December 13, 2012

Namun Aku Rindu Kamu

Assalamualaikum...
Apa khabar anda semua..? Diharapkan anda baik-baik saja ye.

Andai rasa tidak berapa baik tu.., silalah berjumpa dengan orang-orang yang bersesuian.

Jangan salah orang untuk bertemu sudahlah.. misalnya jika kita demam sila jumpa doktor! Jika hendak makan ubat kat famasi tu bolih juga, tetapi janganlah diulang-ulang pergi famasi sekiranya masih belum sembuh. okey..?

Pergilah jumpa doktor kerajaan, belanjanya murah. Walaupun lambat sikit, tapi kita dapat rawatan dari doktor asli. bukan palsu!

Gunakanlah apa yang disediakan olih kerajaan ye.. Adakalanya sakit yang sedikit itu sebenarnya amaran awal kepada penyakit yang lebih teruk, bila kita jumpa doktor kita bolih mengelak daripada menjadi lebih parah.

erm.. lagi satu kalau anda sakit hati, sakitnya hati ini... namun aku rindu kamu.. yang saya maksudkan bukan sakit hati kat kekasih tau.

Tetapi sakit hati pada orang atau makhluk yang membuat kita sakit... hati.
sila jumpa bomoh.. eh.. salah, salah tu..
sebenarnya sakit hati tidak ada ubatnya. itu sakit rohani, atau sakit dalaman.. jadi nak berubat pun kena dari dalam jugalah...

Cara nak mengubat sakit hati sebenarnya sangat mudah!
Ingatlah, yang kita tidak dilahirkan bukan berpasangan dengan creature atau makhluk yang kita sakit hati itu.

Dunia ini terlalu luas dan ramai makhluk yang lebih baik dan bagus,, kerugian besarlah seandainya kita masih dok ingat makhluk atau creature yang kita sakit hati.

Mungkin sudah tiba masanya anda jangan menyakiti hati orang lain... waakaka... lepas itu mudah-mudahan kita tidak sakit hati lagi...

Tuan blog pun sakit hati jugak ni.. sakit betul nak learn how to hack a bank, lepastu transfer money at my bank account .. kaya aku...
ada sesiapa nak ajar ke..?

erm.. okey.. kat Rengit ini hujan dari tengah hari sampai pukul 6.30 jangan banjir sudahlah.. ermm.. jumpa lagi wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




2 comments:

Mommy Pinky said...

amboi, ada hati nak hack bank. bhaha :D

♥xaturen♥ said...

duit-duit... susah ke kalu nak godam bank ambik duitnya ha...?

siapa tok guru kat Malaysia ni..?