April 18, 2013

Jutawan Segera.

Pasangan muda yang memenangi £ 45m pada tahun lepas mengimpikan rumah paling mewah.

Siapa sangka sesaorang itu bolih menjadi kaya raya didalam hidup mereka dan mampu pula berbelanja besar untuk membina rumah kediaman yang luas lagi istemewa bentuknya!

Kenyataan inilah yang berlaku kepada pasangan muda ini didalam hidup mereka, mungkin jika anda bernasib baik seperti mereka tentunya anda juga mampu berupaya membina kediaman impian anda.

Matt dan Cassey Topham inginkan sebuah rumah yang akan mempunyai lapan bilik tidur, kolam renang dan sebuah pawagam peribadi. Dihiyasi sebuah taman botani, kolam renang gaya-gua ... tidak ketinggalan garaj untuk meletakan sepuluh kereta.

Hal yang paling istimewa adalah garaj kereta bawah tanah, dibina untuk menampung koleksi kereta mereka berdua yang semakin meningkat. Sebelum mereka mendapat durian runtuh itu, mereka hanya memandu Peugeot 107, namun sekarang mereka memiliki Jaguar XKR-S dan Range Rover Evoque.

Encik Topham juga dikatakan bercadang membeli Porsche dan Aston Martin DB9. Inilah tuah badan Encik Topham dan isteri 23 tahun, seorang bekas penyelia pasar raya.

Bertuahnya hidup mereka, mendapat habuan yang sangat banyak!

Rumah impian pasangan pengantin Matt dan Cassey Topham, rumah bernilai £ 5 juta dipanggil Serenity.

Gambaran arkitek berpangkalan di London.

Inilah rumah lama mereka berdua dahulu.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: