April 14, 2013

Buat Duit Melalui YouTube.

Assalamualaikum, salam penuh ceria.

Ermm.. kali ini saya nak cerita pasal buat duit!

Tentunya semua orang berminat untuk menjana duit melalui internet, satu caranya adalah dengan video dilaman Utube! namun kebanyakan kita kurang faham bagaimana caranya yang betul membuatnya.

Kebanyakan dari kita sedia maklum yang duit bolih didapati dimana saja asalkan kita berusaha mendapatkanya. Dan anda tentunya sedia mengetahui yang ramai manusia kat luar sana telah berjaya menjana pendapatan yang sangat lumayan dengan hanya memuat naik video dilaman Utube. Semua manusia yang berjaya ini didedahkan disurat khabar dan sebagainya.

Tak usahlah memikirkan sangat hal mereka-mereka yang sudah berjaya itu, kebanyakan mereka itu yang mengaut berjuta-juta ringgit itu dari barat sana. Cuma anda perlu yakin dan cuba berbuat seperti mereka juga. Mana tahu anda kelak tersenarai sebagai penerima terbanyak wang dari Utube di Asia.

Walaupun hendak senang bukanya senang, tetapi peluang anda tetap ada sekiranya anda kreatif dan bersemangat untuk menjayakanya. Jika anda benar-benar berminat untuk mendapat peluang keemasan dari Utube ini saya cadangkan anda melakukan secara berkumpulan, sekurang-kurangnya tiga atau lima orang. Kemudian berbincang untuk menghasilkan video yang menarik. Saya percaya idea berkumpulan lebih bagus untuk mencapai cita-cita untuk berjaya diUtube.

Namun jika anda rasa mampu melakukan secara bersaorangan tidak jadi masaalah teruskan! walau bagaimana pun video tersebut haruslah asli, ini bermakna anda yang menciptanya sendiri bukan menciplak atau copy hasil kerja orang lain.

Saya rasa anda faham apa itu yang asli! dan video tersebut mesti mendapat sambutan yang hangat dari penonton diUtube. Selamat mencuba hingga jaya!

Usaha-usaha yang mesti dilakukan untuk mencapai impian mengaut duit diLaman YouTube! saya menyebut usaha kerana perlu ada usaha tanpa jemu, walaupun ini hanyalah usaha sampingan untuk mendapatkan duit.

Usaha pertama: Ciptakan satu video bagus dan menarik !

Video tersebut mestilah berkualiti dan bersih, tidak melanggar hakcipta dan tidak melebihi empat minit masa tayangan.

Usaha kedua: Berikan nama yang sesuai untuk video itu.

Nama video yang anda hasilkan tersebut tentulah menarik dan mudah dingati dan ada unsur tarikan supaya mendapat perhatian penonton.

Seterusnya anda ciptakanlah seberapa banyak video yang hebat-hebat untuk dimuat naik kelaman YouTube secara berkala, kemudian sebarkan hasil kerja anda melalui Facebook, Blog, Myspace, Twetter atau apa saja lamanweb yang membolihkan pelayarweb menonton video hebat anda. Semakin ramai pengemar video-video anda semakin cerahlah harapan untuk mengaut duit nanti.

Okeys... lepas itu semua kerja dihadapan tidak susah lagi! sesekali semak email anda, anda akan diberitahu jika video-video anda mendapat ramai penonton. Mereka juga akan menjemput anda bagi membuat permohonan berkongsi pendapatan untuk video yang telah dipilih YouTube. Selepas kelulusan diberikan, maka bermulalah episod menjana pendapatan dari video yang dipilih itu.

Bagaimana hendak memungut duit dari Utube? bab itu jangan difikir dulu. Anda perlu fikirkan bagaimana untuk menghasilkan video-video yang menarik dan hebat dengan nama yang canggih, buat video politik ke, video binatang ke, video kelakar ke, video lucu kanak-kanak atau orang dewasa asal kesemua video anda itu mendapat sambutan ramai.

Bab macam mana hendak ambil duit itu pekara mudah sangat tu.. bab tu letak kemudian sekali, nanti anda akan tahu sendiri secara automatik saja. Penting jadilah pengarah, penulis, penerbit yang menghasilkan video yang gempaq dan pecah panggung! Nanti pehak YouTube akan segera menhubungi anda dan menawarkan peluang memaparkan iklan, apabila video anda yang popular itu dimainkan diYouTube! dan peroses perkonsian pendapatan akan terus berjalan selagi video tersebut tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Usaha ketiga: Usaha ketiga ini sebenarnya langkah pertama ni...

Buat satu account gmail contohnya: xaturen@gmail.com

Bukak satu account YouTube menggunakan email tersebut, letak nama untuk halaman itu dengan nama ringkas menarik dan senang disebut dan mudah dingati olih pelayarweb.

Contohnya: xaturen

Bagaimana bolih mulakan ke? tentu bolihh..

sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: