April 10, 2013

Hanya Untukmu Duhai Kekasihku.

Assalamualaikum...

Macam mana cuaca ditempat anda? semalam masa balik kerja dalam pukul lima lebih, hujan turun mencurah-curah.
Kemudian gerimis sampai kemalam... bagaimanapun saya harap cuaca dalam diri anda semua cool saja okey.. jangan cepat panas atau cepat naik angin, nanti kekawan lari.. ha.. ha..

Seksanya bila waktu malam hujan gerimis.. sejukk.. kat Slim River ni, biasanya kat Kelang waktu malam kena pasang pendigin udara, sebab panas! tapi kat sini cuaca malam sejuk betul.

Lebih-lebih lagi tidak ada kawan hendak dibuat teman.. teman memalam hari!? apa nak buat, selimut saje lah sampai ke pagi..

Okeh... jangan difikir pasal saya yang kesaorangan kat sini... :(
Kita masing-masing ada kehidupan sendiri yang mesti kita lalui, saya tidak memikirkan sangat, kerana sesusah-susah kita, masih ada lagi insan lain yang hidup lebih susah. Juga jika kita merasakan kita ini senang, masih ramai lagi yang hidup lebih senang daripada kita kan..

Kita, tidak salah kalau memikirkan bagaimana orang lain lebih senang [kaya] tapi janganlah sampai tahap merana badan! harus juga mencari kelainan dalam hidup untuk menambah baik keadaan disamping itu teruskan pekerjaan kita seperti biasa..

Dalam keluarga sekalipun semua tidak mungkin sama, ada yang mampu naik Haji, walau masih muda dan sudah Umrah, tahun ni nak pergi lagi...
Pada 16hb/05/2013 ini satu rombongan keluarga nak pergi Umrah. Mereka berkumpul kat Putrajaya. Semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali. [keluarga sendiri, kawan, kekasih tidak pernah tahu saya mempunyai blog ini!] dan mereka tidak mungkin baca ini semua.. hanya anda yang setia mendengar nukilan saya disini.. ha. ha..
Terima kasih kerana masih setia kemari..

ermm.. Senikata lagu dibawah ini ditujukan khas buat ahli Keluargaku Tersayang.[Pontian], Ibu dan Ayah dikampung. [Air Kepar], Adik Abdullah. [Putrajaya], juga buat Cik Nur 'A' [Melaka].
wassalam.


Sikapmu.. tawamu.. hadir dimataku..

Yang membuat aku jadi rindu..
Rindu kepadamu..
Hati ku.. jiwaku hanyalah untukmu, hanya untukmu duhai kekasaihku..
o.o.oo.. habis satu.. tambah satu, bahagia engkau berikan..
Dan disetiap waktu, kau sirami aku dengan kasih sayang..

Sikapmu.. tawamu.. hadir dimataku..
Yang membuat aku makin sayang.. sayang kepadamu..
u.u.u.. habis satu, tambah satu, bahgiakanku berikan..
Tiada habisnya, kasih sayangku terhadap, dirimu..

Walau berjuang untuk selamanya..
Cintaku tetap hanyalah dirimu..
Akan berdua untuk selamanya...



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: