Bab ceroboh tanah atau hutan simpan ini bukanlah satu pekara baru, pencerobohan ini sudah lama berlaku dan akan terus berlaku jika tindakan tegas tidak diambil. Pejabat Tanah dan juga Pejabat Hutan Negeri mesti berkerja sama untuk membenteras penceroboh-penceroboh ini. Jangan dibiarkan walau siapa sahaja yang menceroboh Tanah Kerajaan.
Jangan hanya digempur dan ditangkap hanya kepada sesetengah kumpulan penceroboh sahaja, sedangkan ada penceroboh yang lain masih bebas meneroka tanah simpanan kerajaan.
Faham lah dunia ini hanya melihat kepada wang ringgit sahaja. Siapa ada wang ringgit banyak meraka bebas melakukan apa sahaja sesuka hati. Dan mereka yang miskin dan susah tidak punya banyak wang ringgit, terutamanya orang melayu! dengan cepat sangat diambil tindakan.
Orang miskin tanam durian dan padi huma dihalau konon Kerajaan hendak jadikan Ladang Felcra, bila penceroboh yang kaya raya wang ringgit, mereka bebas hingga berpuluh tahun memakan hasil dari Tanah Hutan Simpan yang mereka ceroboh.
Pehak Kerajaan, mana-mana yang berkenaan dengan Hutan Simpan atau Tanah Kerajaan sila update kembali batu-batu sempadan yang dimiliki olih Ladang-ladang swasta yang berhampiran Hutan Simpan, sebab ada banyak wang ada banyak kuasa, orang kampung bolih lihat sahaja, pekara yang menjenkelkan hati ini.
Jika lima kali nasihat diberikan, bermakna sudah berapa lama itu.? Ada yang sampai Hutan Simpan Kekal untuk Tadahan Air pun bolih diceroboh tu, heran aku lah... semua pasal sapa duit banyak.. kalau orang Asli memang kena ganyang la...
Rompin: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin mengesan aktiviti penerokaan secara haram kawasan Hutan Simpan Lesong seluas 18 hektar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengusahakan tanaman durian Musang King, di sini.
Pegawainya, Shairani Mamat berkata, kegiatan berskala besar itu dilakukan di Kompartmen 74 dan 75 membabitkan penggunaan pelbagai jentera berat untuk membersih dan meratakan kawasan selain aktiviti menanam pokok.
Katanya, tindakan tegas diambil berikutan kedegilan pihak terbabit terutama selepas lima kali sesi nasihat dan amaran diberikan supaya mereka memberhentikan kerja penerokaan seterusnya meninggalkan Hutan Simpan Lesong.
Menurutnya, serbuan semalam diketuai Pegawai Pemelihara Hutan Daerah (PPDH) Rompin Yusof Othman bersama lebih 10 anggota penguat kuasa yang sebelum ini beberapa kali melakukan intipan.
"Bagaimanapun amaran yang diberikan tidak dipedulikan pihak terbabit, justeru kita terpaksa bertindak tegas melakukan serbuan bagi memastikan pihak berkenaan dikenakan tindakan undang-undang.
"Kita menahan empat lelaki berumur antara 29 hingga 63 tahun, turut disita sebuah jentolak, masing-masing dua traktor dan jengkaut serta tiga kenderaan empat roda," katanya dihubungi, di sini hari ini.
Beliau berkata, mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana kesalahan menceroboh dan berada dalam hutan simpan tanpa permit.
"Jentera yang disita ditempatkan di pusat simpanan barangan rampasan Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Temerloh," katanya.
Shairani berkata, selain Musang King, pihak terbabit turut menanam pokok durian belanda, nangka dan kelapa, mereka juga turut membina stor simpanan barangan dan pejabat dalam kawasan berkenaan.
"Pihak terbabit dipercayai akan membuka lebih luas kawasan tanaman durian Musang King kerana terdapat jentolak sedang melakukan kerja membersihkan hutan selain benih durian yang belum ditanam juga masih lagi banyak disimpan di tapak semaian.
"Kita memandang serius kegiatan menceroboh hutan simpan untuk aktiviti pertanian dan kegiatan lain tanpa lesen atau kebenaran, tindakan tegas menanti pihak yang bersalah," katanya.
Terima kasih!
Baca Lagi Kesah Fidah!