April 17, 2011

Hidup Hanya Sebentar, Pilihan Mesti Tepat.

Assalamualaikum...

Salam dan selamat sejahtera saudara saudari sekelian.. apa yang anda cari dalam hidup ini..?

Amboi... hari ini saya mulakan dengan pertanyaan la pulak..
Apa yang anda cari dalam hidup ini..? tak tahu..! tak tahu tak apa.. nanti bolih lah kita sama-sama fikirkan apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini..!
Ok... bolih dikatakan kebanyakan kita hampir tidak tahu apa yang dicari cari dalam hidup ini..! betul tak..?
Mengaku je lah.. atau pun angguk-angguk saja pun tak apa.. sebab tak ada sesiapa yang tahu..

Kenapa tetiba saya dok pi merapu tanya soalan yang macam tu..
Takkan hanya.. hanya.. sekadar habis sekolah kerja.. pas tu ada jodoh kawin.. pastu ada rezeki dapat anak.. pas tu pencen.. dah tua kan.. pastu kita tak tahu lagi nak buat apa dengan masa yang tinggak sikit lagi tu..

So .. kita yang muda-muda ni kena cepat tahu apa yang di cari dalam hidup ini..! jangan nanti dah pencen dan tua kita tak tahu pulak nak buat apa..
Sekurang-kurangnya kita mesti ada sesuatu yang kita nak tinggalkan pada anak cucu kita kelak.. dengan cara itu baki sesikit lagi hidup selepas pencen jadi lebih bermakna..

Usia semakin menghampiri detik terakhir, sebelum itu kita kena menghadapi saat-saat selepas bersara... atau usia tua antara 55 tahun keatas.. so.. jadi.. apakah persediaan yang telah anda buat... ermm...

Ahaa haa.. jangan lah susah hati.. pelan-pelan kita fikirkan bersama ye..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: