April 16, 2013

PRU 13 2013 Penuh Dengan Cabaran.

Assalamualaikum...

Sepanjang perjalanan kembali ke Kelang tengah hari tadi saya lihat banyak bendera parti yang mengambil bahagian didalam PRU 13 ranncak dipasang dan berkebaran di tempat-tempat tumpuan ramai.

Pantang ada jambatan disitulah bendera tersebut ditegakan, juga pokok-pokok juga ada yang jadi sasaran dipahat dengan bendera mereka. Tidak kurang juga yang jatuh dan terdampar ditepi jalan tidak ada siapa yang hendak betulkan!

Ada juga saya lihat bendera-bendera parti yang dipasang ditempat yang tidak sepatutnya, misalnya dihadapan Masjid, Surau, Sekolah dan tempat-tempat lain yang mesti dielakan. Tolonglah jangan pasang dihadapan Masjid dan Sekolah! didua tempat ini hedaklah berkecuali daripada sasaran politik.. okeys...

Saya ini tidaklah berapa pandai politik sangat, tetapi saya nampak pembangkang suka lihat Najib dan BN jatuh..! dan orang-orang bawahan pun terikut-ikut juga hendak menjatuhkan Umno dan BN..

Jangan suka sangat membandingkan politik luar negara dengan politik di Malaysia! politik di Malaysia jauh berbeza dengan US atau mana-mana negara didunia.

Saya tidak reti nak berucap panjang lebar, tapi di Malaysia memang lain.. jangan perjudikan lima tahun semata-mata hendak gegarkan pemimpin Umno dan BN, sebab yang jadi mangsanya ialah orang melayu juga..
Sekarang saja nasib orang melayu masih ditahap daif didalam bidang ekonomi, kalau pebangkang memerentah mereka ada kuasa walaupun "Melayu" jadi ketua, mereka menuntut hak yang sama rata! habislah nasib melayu..

Dengar saja kata-kata celupar parti gabungan pebangkang yang "anti melayu" yang bersama-sama hendak menjatuhkan Umno dan BN, kita pulak seronok bergabung hendak menjatuhkan "Melayu".

Orang besar melayu kalau hendak menjadi pembela nasib "Melayu" secara am-nya, berjuanglah didalam Umno! supaya suara "Melayu" jadi sangat kuat! jangan berpecah-pecah.. nanti kalau menang pun kuasa "Melayu" tidak ada.!! nak buat apa.?? hendak menang sorak kampung tergadai..?

Melayu Jangan Mudah Lupa! fikir-fikirkan lah...

Ermm... okey..
Berbalik cerita saya pulak ye..
Sebelum meninggalkan bandar Slim River, saya sempat ambil beberapa keping gambar untuk kenangan saya dimasa depan, saya simpan kat sini.

sekian, jumpa lagi salam hormat.
wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: