May 13, 2010

Ikan o ikan

Pening kepala aku hari ni.. bila ada apa apa yang aku pikirkan terlalu aku pun jadi pening kepala.. terutama di sebelah kanan kepala aku ni.. bawak turun sampai terasa sampai kat bahu, tu lah aku nak kata, semalam pening siang tadi ok lah sikit lepas pukul 2petang dia datang balik.. baru kejap aku kena ubat yang ku beli kat kedai mamak ni.. masuk ini dah 3 biji akau telan.. fuh.. pun masih berdenyut denyut lagi..
You all nak tahu apa yang aku pikirkan? Nak tahu Tak? tak yah tahu la kut.. malu la.. kalu you all tahu nanti.
You all tahu.. masa aku nak balik tadi si worker toke aku yang jaga kat pantoon tipon aku.. Aku pun macam biasa lah.. dia orang ni datang jauh.. dari India tu beribu ribu batu tu.. makan tidur kat atas pantoon, kat tepi bakau. is.. is.. kesian jugak.. setahun dua baru balik Negeri.
Aku pun cakap lah, apahal talipon petang petang dah nak balik ni.. kalu nak resen pun, besok ja lah kan.. lagi pun kepala bingit.. lagi ni.
Abang ada makan ikan pari ka.. e eh budak ini, soalan cam tu ditanya aku.. dia tak tahu kut, bapak pari pun aku makan kalu dah jadi kari.!
Abang ada senang datang sini ankat ikan, ini ari banyak ikan dapat.. aku memang suka sangat makan ikan, lagi pun dia orang nak bagi peree aja.. aku pun pegilah.. aku ingat paling paling pun 2 3 ekor aja la diaorang nak bagi kan.. you all nak tahu di bagi nya dekat setengah tong minyak 20 litter tu... makna bekilo kilo lah aku dapat.. ikan fresh pulak tu.. rojak la apa lagi.. ketam pun ada.. haa.. Abang ini dua ekor kasi sama wak junaidi. Wak tu jadi gurd kat tempat kita orang keje.. Aku ucap TQ lah kan kat diaorang tu. so aku pun bagi lah ikan dikirim kat wak tu.. dia punya mulut wak indon mari tu memang takda lesen betul.. ada ka salah sekor ikan tu dikata ikan biawak... tecegat aku kejap. Lantak ko lah wak aku bagi.. aku masuk opis on pc bab lumcukup time balik lagi.. suka hati ko la wak...
Tak lama aku keluar kejap.. chek all around, Wak tu panggill.. aku pegi la.. enkau tahu selama hayat aku goreng ikan...
wak tu memang tido bangun kat situ. Ko tahu dah banyak aku goreng ikan, ini la pertama kali aku kena penagan yang teruk macam ini. Aku tanya, penangan macam mana tu wak? kalau pun ikan kita goreng meletop letop pun paling2 kat dalam kuali juga dia gerak.. kata nya.
Ini tidak... 3 kali meletop2 jatuh jauh sedepa kat sana.. Mak oi biar betul wak ni.
aku angkat masuk kuali meletop lagi.. habih minyak beterabur.. 3 kali jatuh.. last last aku tinggal saja tak goreng lagi..
Masshaalah.. pelik juga lah... dia merunggut.. tak penah jadi macam ni.
Aku terdiam, lepastu aku gelak besar.. kah kah kah. nape ko ketawa.. tengok badan aku semua kena minyak.. ok lah wak aku nak balik ni, besok cam biasa lah wak ye.. ok.. kata dia.
You all tahu kenapa aku ketawa, petama aku pun tak penah dengar ikan terbang dalam kuali.. kedua aku pun tak penah dengar ikan biawak.!
emmm.... Wak.. wak..

No comments: