السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء
J&T is very disappointing
Servis paling teruk dan buruk daripada yang lain.
Salam ceria semua, semoga anda sihat dan ceria hari ini. Buatlah yang terbaik supaya anda mendapat yang terbaik juga.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit kesah bekenaan dengan perkhidmatan penghantaran barangan.
Banyak syarikat penhatar barang ditempat kita ini.
Pos Laju , sky net , ninja van
pgeon , MrSpeedy , GoGet
MayExpress , NationWide Express , DHL Express , Best Express dan banyak lagi di Malaysia ini.
Anda bolih gunakan perkhidmatan yang lain seperti yang tersenarai diatas, dan jangan gunakan perkidmatan penghantaran yang bernama J&T Express. Sebab buat masa sekarang J&T Express tidak bertanggungjawab bila menjalankan tugas.
Ramai yang sudah terkena dengan Syarikat J&T ini. Barangan sangat penting tidak dihantar dengan betul, sangat lambat ada masa barangan dikembalikan dengan alasan penerima tidak mahu membayar cod, sedangkan barang berkenaan bukan barang cod.
Ada barangan bolih pulak u turn balik dan belambak kat Gombak, awas sangat!! jangan guna syarikat J&T, biar mereka selesaikan masaalah pentakbiran dahulu.
Kita ada banyak pilihan lain, buat sementara ini, jangan dulu guna servis J&T. Ramai pengguna yang mahu menalipon customer service untuk bertanya sesuatu masaalah penghantaran namun bila ditalipon tidak dijawab.
Ada juga panggilan yang dijawab mesin automatik "nombor yang anda dail tiada dalam pekhidmatan" ada juga yang disuruh menunggu, namun tiada yang mengankat panggilan. Bukankah ini sangat mengecewakan!
Sedih dengar pelanggan yang sudah terkena dengan syarikat ini. Harap kerajaan mesti campur tangan untuk mengelakan dari rakyat terinaya. Itu pun jika kerajaan mampu bertindak.
Ramai pengguna kecewa dengan J&T ini, semua barangan yang dihantar penting, seperti pakaian atau barangan gunaan harian, namun ada lagi barang yang sangat penting seperti Ubat ubatan, hadiah perkahwinan atau barang keperluan pertunangan atau perkahwinan tidakkah sangat mengecewakan bila barang yang dihantar tidak sampa-sampai.
Yang lebih membingungkan ialah digudang J&T di Lunas tidak ada talipon untuk kegunaan pekerja untuk berhubung dengan pelangan. Jadinya pelanggan juga tidak dapat menghubunggi J&T Lunas berkenaan dengan info terkini jika pelnggan tahu melalui app yang barang mereka sudah berada disitu.
Pehak pengurusan pulak (CDC) tidak rela pulak menggunakan talian peribadi untuk menghubunggi pelanggan, berkenaan barangan pelanggan yang sudah ada digudang mereka! jadi apa guna nombornya talipon pengirim dan penerima yang disertakan disetiap bungkusan barang?
Sikap pekerja disitu yang melayan pelanggan sungguh mengecewakan, terutamanya pehak pengurusan disitu(CDC Lunas) bila ditanya kenapa barang sudah tidak ada digudang mereka? sedangkan didalam App mengatakan barang sudah disana.
Mereka cuba memutar belit mengatakan itu ini cuba mengelak untuk bertanggung jawab! Ada yang berkata pelanggan tidak bolih menyalahkan dia (seorang lelaki tiunghua kurus) dia suruh pelanggan memarahi budak penghantar! sedangkan budak penghantar itu (runner J&T) siapa yang menguruskan?? bukankah dia yang menguruskan pekerja berkenaan!!
"Kenapa mereka mengambil ringan dengan barang yang dihantar pelanggan?? merka berkata dan menyuruh kita menghubunggi penghantar (orang yang mengirim barang kepada kita) supaya menghantar semula kepada kita, sedangkan barang itu sebelum ini sudah berada digudang mereka (CDC Lunas)" keluh saorang pelanggan.
Pengurusan CDC Lunas memang mengecewakan, kalau tidak mahu
tahu perihal barangan jangan bekerja mengguruskan barang!! jika tidak mahu dimarahi pelnggan, segeralah mengghubugi pelanggan jika barangan sudah ada digudang mereka, pelanggan mungkin bolih datang mengambilnya sendiri.
"Kenapa mereka menghantarnya kembali kealamat pengirim? sedangkan barangan yang dikirim itu adalah ubat ubatan yang penting!!" lagi keluhan saorang pelanggan.
Rakyat pengguna memang terinaya, siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini, tidak adakah pehak kerajaan yang memantau pekara ini?
Bagi yang sudah menggunakan perkhidmatan J&T berdoalah supaya barangan akan sampai dengan selamat!
Sekian, terima kasih dan jumpa lagi.
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!