السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء
Salam ceria, semoga anda tetap tanang dan bahagia. Baiklah, bersambung cerita berkawan dengan hantu bahagian dua.
Bermula lah kesah, pada satu hari sahabat kepada Yahya ini yang tinggal di Bukit Mertajam, kawan Yahya ini memang tinggal di bandar.
Mereka berdua ini mula mengenali dan menjadi sahabat ketika mereka sama-sama belajar disebuah Madrasah di Bukit Mertajam.
Madrasah ini adalah sekolah Agama atau sekolah pondok, sekolah pondok ini lebih kepada pengajian Islam.
Walaupun mereka belajar disekolah pondok, mereka seperti anak muda lainnya juga, mereka suka berjalan-jalan dan bermain muzik
, mereka berdua ini mempunyai hobi yang sama terhadap alat muzik. Iaitu alat muzik gitar dengan keybord, jadi mereka bolih dikatakan sangat rapat.
Bila cuti sekolah Yahya tidak pulang kerumah sebaliknya dia selalu pergi kerumah kawan dia di Bukit Mertajam dan tidur disana sehingga cuti mingguan tamat dalam dua hari. Jadi masa terluang itu mereka gunakan untuk berlatih bermain alat muzik
Mereka berdua tentunya menyayi lagu nasyid atau lagu-lagu arab, walaupun tahu memainkan lagu melayu moden, tapi mereka jarang berbuat begitu. Ini kerana lebih terikat dengan keperibadian Islam. Ada masa tertentu Yahya ni kadang ada juga bermain lagu melayu moden bila bersaorangan.
Sisahabat tadi ini sering juga datang keruman Yahya di kampung, mereka pergi menancing, menangkap ikan disawah dan sebagainya. Sering juga berbasikal keliling kampung.
Semasa dipondok ada masa mereka berbual juga pasal hantu, dan sahabat Yahya ini memang tidak percayakan tentang adanya hantu, sebaliknya Yahya yang asal kampung tadinya pulak memang tidak takut hantu.
Dia juga tahu yang hantu itu ada. tapi dia tidak takut hantu! malahan bolih berkawan pulak dengan hantu.
Yahya sering memancing bersaorangan dimalam hari ditepi sungai sebelah perkuburan tadi. Pada saat dia memancing disitu, Yahya selalunya akan bermain dan berbual dengan hantu tersebut.
Permainan yang selalu Yahya buat ialah lawan membaling kayu. Yahya akan membaling kayu yang ukuranya sesedap digengam dan mula membaling sekuatnya kearah semak belukar dan pokok-pokok getah.
Pokok getah kampung selalunya semak bercampur aduk dengan semak belukar serta anak-anak kayu sebesar paha dan legan dewasa. Inilah konsep kebun orang melayu kampung, mereka menoreh getah dengan bergerak melalui semak belukar didalam kebun.
Mereka tiada rasa takut dan sebagainya, kadang kala mereka turun menoreh awal pagi antara pukul empat atau lima pagi, suasana pada waktu itu masih gelap, mereka mnggunakan pelita minyak tanah yang dibuat khas yang bolih diikat didahi mereka.
Yahya meneriak sedikit kuat "hey kawan, mari lah bermain dengan aku" sesudah berteriak Yahya pun membaling kayu yang ditangannya kedalam semak belukar. Dan Yahya menunggu tidak balas dari dalam belukar kebun getah.
Selang tidak berapa lama kedengaran bunyi yang sangat kuat, seolah-olah bunyi dari dahan kayu sebesar paha dewasa sedang menghentam dan menerjah dahan dan pucuk-pucuk pokok getah dan kemudianya jatuh berdentum ditepi sungai.
Dimana arah kayu yang dibaling Yahya jatuh, disitu jugalah arah balingan kayu seakan sebesar paha dewasa dan panjangnya seakan sepuluh atau lima belas kaki, menerjah dahan pucuk pokok getah lalu jatuh dengan bunyi yang sangat kuat kearah jatuhnya balingan kayu dari Yahya.
Begitulah permainan baling membaling kayu antara Yahya dengan hantu tersebut.
Sehingga beberapa kali balingan Yahya pun berkata "hai kawan, cukuplah dahulu kita main malam ini" sehabis Yahya berkata begitu, kedengaran goncangan pokok getah yang besar seakan handak patah dan roboh berbunyinya.
Gongcangan hantu tersebut sangat kuat, seolah-olah lompatan saekor gorila yang besar yang melompat dari pokok kepokok yang lain dan bunyinya semakin menjauh dari kedudukan Yahya. Sepertinya pegerakakn hantu yang telah pergi dari kedudukan Yahya.
Begitulah keadaan Yahya yang berani dan bolih berkawan dengan hantu.
Sahabat Yahya yang tidak percaya hantu ini ingin melihat dan membuktikan sendiri apa yang Yahya pernah ceritakan. Sahabatnya berkata itu semua mainan perasaan Yahya sahaja tidak akan adanya hantu.
Sahabatnya bersetuju datang mengikuti Yahya kerumahnya apabila sekolah cuti.
Maka datang lah sahabat Yahya kerumah Yahya dikampung itu untuk melihat sendiri apa yang dikatakan olih Yahya. Sahabatnya yakin memang tidak ada hantu dalam dunia ini, orang yang diusik hantu sebenarnya adalah kerana mereka takut dengan sesuatu tampat.
Atau mereka ini terpengaruh dengan cerita-cerita yang mereka dengar dari orang lain.
Dan mereka ini apabila melalui sesuatu kawasan seperti rumah lama, jalan kebun yang semak atau kawasan perkuburan, perasaan merekalah yang menggangu mereka sendiri, sehingga seolah-olah mendengar sesuatu atau diusik hantu.
Kata sahabat Yahya lagi, dia memang tidak mahu percaya bahawa hatu itu ada.
Mereka berdua pun pergi lah kekawasan pekuburan ditepi sungai dimana Yahya selalu bermain dengan hantu. Sahabatnya ini ada sabuah radio transister kecil yang selalu dibawa kemana-mana. Malam itu pun radionya dibawa disangkut dipinggang sebelah kiri.
Dalam perjalanan yangbtidak berapa jauh itu radio terus berbunyi dengan muzik dan lagu. Sahabat dia berjalan santai sahaja kerana dia memang tidak percaya apa yang pernah Yahya ceritakan.
Setelah sampai dikawasan tepi belukar getah, kawan Yahya berkata, "ayuh.. panggilah hantu ajak dia bermain, aku nak lihat sendiri dia memang tidak merasa seram atau apa-apa kerana dia yakin tidak ada hantu.
Yahya pun mulalah memanggil hantu, ditanganya sudah tersedia ranting kayu sesedap gengaman. "hai kawan mari lah keluar kita bermain.."
Keadaan senyap sunyi, tiada pegerakakan apa-apa, seketika Yahya berseru lagi, "hai kawan keluarlah mari kita bermain"
Tidak seperti selalu, panggilan Yahya tidak disahut walaupun Yahya telah membaling kayu dedalam semak belukar sebanyak dua kali, akhirnya Yahya terperasan bahawa mungkin hantu tidak keluar kerana kehadiran sahabatnya.
Yahya pun menyeru sekali lagi dengan berkata, "hai kawan keluarlah bermain, jangan risau sahabat saya ingin melihat kita bermain"
Sahabat Yahya sudah mula tersenyum makin galak sebab menyangka apa yang diceritakan Yahya selama ini hanyalah bualan kosong Yahya sahaja.
Dalam keadaan yang radio kecil masih berbunyi, Yahya dan sahabatnya melihat-lihat sekeliling mencari arah kedatangan hantu.
Tidak lama setelah kayu yang dibaling atau dilontar Yahya jatuh kesemak berdekatan, maka terdengarlah lontaran kayu yang besar berderum deram meredah dahan-dahan tinggi pokok getah.
Serasa seakan saekor gajah melanggar pokok demi pokok dan gajah itu terjerempap keatas semah belukar berhampiran jatuhnya kayu yang Yahya lontar tadi.
Setelah reda dari bunyi derum deram semak belukar, Yahya terdengar bunyi larian orang didalam petak sawah, petak sawah memang sedikit berair jadi jelas bunyi larian orang berlari seperti bunyi anak lembu berlari dipetak sawah.
Yahya pun perasan yang berlari itu sahabat dia, sahabat Yahya berlari tegak merentas sawah, tidak melalui batas-batas sawah yang ada sebaliknya terlihat melompat lompat melangkaui batas sawah.
Dengan radio transisternya entah kemana.
sekian, jumpa lagi.
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!