaga keselamatan pun gunakanlah budi bicara yang cerdik sikit... kecualilah Pak Cik itu kelihatan seperti pembunuh upahan, wajib dihalang. Membawa senjata atau sebagainya yang mencurigakan!!

Maka biliklah Pak Cik itu dengan 'Hati' yang kecewa, bukan kecewa tidak dapat kerja! tetapi sangat kecewa dengan sikap/perangai 'Pengawal Keselamatan Wanita' yang tidak mempunyai belas kasihan kepada dirinya anak tempatan.

Dalam pada itu.. Jangan harap ada syarikat pembinaan Melayu yang turut serta mendapat tender projek-projek pembinaan yang semacam ini. Datanglah lihat sendiri...

Nak kata salah siapa dalam hal ini? rasanya salah orang Melayu juga.....



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



No comments: