April 08, 2013

Slim River - Felda Terolak.

Assalamualaikum...

Salam hormat tuan-puan, adik kakak.. apa khabar hari ini? semoga anda semua sihat ye..

Hari ini saya berada di Terolak dekat Slim River Perak.

Ini pertama kali datang kesini, udara segar kat sini sebab banyak pokok-pokok menghijau sayup mata memandang.

Semalam petang raund kat dalam kawasan Felda Terolak cari benih sawit. Inilah duit punya pasal bukit-bukau yang begini punya tinggi pun habis ditarah buat tanam sawit, jika tidak berapa bermodal.. lupakan saja kalau berhajat hendak jadi tokey ladang sawit, kerana banyak wang diperlukan untuk membeli dan mengerjakan ladang ini.

Atasnya jalan Lebuhraya Utara Selatan.

Ladang Sawit tahap gaban.. bukit bukau berbatu, tanam sawit jugak..

Harta yang dikerjakan ini tentunya untuk keturunan tuan punya ini, jika untuk dia sendiri duit buat modal saja tak habis pakai dua tiga keturunan ooii..

Dikawasan pejabat Risda Semaian.

Bunga kuning diatas bukit ini, cuba teka bunga apa?



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




2 comments:

amir said...

Assalam..blh saya tahu tu bunga apa??

♥xaturen♥ said...

Bunga Tembikai Tikus... biasanya hidup kat belukar..

jadi makanan tikus.. haha..